QUOTE(doden @ Mar 12 2009, 02:57 PM)
deworm ialah apa?
vaccine tu pulak apa?vaccine bukan macam pergi ke klinik mintak macam ubat antibody ker?makanan yang say abagi kucing nie makan ialah dari Royal Cane/Royal Cine kalau tak silap.Jenis makanan tu pulak, untuk kucing Parsi.Lepas makan makanan tu, memang serius bulu dia lembut.Cuma 2,3 hari sahaja dah dapat rasa.(Saya rasa takde salahkan kalau bagi dia makan makanann yang dikhususkan untuk kucing Parsi, memanglah kucing saya tu tak akan jadi kucing Parsi untuk selama-lamanya tetapi apa salahnya untuk dia dapat manfaat daripada makanan tu kan)Sorrylah saya kurang tahu sangat pasal benda tu tapi kalau boleh saya nak tahu jugak pasal benda tu.(deworm & vaccine)yang saya tahu ada jiran saya pergi mandulkan kucing dia jer..
Kucing tu saya panggil dia miow miow jer...
Kucing tu kucing betina.Thanks for info ye elfreakz..
wah kamu tak tahu semua tu? saya rasa seeloknya kamu jangan buat biak kan kucing kamu buat masa ni. belajar semua dulu then kucing yang sedia ada sekarang. bagi dia sihat betul pada masa terdekat adalah apa yang tuan kucing sepatut buat. bukan terlalu fikir masa hadapan macam anak, cucu, cicit vaccine tu pulak apa?vaccine bukan macam pergi ke klinik mintak macam ubat antibody ker?makanan yang say abagi kucing nie makan ialah dari Royal Cane/Royal Cine kalau tak silap.Jenis makanan tu pulak, untuk kucing Parsi.Lepas makan makanan tu, memang serius bulu dia lembut.Cuma 2,3 hari sahaja dah dapat rasa.(Saya rasa takde salahkan kalau bagi dia makan makanann yang dikhususkan untuk kucing Parsi, memanglah kucing saya tu tak akan jadi kucing Parsi untuk selama-lamanya tetapi apa salahnya untuk dia dapat manfaat daripada makanan tu kan)Sorrylah saya kurang tahu sangat pasal benda tu tapi kalau boleh saya nak tahu jugak pasal benda tu.(deworm & vaccine)yang saya tahu ada jiran saya pergi mandulkan kucing dia jer..
Kucing tu saya panggil dia miow miow jer...
Kucing tu kucing betina.Thanks for info ye elfreakz..
-
deworm = ni macam buang cacing dalam perut. kalau kitten kecil biasa dlm bentuk cecair. kalau kitten besar dan kucing dewasa guna pill. Murah je, beberapa ringgit.
-
Vaccine = vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing supaya mendapat memberi perlindungan daripada penyakit. Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian. Biasanya kucing yang berumur 8 - 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang di terima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat.
macam manusia, kita pun ada di beri beberapa suntikan penting sepanjang hidup kan.
kalau pergi vet, cakap je nak Vaccine / Vaksin. Kucing yang pertama kali vaksin dalam hidup dia, akan di vaksin 2 kali. contoh nya, kalau kamu pergi vet hari ni 12/3/2009 untuk vaksin pertama, maka vaksin kedua adalah 12/4/2009. tujuan dilakukan 2 kali adalah untuk memastikan suntikan pertama pada 12/3/2009 bebetul kuat, kerana, tidak semua badan kucing boleh terima vaksin. sebab tu awal nya tadi, saya kata kan "Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit".
walau bagaimana pun, vaksin tetap penting, kerana potensi ia untuk megawal penyakit sgt tinggi. bak kata orang tua tua, mencegah itu lebih baik dari mengubati. vaksin ni kira nya macam MENCEGAH.
selepas 2 suntikan pertama selesai, lepas ni hanya perlu buat setahun sekali. jadi seterus nya adalah 12/4/2010.
harga vaksin ni, lain vet lain harga. rasa nya dari RM35 ke atas. kebiasaan rm40.
-
tidak ada masalah kucing bulu pendek makan RC persian.
atau tidak ada masalah kucing bukan persian makan RC persian.
kalau nak lagi cantik, bagi makan makanan kitten, RC kitten. sbb makanan kitten nutrisi lebih tinggi.
lepas tu bagai makanan sampingan macam Ayam dan daging. beli isi ayam/daging, potong dadu, dan letak ada dapur sekejap saja, biasa nampak 1/2 masak isi tu. lepas tu bagi kat kucing, sure sihat
-
So sekarang nampak tak berapa banyak duit kalau kita nak ada kittens? mudah bagi orang yang lepas tangan, tapi menjadi satu tanggungjawab bagi orang yang sangat prihatin pada kucing.
cuma bayang kan kucing kamu beranak 5. tahun pertama KALAU seekor kucing anggaran vaksin + deworm adalah dalam RM60. Kalau 5 ekor RM300.
itu tak termasuk penyakit penyakit lain. tak semua nya akan sihat, ada yang demam, ada yang kena kurap lah, ada yang sakit macam2, dan lain2.
lepas tu kena bagi RC baby cat, dan RC kitten, sampai umur mencecah sekurang2 nya 8 bulan. Kitten food lebih mahal dari adult.
kalau sesiapa mampu dan boleh lakukan semua tanggungjawab ni, saya tabik untuk tuan nya, dan kucing2 tu.
tapi kalau tuan lepas tangan, maaf lah pada nasib malang kucing2 tu, dan maaf juga pada tuan yang malang ada sikap lepas tangan.
This post has been edited by elfreakz: Mar 12 2009, 07:20 PM
Mar 12 2009, 07:13 PM
Quote
0.0454sec
0.48
7 queries
GZIP Disabled