QUOTE(Wiredx @ Jan 20 2014, 08:35 AM)
They are just jealous cos they missed the boat [/tongue-in-cheek]
It's a news about Pricewaterhousecooper studies on properties investment, who r u refer as "They" kindly elaborate ???
Here's the news write up.
Malaysia berdepan
kemelut sektor hartanah
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Akibat
permainan spekulator, Kuala Lumpur
dan bandar sekitarnya hanya berada di
tempat ke-14 dalam senarai lokasi
pelaburan terbaik sektor hartanah bagi
rantau Asia Pasifik untuk tahun ini,
ekoran lebihan penawaran hartanah.
Hasil kajian firma penyelidikan
PricewaterhouseCoopers (PwC)
mendapati keadaan itu telah
menyebabkan prospek pelaburan
hartanah di Lembah Klang kurang
menarik, sekali gus kedudukannya
merosot berbanding tempat kelima pada
tahun lalu.
Antara maklumat daripada kajian oleh
firma itu mendedahkan hanya 18
peratus ruang pejabat di Lembah Klang
dipenuhi ketika ini berbanding 20
peratus pada 2012.
Malah, premis pusat beli-belah juga telah
terlebih bina selain reka bentuknya
yang agak ketinggalan zaman.
Dalam senarai tersebut bandar-bandar
utama yang berada di atas Kuala
Lumpur mengikut turutan ialah Tokyo,
Shanghai, Jakarta, Manila, Sydney,
Guangzhou, Singapura, Beijing, Osaka,
Shenzhen, Bangkok, pinggir bandar di
China dan Melbourne.
Kajian itu turut memetik seorang
penganalisis hartanah serantau yang
menyatakan, lebihan penawaran itu
berlaku akibat jangkaan spekulator
bahawa Kuala Lumpur merupakan lokasi
pelaburan hartanah terbaik beberapa
tahun lalu.
Jangkaan itu sedikit sebanyak telah
mendorong satu persatu pemaju
menjalankan pelbagai projek hartanah
sama ada kediaman, pejabat serta pusat
beli-belah dengan harapan adanya
permintaan yang tinggi.
"Sebelum ini, memang benar
permintaan hartanah cukup tinggi,
namun akibat permainan spekulator
bilangan unit-unit hartanah menjadi
lebihan.
"Malah, di kawasan bukan tumpuan pun
kediaman termasuk jenis mewah telah
terlebih bina. Akhirnya, pemaju-pemaju
menjual produk hartanah masing-
masing kepada pelabur asing bagi
meraih pulangan," kata penganalisis itu.
Laporan lain mendakwa walaupun
berlaku lebihan penawaran, beberapa
projek hartanah terus dijalankan sekali
gus mewujudkan risiko sama ada unit-
unit yang dibina itu mampu disewakan.
Tujuan sebenar kajian oleh PwC itu
adalah untuk memberi idea pelaburan
kepada pelabur-pelabur hartanah
antarabangsa mengenai pulangan yang
mampu diraih oleh mereka, dan
bukannya mengenai krisis lebihan unit
hartanah di Kuala Lumpur.
Namun, kajian itu dapat mendedahkan
kesan buruk permainan spekulator
kepada sektor hartanah tempatan selama
ini.
Kini, boleh dilihat betapa rasionalnya
perundangan yang diperkenalkan oleh
kerajaan seperti harga minimum RM1
juta untuk pembelian hartanah oleh
warga asing serta Cukai Keuntungan
Harta Tanah (RPGT) bagi membendung
aktiviti spekulator.
Mengikut laporan sebelum ini, beberapa
kawasan tumpuan di Medini, Iskandar
Malaysia dikatakan mendapat pengecualian RPGT dan harga minimum
pembeli asing, memandangkan
pembangunan di kawasan itu masih di
peringkat awal.
Namun, kajian oleh PwC ini penting
sebagai rujukan kepada Iskandar
Malaysia, supaya pada akhirnya tidak
hanya dipenuhi dengan 'gajah putih'.
This post has been edited by jolokia: Jan 20 2014, 10:13 AM