DMRBerbeza dengan D-STAR dan juga Fusion, DMR ini ada kelainannya. Jika D-STAR, ianya dibawah Icom, bermakna kita perlu membeli barangan icom untuk follow D-STAR ini, begitu juga dengan Fusion, dimana kita perlu beli alatan dari Yaesu untuk turut serta bergelumang dengan mode digital bersama rakan taulan.
DMR lahir dari rumpun komersial radio dan diadaptasikan untuk kegunaan amatur.
Transceiver yang ada DMR ini ada pelbagai jenama, dari yang murah hinggalah yang mahal. Di penghujung topik DMR ini saya akan senaraikan listnya. Sekarang mari kita explore dahulu apa yang DMR ini boleh buat dan beri kepada kita.
Jika dilihat jadual diatas, System DMR menggunakan 4FSK dan TDMA, berbeza dengan D-STAR dan Fusion. Manakala untuk convert voice audio ke digital, DMR menggunakan vocoder AMBE+2, dimana background audio yang bising seperti bunyi siren, enjin, angin, orang menjerit kesakitan dapat dikurangkan dan tidak masuk bersama. Selain itu, DMR juga dapat menghantar text mesej, GPS dan telemetry data. Oleh kerana DMR berkeupayaan menggunakan 2 channel dalam satu masa, Maka kita boleh berkomunikasi dengan dua individu pada masa yang sama, berbeza dengan FDMA.
Untuk menikmati DMR, kita memerlukan transceiver yang berkeupayaan DMR, Transceiver tersebut adalah seperti berikut:

Motorola MOTOTRBO XPR 5550 DMR

Hytera - MD782G

Kenwood TK-D740

TYT MD-9600
manakala tiada dalam gambar, transceiver yang DMR compatible adalah seperti berikut:
1. Samhoo SPM6040
2. Aselsan DMR4700
3. Excera EP8100
4. HQT DM-9800
5. Radiodata MS2217D
6. Sepura SBM8000
7. TYT MD-380/MD-390
8. TYT MD-2017
9. Radioddity GD-55+
10. Radioddity GD-77
*** Buat masa ini, repeater amateur yang menyokong System DMR adalah 9M4RBB (Bukit Bendera - VHF) . *** Banyak sistem radio komersial dan agensi kerajaan/keselamatan awam kini beralih dari analog kepada sistem DMR.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga posting ini, memberi sedikit gambaran mengenai kisah digital mode yang popular setakat ini iaitu D-STAR, DMR dan System Fusion. Seperti yang saya nyatakan, ketiga-tiganya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, ianya memberi kebaikan yang sama, iaitu kejelasan audio, low-noise, GPS, Text Mesej, Imej mesej serta Callsign identification. Sebenarnya banyak lagi kegunaannya dan sehingga sekarang ianya masih lagi dalam kajian dan RnD giat dijalankan.
Akhir kata, saya harap ianya membuka sendikit minda dan pemikiran serta memberi inspirasi dan jalan kepada yang ingin mendalami dan memahami dengan lebih lanjut mode digital ini. 73 Zaki (9M2ZAK)