Kita mulakan dengan Yaesu dahulu, untuk seiring dengan peredaran masa, Yaesu juga membangunkan system mode digital (C4FM/FDMA) mereka sendiri iaitu System Fusion. Dimana untuk run system Fusion ini, beberapa model dihasilkan samada dual band atau single band serta jenis mobile dan juga portable. Model untuk mobile rig dual band VHF/UHF seperti FTM400, FTM100 dihasilkan. Model FTM ini mempunyai keupayaan seperti GPS, APRS, mengesan lokasi station yang lain, Malah model FTM ini juga boleh tx gambar jika dipasangkan camera mic (optional). Disamping itu juga, model FTM ini juga boleh berkomunikasi menggunakan mode analog jika kita ingin contact dengan rakan yang tidak ada mode digital.
FTM400DR/XDR

FTM100

FTM3200
Bagi model monoband pula, Yaesu memperkenalkan model FTM 3200DR, model ini juga berkeupayaan C4FM/FDMA cuma ia single band sahaja, iaitu pada band 2m. Model untuk operasi portable juga mereka hasilkan, contoh model untuk portable ialah FT1DR, FT2DR dan yang terkini, FT70DR dual-band. Kesemua model-model ini mempunyai fungsi dan keupayaan yang sama, yang membezakan antara mereka adalah colour skrin sahaja,

Model FT1DR

Model FT2DR

Model FT70DR
Oleh kerana semua model ini menggunakan System Fusion, maka untuk menghubungkan atau membuat networking bagi semua model ini agar dapat berkomunikasi dengan lebih cekap dan efisien lagi, maka sebuah repeater yang berkeupayaan System Fusion diperlukan. Sehubungan dengan itu, Yaesu juga ada menghasilkan sebuah repeater yang menggunakan modulasi C4FM/FM iaitu Yaesu DR-1X.

DR-1X
Repeater Yaesu DR-1X ini support dual band, iaitu band 2m dan juga band 70cm. Dimana ianya ada dua mode modulasi, iaitu modulasi C4FM dan FM. Maknanya disini, ianya boleh digunakan secara analog dan juga digital. Untuk menambahkan kecekapan repeater ini menguruskan dua jenis modulasi tersebut, Yaesu ada membangunkan system AMS, iaitu Automatic Mode Selection. AMS berfungsi seperti berikut:
1. Jika kita tx ke repeater DR-1X ini dengan mode C4FM, maka ia akan segera secara automatik memancar semula dengan pancaran dalam mode C4FM.
2. Jika kita tx ke repeater DR-1X dalam mode FM, maka ia akan tx semula dalam mode FM juga.
Maknanya disini, repeater DR1-X ini boleh digunakan oleh dua pihak, iaitu golongan yang menggunakan system analog dan juga golongan yang menggunakan system digital. Berbeza dengan repeater digital yang lain.
*** Buat masa ini, repeater yang menyokong System Fusion adalah 9M2RUK (Ulu Kali - VHF) , 9M2RKL (Bukit Lanjan - UHF) dan 9M4RHE (Hotel Equatorial, Melaka - VHF) dalam mode AMS. ***
This post has been edited by arazman: Sep 16 2017, 05:15 PM
Sep 16 2017, 04:27 PM
Quote










0.0250sec
0.31
6 queries
GZIP Disabled