Celcom lancar kempen Football Mad Nation
KUALA LUMPUR 10 Mei - Celcom (M) Bhd. (Celcom) hari ini melancarkan kempen Football Mad Nation dan melantik empat pemain bola sepak tersohor antarabangsa iaitu Ryan Giggs, Steven Gerrard, Michael Owen dan Robert Pires sebagai ikon terbarunya.
"Melalui aktiviti dan promosi menarik bagi pelanggan kami, kami berharap dapat menjadikan pengalaman Piala Dunia mereka suatu yang sukar dilupakan," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shazalli Ramly pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Katanya, empat pemain tersebut dipilih kerana mereka mewakili yang terbaik dalam liga mereka dan sentiasa berusaha mencapai kesempurnaan dalam perlawanan yang mencerminkan nilai jenama Celcom serta keazamannya untuk menjadi jenama paling berkuasa di negara ini.
Di bawah kempen itu, Celcom akan melancarkan promosi seperti 1,000 SMS (perkhidmatan pesanan ringkas) percuma kepada 8pax (yang boleh diguna pakai bagi nombor 8pax), pek permulaan Xpax Terbaik Dunia edisi terhad, kad tambah nilai "Brasil" edisi terhad dan telefon Black Ice "Samba" eksklusif.
Ia juga akan menawarkan kandungan mudah alih bola sepak eksklusif seperti nada dering, "Call Me Tones", wallpaper dan permainan.
Tarif IDD (dail terus antarabangsa) bajet istimewa bagi lima buah negara -- Argentina, Brazil, Jerman, Perancis dan Itali -- juga akan ditawarkan di mana panggilan dua minit pertama adalah percuma.
Pelanggan pasca bayar baru Celcom akan mendapat 1,000 SMS percuma, poster dan muat turun bola sepak.
Beliau berkata, kempen "Football Mad Nation" bertujuan membina jenama yang kukuh bagi Celcom.
Katanya, empat pemain bola sepak itu dilantik sehingga bulan Mac tahun depan dan Celcom merancang membawa mereka ke Malaysia untuk menemui peminat serta menyertai aktiviti promosi lain.
Shazalli juga berkata Celcom akan menawarkan program pasca bayar baru pada 17 Mei ini.
no idea..wat postpaid plan they gona...release...hopefully cheaper

hrm celcom oso got their 1000 SMS..wo