QUOTE(TrustULoveU @ Jun 1 2021, 03:37 PM)
Hi guys, i applied for the auto debit and every month they will auto deduct from my bank account.. last month i forgotten to top up my account and i got a email saying unsuccessful debits, do i need to manually pay my ptptn or just wait another round for PTPTN to auto direct debit from my account?
while waiting for responses,...
i got this from there,....
https://www.facebook.com/PTPTNOfficial/post...89633394457478/Soalan 9 :
Apakah sebab transaksi potongan Direct Debit gagal dilakukan?
Jawapan :
Transaksi potongan Direct Debit gagal dilakukan kerana sebab-sebab berikut:
- Baki di dalam akaun tidak mencukupi
- Akaun pemohon tutup / Akaun tidak aktif
- Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon
Soalan 10 :
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya transaksi potongan pada bulan tersebut gagal dilakukan?
Jawapan :
PTPTN akan membuat potongan pada 10hb atau 27hb setiap bulan. Sekiranya potongan tidak berjaya dilakukan pada salah satu tarikh tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik/ deposit SSPN-i daripada peminjam/ pendeposit bagi bulan tersebut.
Peminjam dikehendaki membuat bayaran balik melalui saluran lain bagi mengelakkan pinjaman menjadi tertunggak sekaligus memberi kesan kepada rekod CCRIS.
Soalan 11 :
Adakah bayaran untuk ansuran bulan semasa akan dipotong bersekali dengan potongan pada bulan hadapan sekiranya Direct Debit tidak berjaya dilakukan. Sebagai contoh, transaksi potongan Direct Debit gagal kerana baki di dalam akaun tidak mencukupi (insufficient balance) ?
Jawapan :
Tidak. Setiap potongan adalah di atas jumlah ansuran bayaran balik sebulan sahaja. Sekiranya tiada potongan berjaya dilakukan dalam bulan tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik daripada peminjam bagi bulan tersebut.
Oleh itu, peminjam hendaklah memastikan baki dalam akaun bank adalah mencukupi untuk memastikan potongan dapat dibuat sekaligus dapat menikmati kelebihan Direct Debit.
hope it can provide some info while you wait for responses...