Yes i agree, i complain TM didnt provide Unifi at my address with the reason of infrastructure and technical limitation, but the address that 500m far away already got Unifi 1 year ago. Mcmc closed my file with the "reason" and said im at existing Streamyx served address so they cant do it. And mcmc do not hv rights to force TM do anything.
Compare with us that stuck at Streamyx 1mbps, waiting one or two month for plan upgrade, all of u r much lucky than us that waiting Unifi for several years.

En. ,
Terima kasih di atas aduan yang dibuat kepada kami menerusi pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertarikh 14 Mac 2017.
Terlebih dahulu, pihak kami amat menghargai usaha tuan untuk menghubungi kami.
Seperti yang telah dimaklumkan, TM baru-baru ini telah melancarkan kempen Ganjaran Istimewa sebagai sebahagian daripada Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar yang telah diumumkan ketika Bajet 2017 pada 24 Oktober 2016 yang lalu.
Ganjaran di bawah kempen tersebut termasuklah naik taraf kelajuan, pakej-pakej Webe dan HyppTV serta baucer diskaun gaya hidup. Ramai yang telah menyatakan pilihan mereka dan kami akan melakukan yang terbaik bagi memenuhi pilihan tersebut secepat mungkin.
Para pelanggan Streamyx juga adalah sebahagian daripada Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar - kempen Ganjaran Istimewa ini. Pelanggan-pelanggan yang layak akan dihubungi bermula April 2017 sehingga September 2017 untuk penaiktarafan pakej yang sedia ada.
TM sentiasa menaik taraf infrastrukturnya, menambah kapasiti rangkaiannya serta memperbaiki ketersediaan perkhidmatannya bagi memberikan pengalaman yang lebih baik. Tuan akan dimaklumkan berkenaan penawaran dan perkembangan terkini menerusi pengumuman dan komunikasi apabila tiba masanya tidak lama lagi. Sementara itu, kami berharap tuan akan menikmati ganjaran penghargaan yang kami sediakan.
Berkenaan dengan permohonan UniFi tuan, hasil semakan kami mendapati alamat tuan di No. 174 B, Jalan Masjid, 11600 Jelutong, Pulau Pinang masih tidak termasuk di dalam kawasan liputan perkhidmatan Unifi. Untuk makluman tuan, pihak TM juga telah membuat kajian dan siasatan terperinci bagi meningkatkan liputan perkhidmatan Unifi di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, pertimbangan semula akan diberi sekiranya kawasan tersebut telah memenuhi garis panduan pembangunan infrastruktur perkhidmatan TM seperti yang diperlukan. Selain dari itu, TM juga akan mengambil kira faktor perancangan ekonomi dan tahap permintaan di kawasan tersebut dalam penyediaan infrastruktur di tempat tersebut.
Terima kasih sokongan berterusan tuan kepada produk dan perkhidmatan kami. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila layari laman web www.tm.com.my ataupun e-mel ke help@tm.com.my. Tuan juga boleh menghubungi TM di talian 100 dan alternatifnya, sila tweet kami di @TMconnects atau melalui facebook di Everyone Connects.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Nor Hidayah Binti Mohd Ayob
TM Email team,
Telekom Malaysia Berhad
www.tm.com.my
No Rujukan: 1-16685750243
, no plan for unifi coverage also in my area. fuck TM