Can search in fb page: Planet Jaeger
KENAPA ECO GRANDEUR TIDAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN SETIA ALAM
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
Hari ni Abe nak bagi cons dulu. Esok2 Abe bagi pro pulak. Takkan Abe senantiasa nak cakap benda2 yang manis sahaja kan?
.
.
#LatarBelakangProjek
🔘 Graham Gardens ialah satu daripada dua taman yang akan dilancarkan di Eco Grandeur
🔘 Eco Grandeur terletak di Persimpangan Jalan Bukit Cerakah dan Persiaran Mokhtar Dahari di Puncak Alam.
🔘 Peminat hartanah sering mengatakan Eco Grandeur ini ialah The Next Setia Alam.
🔘 Bagi Abe jawapannya tidak!
🔘 Ini hanyalah ilusi atau mirage. Buang nama Ecoworld dan Eco Grandeur. Apa yang tinggal? Sebuah kawasan rumah terbengkalai di tengah2 tanah yang luas di Puncak Alam.
.
.
#AksesabilitiYangMencabar
🔘 Aksesabiliti - 5 km ke Latar. Terpaksa melalui satu jambatan kecil di Sungai berdekatan Desa Coalfield.
🔘 Pada hari biasa pun, terasa lama nak sampai ke Latar Hiway apatah lagi waktu pergi bekerja.
🔘 Jika hendak ke DASH hiway, jaraknya sangat jauh. Persiaran Mokhtar Dahari (PMD) sangat jauh apatah lagi dari 630 pagi ke 9 pagi. Kalau DASH tidak siap pada jangkamasa yang ditetapkan, parah anda nanti.
🔘 Jarak ke West Coast Hiway agak jauh. Tidak patut digunakan sebagai sales pitch.
🔘 Jalan Meru walaupun sedang dibesarkan tapi banyak choking point. Anda akan tersekat didalam jam untuk ke Klang.
🔘 Jalan Pintas ke Utara Setia Alam. Anda akan melalui kawasan yang sempit di Kampung Budiman. Jarak ke Kampung Budiman juga agak jauh (8 km). Anda juga dinasihatkan tidak memandu terlalu laju disitu untuk menghormati penduduk kampung.
🔘 Jalan pintas ke Guthrie. Terpaksa melalui Bandar Saujana Utama. Jalan kecil dan traffic teruk.
🔘 Biasanya EcoWorld akan membina jalan khas ke hiway bagi projeknya. Tapi ini agak mustahil bagi Eco Granduer kerana jaraknya sangat jauh.
.
.
#KekuranganPeluangKerjaDiIndustriDanPusatKomersil
🔘 Tiada industri gagah dan pejabat kerja gah di Puncak Alam. Kawasan ini kurang peluang pekerjaan.
🔘 Walaupun Setia Alam 12 tahun dahulu ladang kelapa sawit, lokasinya terletak di antara Bandar Baru Klang dan Bandaraya Shah Alam. Industri dan peluang pekerjaan banyak di dua kawasan ini. Peluang untuk menyewakan rumah tinggi.
🔘 Faktor UiTM. Uitm kini mempunyai VC baru. VC lama mempunyai aspirasi untuk menjadikan Uitm Puncak Alam sebagai kampus utama. Akhir-akhir ini rancangan ini bergerak perlahan.
🔘 Faktor Hospital Uitm: Design hospital telah pun siap. Kini dalam process tendering dan akan mengambil masa 27 bulan untuk siap. Soalannya bilakah kerajaan akan bagi dana? Sempatkan Hospital itu siap bila Graham dah dapat kunci?
.
.
#IsuLeasehold
🔘 Populasi antara kaum disini tidak seimbang. Di sini majoriti Melayu. Unlike Setia Alam, majoritinya Cina.
🔘 EG ini leasehold dengan sekatan. Bumi sukar jual pada non bumi. Market tersekat. Di Setia Alam, hartanahnya ialah Freehold tanpa sekatan. Market subsale bagi bumi disitu amatlah luas sekali.
🔘 Leasehold tenure EG sekarang ialah 85 tahun. Bila dah masuk tempoh subsale, hanya tinggal 81 tahun sahaja. Walaupun masih selamat (atas 60 tahun), masih banyak orang yang mempunyai stigma tentang ini.
