minta maaf kerana tidak menggunakan bahasa inggeris.saya tak berapa pandai gunakan english.saya sebelum ini hanya melayari website ini hanya untuk menambahkan ilmu.tapi saya mendaftar untuk menjadi ahli untuk menceritakan pengalaman buruk saya sewaktu pergi kedai Automotive Genesis Car Audio & Performance Center
( berdekatan South City Plaza Seri Kembangan ) .
sebelum ini saya telah beberapa kali pergi ke kedai tersebut dan sangat mesra dengan manager kedai tersebut. jadi suatu haari kawan saya ( using kenari ) hendak memasang amplifier untuk keretanya. so saya call manager di situ sebelum membuat pemasangan dan berbincang tentang harga.so setelah bersetuju saya membawa rakan saya ke kedai tersebut.
apabila sampai di kedai itu kebetulan manager itu tiada di situ.so saya bertanyakan kepada salah seorang staff di situ tentang nak pasang amp dan harga sekali...staff tersbut yang amat sombong mukanya berkata mana boleh dapat itu harga dan suruh saya call manager dia.dai siap kata.."u dia punya customer u call dia la"lalu dia terus tinggalkan saya dan kawan saya seolah olah tak mau layan saya, dan pergi ke customer lain.waktu itu saya rasa sgt geram dan marah. apa ingat saya pergi itu kedai bukan jadi custmer awak ka..****** punya orang....saya tak kisah jika staff ( sombong dan berlagak ) ni tak percaya tapi apa salahnya dia yang call manager dan tanyakan hal tersebut.ini tidak ..dia ingat saya mau tipu sama dia.waktu tu saya amat malu pada kawan saya kerana dia berkata macamana saya boleh rekemen kan dia kedai ini.so saya call manager tersebut dan menceritakan hal tersebut.manager tersebut berkata takpa..dia akan cakap pada staff tersebut.
setelah dapat call dari manager dia si berlagak ni datang kembali pada saya dan berkata okla dia boleh pasang pada harga tersebut ( muka masih berlagak lagi ) bukan mau minta maaf tapi masih sombong lagi.so saya kata berapa lama mau install ..dia kata dalam satu jam.ok takpa..saya tunggu satu jam.setelah bawa masuk kereta ke dalam ..hampir 10 minit tiada orang langsung menyentuh kereta kawan saya.si staff sombong ni pergi tgok kereta customer lain.
kemudian bila meraka nak buat kerja kawan saya kata dia dah taknak pasang kat kedai ni lagi.dia marah sangat.sebab kena layan macam ni.so saya tak boleh buat apa dan kata kat staff berlagak itu saya tak jadi pasang.so dia kata "tak apa...tak mau pasang tak apa..you happy i happy"..datang esokla..******* u lah....igt mau datang kedai u mau kena ejek sama lu ka...u ingat saya happy ka....
untuk pengetahuaan semua sebelum ini saya tiada masalah langsung di kedai ini dengan manager kedai tersebut yang amat friendly.tetapi staff beliau punya attitude sangat teruk..saya tau la kedai itu pasang high end puluh puluh ribu punya barang ice..banyak customer..well establish...tapi plz respect ur customer at same level la...for the mr. manager sorry kerana terpaksa menulis perkara ini walaupun u sudah apologise sama saya melalui sms.
kepada yang lain pernah pergi ke kedai tersebut mungkin tdak pernah mengalami masalah ini . saya pun sebelum ini tak pernah alami masalah begini..tapi di sebabkan ada sorang staff yg eksyen berlagak ni menyebabkan saya malu pada member saya dah berkata pada diri saya yang saya takkan pergi langsung ke kedai tersebut.
terima kasih
Bad Experience at Acc Shop, Automotive Genesis Car Audio & Performan
Sep 6 2008, 06:51 PM, updated 18y ago
Quote








0.0637sec
1.12
5 queries
GZIP Disabled