QUOTE(mr_habuk @ Feb 18 2007, 06:49 PM)
eh..how's that?
mind to teach me..??

Ok. Off Topik ya, tapi bermanfaat pada forumer sini.
Anda tentu pernah menukar mainboard (upgrading mainboard) kan?
Yang ni cara upgrade tanpa perlu install semula windows xp. Cuma pasang semula hardware kat casing dgn mainboard baru tu. Harddisk yang ada windows xp di dalamnya (C:\Windows) tu pun termasuk dlm proses pemasangan mainboard baru tu.
SysprepApa itu Sysprep? Ianya adalah utiliti yang membolehkan anda membuat HDD image untuk mass deployment, yang mana hardware komputer boleh macam-macam jenis (eg: kad grafik, memori, kad bunyi).
Apabila anda menggunakan Sysprep, ia akan membuang semua ID hardware daripada OS Windows XP. Saya cuma menekankan bahawa kali ni bukan nak guna Sysprep untuk mass deployment , tapi sekadar buat imej untuk komputer anda dgn mainboard baru tu.
Prosedur:
1. Dapatkan driver untuk mainboard baru dan semua hardware komputer (jika perlu). Terutamanya driver untuk kad network tu.
2. Ambil Sysprep 2.0 dari XP CD anda tu (\support\tools\deploy.cab) dan letak ia dlm folder c:\sysprep.
(AWAS! Kalau anda guna XP SP2 CD, gunakan XP SP2 CD tu juga. Kalau guna XP CD asal, guna CD asal tu jugak).
3. Bukak program sysprep tu (run it).
4. Pilih Mini-Setup, PnP, dan Reseal. Lepas tu, shutdown pc anda dan keluarkan mainboard lama itu.
5. Pasang mainboard baru kat casing berserta dgn komponen˛ hardware lain.
6. Boot komputer, pastu akan keluar skrin yg serupa dgn situasi di mana kali pertama install XP. Itulah Mini-Setup Wizard.
7. Seterusnya, arahan bergantung pada jenis komponen˛ komputer anda, yang mana anda mungkin dikehendaki install driver tersebut.
8. Ok, lepas ni semuanya selesai sudah. Anda tak perlu install windows semula dari kosong, dan tak perlu sakit kepala kerana bloated registry akibat ada driver mainboard lama serta hardware ID lama.
Rujukan:
How to Use SysprepCatatan:
Saya dapat pengalaman ni bila bertukar mainboard dari ASUS M2NPV-MX mATX ke Biostar T-Force 550. Saya tidak mahu reinstall Windows XP, jadi google dan jumpa caranya dgn guna Sysprep ni. Kaedah ini benar-benar menjimatkan masa saya.
Semoga artikel ni bermanfaat bagi forumer lain. Sekian.
This post has been edited by coolblade: Feb 19 2007, 05:24 PM