🔘 Pesaing EG, Bandar Seri Coalfield yang Freehold dan paling hampir dengan LATAR highway pun masih mengalami kesukaran untuk menghabiskan stok undercons.
.
.
#IsuLambakanTeres
🔘 Saingan yang sengit. Di Setia Alam dahulu. Hanya ada Aman Perdana, Bukit Bandaraya, Seksyen 7 Shah Alam, dan Bandar Bukit Raja sebagai pesaing.
🔘 Puncak Alam ini mempunyai tanah yang tidak terkira luasnya. Sekarang sudah ada pesaing dari Bandar Saujana Utama by Glomac, Hillpark by MKH, IJM, Alam Perdana by LBS, Bandar Seri Coalfield by KLK. Who knows siapa lagi akan bertapak di Puncak Alam. Itu belum kira orang Melayu yang beli tanah2 lot sekitar Bukit Cerakah!
🔘 Pemaju biasanya akan melancarkan 100 hingga 300 unit teres. Tapi EG ini ada hampir 2000 units! Digestion period pasti panjang.
🔘 Di Setia Alam, pemaju SP Setia mengamalkan different design dan facade setiap tiga ke empat row of terraces. EG ini walaupun layout dalaman berbeza tapi design hampir2 sama dari luar!
🔘 No definite development plan seperti masterplan Setia Alam. Next phase could b link houses too.
🔘 Di Utara, pemaju besar menumpukan perhatian di Kundang.
.
.
#IsuLandedStrataUntukTeres
🔘 Adakah Joint Management Body akan membenarkan pemilik menyewakan kepada students Uitm?
🔘 Landed Strata. Wajib bayar 200 rm maintenance fee sebulan. Itu bersamaan dengan loan 42K. Setia Alam teresnya hanya bayar guard fee 40 rm sebulan. Tu pun tak wajib.
🔘 EG tertakluk bawah DMC. Tak boleh extend dan renovate bahagian luar. Tak boleh cat lain tanpa persetujuan JMB.
🔘 Melayu suka renovate dapur basah dan reno luar. Ini masalah paling besar sedangkan rumah projek pesaing lain boleh diubah suai.
🔘 Build up kecil. Saiz paling murah datang dengan tiga bilik. Melayu yang nak upgrade dari hi rise 3 bilik biasanya ada anak ramai. Anak lelaki dan perempuan tak boleh tidur sebilik. Kalau ada orang gaji dan mertua pasti mengundang masalah.
.
.
#AncamanBanjirDanKualitiTanah
🔘 Masalah banjir. Setia Alam tiada masalah banjir. Sini ada masalah banjir akibat longkang tersumbat. Itu belum kira pembangunan masa depan lagi. Apa jaminan longkang tidak akan tersumbat lagi?
🔘 Dari pengamatan pokok2 kelapa sawit sekitar kawasan itu, nyata pokok2 itu ditakungi air kerana pokok2 nya renek2.
🔘 Tanah disitu lembut. Diharapkan pemaju akan memastikan kejadian rumah retak akibat tanah mendap di fasa awal di Setia Alam tidak berulang.
.
.
#UpfrontCapitalBolehTahan
🔘 Kalau anda LTV70, buat kiraan betul2. Modalnya tidaklah kecil.
🔘 Very long term investment. Holding power perlu besar. Tidak sesuai untuk bot-bot kecil. Nanti dilambung badai.
.
.
#KesimpulanPenulis
🔘 Sekiranya anda tidak kisah bangun awal pergi kerja seawal 6 pagi, EG ini sesuai. Jalan teruk dari 630 pagi ke 9 pagi. Lambakan rumah semakin banyak.
🔘 Ruang untuk capital appreciation masih ada. Tapi ruang untuk mencari penyewa agak sukar akibat lambakan unit. Sewa sekitar kawasan itu 800 hingga 1200. Anda mungkin bayar 2400 sebulan termasuk maintenance fee.
🔘 Jika rizab anda lemah, hati2 beli untuk pelaburan. Beli untuk duduk okay, tapi makan jem kayalah setiap hari.
🔘 Kawasan itu belum ada pusat komersial yang mantap. Need time. Long term investment.
🔘 Ini bukan dibawah MBSA. Setia Alam dibawah MBSA. MDKS tidak setanding MBSA yang gagah.
#SayaPutarHalim!
#PlanetJaeger
#DisclaimerApplies