Interesting.
Transport Blueprint for the Selangor state over the LONG Term.
Among item of interest for Canal City folks.
a) Selangor LRT circle line South P7 that connect Bandar Rimbayu to
- Cyberjaya/Putrajaya
- Kota Kemuning
- LRT circle line North at Shah Alam which will connect most of northern Selangor development e.g. Puncak Alam, Selangor Vision City(Elmina), Bukit Subang, Bukit
Jelutong and Shah Alam (connecting with MRT1 with LRT3, BRT and KTM)
b) P11 LRT Extension Possible Link-Putra Height-LRT Circle Line 2 spur line
c) P12 LRT Circle Line 3 Possible long term link-Klang-Nilai
Cadangan jangka masa panjang untuk mengintegrasikan National Vision Valley (NVV) di Negeri Sembilan dengan Negeri Selangor dengan
menyambungkan LRT 3 ke Teluk Panglima Garang, Tanjung Dua Belas,Salak Tinggi dan Sepang.
http://dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/se...lan%20Mulut.pdfSee page 30 of 1013
TAJUK : KAJIAN PLAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM (PIPA)
17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah status terkini kajian PIPA?
b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan PIPA berjaya?
JAWAPAN:
a) Untuk makluman YB, Kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor
telah dimulakan pada Ogos 2016 dan pada Januari 2016 Kerajaan Negeri telah
menerima deraf Laporan Akhir Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri
Selangor. Selanjutnya, Kerajaan Negeri telah mengadakan sesi keterlibatan
(engagement) deraf Laporan Akhir Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri
Selangor bersama pihak ADUN, Ahli Parlimen, Ahli Majlis, Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) dan rakyat bagi mendapatkan maklum balas dan input
berkaitan pelan induk tersebut.
Maklum balas dan input tambahan melalui sesi tersebut akan diambilkira bagi
memuktamadkan Laporan Akhir pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri
Selangor. Laporan akhir ini telah disiapkan dan dijadualkan dibentangkan
kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 23 Mac 2016.
Hasil kajian selama enam (6) bulan telah mencadangkan 12 penyelesaian bagi
menangani isu kesesakan lalulintas dan membantu rakyat meningkatkan
aksesibiliti terhadap pengangkutan awam seperti berikut :
Jajaran/Justifikasi
KTM
P1 KTM Freight Line North Serendah-Klang
Liputan kawasan utara Negeri Selangor
P2 KTM Freight Line South Klang-KLIA-Senawang
Liputan kawasan selatan Negeri Selangor
Menyediakan jajaran baru khas untuk sistem pengangkutan barangan
dengan jumlah perhentian yang terhad untuk pengerakan yang lebih pantas.
Mengasingkan laluan utama pengangkutan awam bagi membolehkan
perkhidmatan keretapi sedia ada digunakan sepenuhnya secara efisyen
untuk pergerakan penumpang.
MRT
P3 MRT Circle Line 1 6 km radius dari Kuala Lumpur
Penambahbaikan kepada “MRT Circle Line” untuk kawasan Kuala Lumpur
dan kawasan sekitarnya (MPAJ dan MBPJ).
P8 MRT Extension West Sg. Buluh – Elmina West – West Coast
Development
Membolehkan kawasan Selangor Vision Valley (Elmina East, Elmina West,
Kota Elmina Denai Alam, Bukit Lagong) menjadi sebahagian daripada
pembangunan asas MRT.
LRT
P4 LRT Extension Gombak – Selayang – Kepong
Meluaskan perkhidmatan LRT/MRT sedia ada untuk kegunaan kawasan
yang terletak dalam Negeri Selangor.
P5 LRT Bukit Lanjan Bandar Utama – Kepong
Membolehkan kawasan pembangunan berkepadatan tinggi di MBPJ
mempunyai akses kepada perkhidmatan LRT3.
P6 LRT Circle Line North Rawang – Shah Alam (Wheel 2 North)
Untuk memberi perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 10 bandar baru
yang terletak di kawasan Puncak Alam, Selangor Vision City, Bukit Subang,
Bukit Jelutong dan Shah Alam (menghubungkan MRT1 dengan LRT3, BRT
dan KTMB di Shah Alam)
P7 LRT Circle Line 2 South Shah Alam - Putrajaya
(Wheel 2 South)
Melengkapkan jajaran P6 dengan laluan terus ke Kota Kemuning, Rimbayu
sehingga ke Cyberjaya (integrasi keseluruhan koridor bahagian barat Negeri
Selangor).
P9 Sunway BRT Extension USJ-Puchong
Mengintegrasi kawasan Puchong dengan USJ dan Sunway.
P10 PJ PRT Bandar Utama -TTDI - PJ KTM Station
Model sistem PRT (People-Rapid-Transit) dalam bandar.
Pemilihan jajaran sebagai alternatif untuk menggantikan Lebuh raya KIDEX.
P11 LRT Extension Possible Link-Putra Height-LRT Circle Line 2
spur line
Membolehkan keseluruhan koridor pengangkutan barat berintegrasi dengan
LRT1 dan LRT 2 di Putra Height.
P12 LRT Circle Line 3 Possible long term link-Klang-Nilai
Cadangan jangka masa panjang untuk mengintegrasikan National Vision
Valley (NVV) di Negeri Sembilan dengan Negeri Selangor dengan
menyambungkan LRT 3 ke Teluk Panglima Garang, Tanjung Dua Belas,
Salak Tinggi dan Sepang.
b) Bagi memastikan kajian ini dapat direalisasikan,
This post has been edited by willyboy88: Jan 20 2017, 10:27 AM