For those who were asking what to bring when you asked to go select your unit.
here's a email received by my friend
take note of this part
*Nota:
Berdasarkan Bajet Pengubahsuaian Belanjawan 2016 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2016, pembelian kediaman bernilai RM300,000 ke bawah hanya untuk pemilikan kediaman PERTAMA sahaja.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya tuan/puan gagal membawa dokumen yang diperlukan atau gagal mendapatkan pinjaman pihak kami berhak membatalkan permohonan ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------
From: Homes PR1MA Open Day <homes.pod@pr1ma.my>
Date: 22 July 2017 at 3:32:00 PM MYT
To: "xxxx" <xxxx@hotmail.my>
Subject: JEMPUTAN PEMBELIAN KEDIAMAN PR1MA @ ALAM DAMAI & PR1MA @ BANDAR BUKIT MAHKOTA Ruj Kami :P17xx-113xxxx (xx)
No. Kad Pengenalan:87xxxxxxxxxx
Tarikh : 22 Julai 2017
J***** M*****
Tuan/Puan,
JEMPUTAN PEMBELIAN KEDIAMAN PR1MA @ ALAM DAMAI & PR1MA @ BANDAR BUKIT MAHKOTA
JENIS KEDIAMAN : APARTMENT Sukacita dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan
Hari Terbuka PR1MA yang mana pada hari tersebut kami menawarkan pembelian kediaman PR1MA. Tuan/Puan dijemput hadir pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah:
Tarikh : Sabtu, 29 Julai 2017
Masa Pendaftaran : 9:00 pagi – 10:00 pagi
Masa Pemilihan Unit : 10:00 pagi – 1:00 petang
Tempat : Galeri Jualan PR1MA Tingkat 1, Blok F, No 2, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Oasis
Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Unit rumah PR1MA di atas adalah terhad dan pemilihan unit akan dijalankan mengikut ‘’first come, first serve basis’’. Harga Jualan bermula daripada
| PROJEK | HARGA |
| ALAM DAMAI | RM 350,000 |
| BANDAR BUKIT MAHKOTA | RM 198,000 |
Pembelian rumah tersebut adalah tertakluk kepada pemeriksaan Kredit (CCRIS) dan pengeluaran Surat Kelayakan Pinjaman yang akan dikeluarkan oleh pihak panel Bank PR1MA. Bagi tujuan tersebut tuan/puan
DIWAJIBKAN membawa dokumen-dokumen seperti berikut:
1. Surat Jemputan pembelian rumah PR1MA
2. MyKad (3 salinan)
3. Slip gaji –
i. 3 bulan yang terkini bagi mereka yang berpendapatan tetap atau
ii. 6 bulan yang terkini bagi mereka yang mendapat komisyen
4. Penyata Caruman KWSP (EPF) - terkini
5. Borang EA/Borang J - terkini
6. Penyata akaun bank – 3 bulan terkini
7. Dokumen Perniagaan bersama borang 24, 49 dan penyata bank - 6 bulan terkini (bagi individu yang bekerja sendiri)
8. Surat Pengesahan Jawatan atau Surat Kelayakan Pinjaman (bagi Penjawat Awam)
9. Penyata CCRIS dari Bank Negara Malaysia (BNM). Pada Hari Terbuka PR1MA, terdapat juga Agensi Pelaporan Kredit (CRA) yang mengeluarkan Salinan CCRIS dengan caj bermula dari RM10.00
*Anda dinasihati untuk menyediakan dokumen-dokumen berkenaan sebanyak 3 set. Bagi pembeli bersama, tuan/puan dikehendaki hadir bersama pasangan kerana pada hari tersebut. Pihak pemeriksaan Kredit perlu mendapatkan ‘çop’ jari dari pemohon pinjaman. Sila ambil perhatian bahawa moratorium selama 5 tahun akan dikenakan di mana kediaman PR1MA tersebut tidak boleh disewa, dijual atau dipindahmilik.
Sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami di talian 03-7962 4374 (Isnin – Jumaat 9:00 pagi – 6:00 petang / Sabtu 9:00 pagi – 1:00 petang) atau emel kami mengikut projek yang dipilih di:
| PROJEK | EMEL |
| PR1MA @ ALAM DAMAI | homes.adamai@pr1ma.my |
| PR1MA @ BANDAR BUKIT MAHKOTA | homes.bm@pr1ma.my |
Sila layari laman sesawang berikut untuk maklumat tentang kediaman di atas:
http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php?lang=bm Sekian, terima kasih.
PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
*Nota:
Berdasarkan Bajet Pengubahsuaian Belanjawan 2016 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2016, pembelian kediaman bernilai RM300,000 ke bawah hanya untuk pemilikan kediaman PERTAMA sahaja.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya tuan/puan gagal membawa dokumen yang diperlukan atau gagal mendapatkan pinjaman pihak kami berhak membatalkan permohonan ini.
SURAT INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER DAN TIADA TANDATANGAN DIPERLUKAN
Kepada Pendaftar PR1MA,
SKIM PEMBIAYAAN FLEKSIBEL (SPEF) PR1MA KHAS UNTUK ANDA…..Pendaftar PR1MA kini boleh memiliki rumah melalui proses yang lebih mudah terutamanya kepada pembeli rumah pertama kerana mempunyai peluang untuk mendapatkan pinjaman dan akses yang lebih tinggi berbanding pinjaman konvensional, selain membayar ansuran bulanan yang rendah.
Skim ini merupakan kerjasama antara PR1MA dengan Bank Negara Malaysia (BNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan empat bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan Ambank.
SPEF menawarkan dua cara pembiayaan iaitu (i) secara berperingkat atau ‘steped-up’ dan (ii) dengan pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi mendapatkan jumlah pinjaman bank yang lebih tinggi.
Melalui pembiayaan tersebut, pembeli hanya membayar jumlah faedah dalam tempoh lima (5) tahun pertama dan pembayaran bagi jumlah asas atau ‘prinsipal’ dibuat bermula tahun keenam sehingga jumlah keseluruhan pinjaman selesai dibayar.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kediaman impian anda.
This post has been edited by melz84: Jul 25 2017, 01:49 AM