Any update on SKLIA Highway?
Based on 2016 info, this highway supposed to be ready by 2019 but of course not possible we all know, later HCM map show SKLIA phase 1 to be ready by 2021/22.
2016 information:
LEBUHRAYA SKLIA (Paroi-Senawang-KLIA-Salak Tinggi) OLEH ED ASWANDI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
#LatarBelakangProjek
🔷 Pada Disember 2013, UEM Group Bhd yang memiliki 51% kepentingan dalam syarikat konsesi tol PLUS Malaysia Bhd, telah mengemukakan pelan kepada Kerajaan untuk membina lebuh raya sepanjang 45KM baru yang menghubungkan Paroi / Senawang (Negeri Sembilan) dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) / Aeropolis di Sepang (Selangor).
🔷 Pembinaan Lebuhraya ini telahpun bermula pada 2016, kini masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2019.
🔷 Kos pembinaan lebuh raya Paroi-Senawang-KLIA-Salak Tinggi (SKLIA) dianggarkan RM2.2 bilion, tidak termasuk pengambilalihan tanah serta lain-lain kos yang dianggarkan berjumlah RM500 juta.
🔷 Lebuhraya ini menggunakan Sistem Tertutup dan jumlah laluan lebuhraya adalah sebanyak 2 lorong dua hala setiap satu.
🔷 Projek ini juga termasuk pembinaan pautan 6KM terus dari susur keluar Lebuhraya Plaza Tol Paroi di Kajang-Seremban (LEKAS) untuk pertukaran ke Senawang. Ini adalah untuk mengurangkan kesesakan trafik yang sering berlaku dari arah Paroi ke Senawang.
#MaklumatProjek
🔷 Secara ringkas, Lebuhraya ini akan menghubungkan 4 Lebuhraya sedia ada iaitu;
🔘 1. Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS).
🔘 2. Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH).
🔘 3. Lebuhraya PLUS Utara Selatan.
🔘 4. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE).
🔷 Terdapat 7 susur keluar Lebuhraya SKLIA iaitu:
🔘 1. Paroi. Berhampiran susur keluar Paroi LEKAS Interchange.
🔘 2. Senawang. Berhampiran susur keluar Senawang PLUS Interchange.
🔘 3. Rasah Jaya. Berhampiran Seremban 3 / UiTM / Rantau.
🔘 4. Mambau South. Berhampiran Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH).
🔘 5. Bukit Nenas. Berhampiran Bdr Seri Sendayan / Felda LBJ.
🔘 6. Sepang. Berhampiran F1 circuit - KLIA / Sierramas / Enstek.
🔘 7. Salak Tinggi. Berhampiran Salak Tinggi / UniKL MIAT & ELITE highway (Susur keluar baru 611 Bdr Baru Nilai).
#Rumusan
🔷 Sedia maklum keadaan trafik di Lebuhraya PLUS agak sesak terutama dihujung minggu dan musim perayaan serta cuti terutama dari KL menuju ke arah selatan iaitu Seremban / Senawang / Melaka. Kerap kali kesesakan berlaku sehinga berkilometer jauhnya. Begitu juga dari arah Selatan jika mereka mahu ke arah Greater KL.
🔷 Dengan adanya lebuhraya ini, ia dapat menghubungkan trafik dari arah Selatan iaitu dari Senawang ke KLIA dengan lancar dan mudah, serta laluan alternatif mengelakkan kesesakan di Lebuhraya PLUS. Begitu juga dengan dengan aliran trafik dari arah Greater KL ke arah selatan.
🔷 Ia menawarkan pengguna jalan raya yang datang dari Greater KL dan juga Selatan, pautan terus ke KLIA / Aeropolis yang dipintas regangan kerana sering sesak antara Seremban dan Nilai di Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS.
🔷 Pembangunan Lebuhraya SKLIA ini juga merupakan salah satu Booster di kawasan GKL South. Secara amnya ia sebagai pecetus kepada pembangunan yang lebih bervariasi dan menarik pada masa akan datang. Diantara yang positif adalah seperti;
🔘 Pembanguan perbagai variasi hartanah & township dijangka lebih rancak dan mantap sepanjang jajaran lebuhraya pada masa hadapan.
🔘 Pencetus kepada pembangunan pusat komersil, industri, ekonomi dan peluang pekerjaan.
🔘 Pembangunan mendatangkan pelbagai manfaat yang lain kepada penduduk sekitar dan pengguna lebuhraya.
🔘 Masa perjalan menjadi semakin singkat, kurang kesesakan dan punyai alternatif jaringan lebuhraya lain.