3 RIBU UNIT RUMAH MAMPU MILIK BANDAR SRI SENDAYAN BAKAL DILANCAR [4 JUL 2017]
https://www.youtube.com/watch?v=q9c1u5c8co8NEGERI SEMBILAN - Tiga ribu unit Rumah Mampu Milik yang dijual pada harga tidak melebihi 300 ribu ringgit seunit bakal dilancarkan di Bandar Sri Sendayan sebelum akhir tahun ini.
Menurut Pengerusi Matrix Concepts Holdings Berhad - Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin, pihaknya menfokuskan kepada peruntukan dasar Kerajaan Negeri Sembilan yang menekankan aspek pencapaian kaum bumiputera untuk memiliki rumah.
Matrix Concepts merupakan satu-satunya pemaju yang menyokong penuh dasar yang disarankan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan - Datuk Seri Mohamad Hasan iaitu 50 peratus daripada pembangunan yang dilaksana dijual kepada bumiputera.
Pihaknya juga akan sedaya upaya menyahut setiap sasaran kerajaan negeri dalam membantu polisi dari segi perumahan.
Beliau berkata demikian kepada RTM di Seremban.
Sementara itu, satu Pameran Hartanah Matrix akan diadakan pada 9 Julai ini sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama artis terkenal tanahair - Siti Nordiana bertempat di d'Tempat Country Club, Sendayan.
Pengarah Urusan Pembangunan Hartanah Matrix Concepts Holdings Berhad - Leong Jee Van berkata, selain berhibur, orang ramai boleh mengambil peluang ini untuk melihat serta mengkaji setiap hartanah yang dipamerkan.
Majlis yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 4 petang itu terbuka kepada orang ramai.
(Sumber - Dalet Beritartm)
3,000 affordable house in BSS? hope it was misquoted the actual number is 300
RMMK@TBS & Sendayan Aman (RMMK) is RM150K per unit (RM9m/60 units & RM27.3M/182 units).
Confirmed affordable house=60+182
=242 units only
Mana 3,000 buah RMMK?
Logically only around 300 = 60+182 RMMK. If 3000 Matrix will go bankrupt hehe