QUOTE(Chobits @ Dec 5 2018, 06:40 PM)
interesting point, BLR rates adjustable are highlighted in the agreement. PTPTN did not.
there are clauses allowing them to adjust somethings, but directly dipping hands into borrower's pocket is something kinda extreme compared to adjust clauses.
if this was possible, why BN did not do it ? they could gotten more money for Big Mama.
I am not a lawyer and I'm not sure if this is still a valid sample:
https://ptptn.manipal.edu.my/files/PERATURA..._PERJANJIAN.pdfBut there seems to be a few clauses in it that allows them the freedom to do it.
This for example:
QUOTE
6. PERBADANAN adalah berkuasa memaklumkan secara bertulis kepada seseorang majikan yang mengambil PEMINJAM bekerja untuk memotong daripada gaji PEMINJAM apa-apa jumlah wang yang merupakan amaun bayaran balik bulanan yang dikehendaki daripada PEMINJAM bagi tujuan pelepasan Keseluruhan Pinjaman Tersebut dan kemudiannya diremitkan kepada PERBADANAN. Bagi PEMINJAM yang bekerja sendiri, PEMINJAM hendaklah membuat pembayaran balik bagi
tujuan pelepasan Keseluruhan Pinjaman Tersebut terus kepada PERBADANAN atau mana-mana ejen lain yang dilantik mengikut amaun bayaran balik bulanan Keseluruhan Pinjaman Tersebut yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Pinjaman Pendidikan / Pinjaman Semula Pendidikan atau di dalam notis bayaran balik yang dihantar kepada PEMINJAM.
QUOTE
19. Tanpa menjejaskan Fasal 6 Lampiran ini, jika PERBADANAN menyediakan satu skim pembayaran balik berkenaan wang yang kena dibayar oleh PEMINJAM ke atas Keseluruhan Pinjaman Tersebut kepada PERBADANAN selain daripada yang ditetapkan di bawah Fasal 6, PEMINJAM adalah dengan ini memberi persetujuan yang tidak boleh dibatalkan untuk membenarkan PERBADANAN membuat perkiraan dengan sesiapa jua majikan PEMINJAM kemudian nanti supaya pendapatannya dipotong dengan sewajarnya bagi pihak PERBADANAN. PERBADANAN adalah berhak pada bila-bila masa untuk mengubah kadar Upah Pengurusan Pinjaman, cara dan/atau masa bagi pembayaran balik itu dan meminta pembayaran balik dengan serta-merta bagi Keseluruhan Pinjaman Tersebut atau sebanyak mana yang masih belum dibayar menurut budi bicara mutlaknya tanpa memberi apa-apa sebab baginya. PERBADANAN juga berhak pada bila-bila masa untuk meminta mana- mana Agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau Pertubuhan Keselamatan Sosial membayar daripada saguhati persaraan atau caruman PEMINJAM bagi tujuan pelepasan Keseluruhan Pinjaman Tersebut.
QUOTE
30. Walau apa pun yang tersebut di atas, PERBADANAN berhak pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya meminda atau menambah terma-terma atau syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Pinjaman Pendidikan / Pinjaman Semula Pendidikan.
Although, 19 didn't specifically mentioned about the amount.