Digital Mode : D-Star - DMR - System Fusion : Perbandingan secara asas.Source:
Digital Mode : D-Star - DMR - SystemDigital Mode dalam radio amatur ini sebenarnya adalah noise-free dan juga noise immune., berbeza dengan system analog. Contohnya, jika kita berada berdekatan enjin kenderaan yang sedang hidup, dekat dengan generator atau berada dalam kawasan yang ramai orang seperti pasar, audio tx kita akan tetap bersih seperti kita berada didalam bilik berseorangan. Disamping itu juga. mode digital ini juga boleh transmit data seperti callsign kita, gprs, dan imej.
Ada tiga jenis system yang digunakan dalam mode digital ini, iaitu D-STAR, DMR dan System Fusion. Ketiga-tiga system ini, masing-masing mempunyai kelebihan dan juga kekurangan tetapi ketiga-tiga system ini mempunyai keupayaan yang sama, iaitu kualiti audio yang cantik dan bersih, noise free, boleh tx data dan imej serta sebagainya. Sila baca dan study rajah di bawah.
QUOTE
D-STAR DMR Fusion
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Vocoder AMBE+ AMBE+2 AMBE+2
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modulation GMSK 4FSK C4FM
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Multiplex Method FDMA TDMA FDMA
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Transmission Rate 4.8 kbps 4.8 kbps x 2 9.6 kbps
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bandwidth 6.25 kHz 12.5 kHz 12.5 kHz
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Channels supported 1 2 1
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Standard Developer JARL ETSI Yaesu
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika diperhatikan jadual diatas, perbezaan antara ketiga-tiga system ini adalah sangat berbeza. Perbezaan yang paling ketara ialah modulasi, dimana D-STAR menggunakan modulasi GMSK, DMR modulasi 4FSK dan Fusion pula C4FM.
GMSK : Gaussian Minimun Shift Keying
4FSK : 4-level Frequency Shift Keying
C4FM : Continuous 4-level Frequency Modulation
Manakala bagi Multiplex Method, iaitu bagaimana setiap freq didalam satu bandwidth itu disalurkan atau dipecah kepada beberapa sub-channel, D-STAR dan FUSION menggunakan cara FDMA manakala DMR pula TDMA.
FDMA : Frequency Division Multiple Access

Bagi cara FDMA, satu bandwidth dipecahkan kepada beberapa frequency dan diletakkan pada channel masing-masing. Jadi pada freq yang sama, kita boleh wujudkan beberapa lagi kumpulan tanpa menganggu yang lain.
TDMA : Time Division Multiple Access


Time Division Multiple Access (TDMA) menggunakan kaedah yang lain pula, ianya membahagi setiap channel atau band mengikut slot masa. Tetapi masih lagi dengan prinsip yang sama, iaitu membahagikan atau memecahkannya kepada beberapa kumpulan.