not the first....
and wont be the last...
so please be extra careful ....
Notis kehilangan kucing diletakkan di Facebook milik Kiran Kumar Nesarajah pada 25 Jun 2018 dengan harapan haiwan itu ditemukan.
KUALA LUMPUR, 27 Jun — Seorang penumpang Malaysia Airlines tidak berpuas hati kucingnya hilang sewaktu berlepas dari Labuan ke sini Ahad lalu.
Kiran Kumar Nesarajah berkata kakitangan syarikat penerbangan itu terlepas kucingnya di landasan sebelum pesawat MH7417 bertolak, lapor AFP.
Haiwan putih bertompok perang itu diletakkan di dalam kurungan tetapi selepas ia dibuka untuk pemeriksaan, kakitangan gagal menguncinya semula.
“Kami kehilangan kucing yang kini ketakutan, bersembunyi di dalam longkang di tepi landasan,” coretnya di Facbook dua hari lalu.
“Usaha mencari kucing itu hanya 10 minit, kemudian dibiarkan. Tiada maklumat terkini daripada sesiapa. Tidak apalah, kucing terbiar sahaja, kan?”
Selepas tiba di sini, coretnya lagi di media sosial itu, kakitangan syarikat itu di lapangan terbang “tidak tahu apa-apa”.
“Tidak terima panggilan telefon. Tiada siapa beri penjelasan apa berlaku,” katanya, yang memuatkan foto kucing itu dan nombor telefonnya.
Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu berkata ia sedang disiasat.
“Malaysia Airlines memberi perhatian berat pada semua kargonya dan sedang meneliti perkara tersebut,” katanya seperti dilaporkan.
This post has been edited by basilisk: Aug 20 2020, 04:56 PM