Penjelasan Wahed Technologies Sdn Bhd Mengenai Kenyataan SEC
Salam Sejahtera,
Pada 9 Februari 2022, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (βSECβ) menerbitkan penyelesaian antara Wahed Invest LLC ("Penasihat") dan SEC Amerika Syarikat mengenai kenyataan mengelirukan dan kegagalan pematuhan tertentu yang dilakukan oleh Penasihat antara September 2018 dan Julai 2019. Kami ingin menyatakan bahawa perkara ini hanya melibatkan Penasihat Pelaburan Wahed di Amerika Syarikat dan ianya tidak melibatkan sama sekali syarikat-syarikat Wahed yang lain seperti di Malaysia. Di dalam penyelesaian itu, Penasihat dikehendaki membayar penalti kepada SEC Amerika Syarikat, dan telah diarahkan untuk berhenti daripada melakukan sebarang pelanggaran pematuhan pada masa hadapan.
Penalti tersebut adalah penalti kawal selia dan tiada dakwaan dibuat atas sebarang kesalahan yang disengajakan mahupun mengakibatkan kerugian kepada mana-mana pelanggan.
Wahed Technologies Sdn. Bhd. (Wahed Malaysia) mempunyai penasihat Syariahnya tersendiri yang memastikan bahawa segala portfolio dan proses pelaburan yang dilakukan untuk pelanggan di Malaysia mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
Wahed ditubuhkan dengan niat untuk memperkasakan individu dalam membuat pelaburan yang sejajar dengan nilai dan kepercayaan mereka. Sejak 2016, kami telah memulakan perjalanan untuk menjadikan pelaburan digital dan halal, mudah diakses oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira dimana jua. Wahed kini melayani lebih 200,000 pelanggan di Amerika Syarikat, UK & Malaysia. Kami berharap dengan sokongan anda, kami dapat terus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta meluaskan jangkauan perkhidmatan kami ke lebih banyak negara dan komuniti yang boleh mendapat manfaat daripada platform pelaburan digital kami.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kami di malaysiasupport@wahedinvest.com atau +6016 299 1615.
Sekian dan terima kasih.
Syakir Hashim
Wahed Technologies Sdn Bhd
sos:
https://halal.wahedinvest.com/kenyataanawam