Menarik cerite tu Saudaraku piju. Ya, itulah yang saya dengar. Inilah adat manunisa. Masing-masing ada pemikiranya tersendiri. Yang bersikap 'ego' tu, apa boleh buat. Sabar dan tergurlah dengan kebaikan. Ya, masa akan berlalu, yang hidup pasti mati. Yang muda akan jadi tua. Yang junior akan jadi senior. Yang 9W pula,...tak semestinya boleh jadi 9M

. Masing-masing silih berganti.
Mungkin saya baru sangat dalam dunia Radio Amatur di Malaysia, dan tidak banyak benda yang saya lihat/dengar/jumpa. Sedih juga lah, ada perkara sebegini. Lihat cerita pasal Radio Amatur, timbul masalah perselisihan antara rakan-rakan. Saya ingin berkawan dengan SEMUA orang. Tetapi, tak semua orang nak jadi rakan saya. Ini saya tak boleh berbuat apa-apa, sebab itu PILIHAN dia.
I like to hear more about the 'problem/clash', but, if I knew it, it still doesn't improve/solve the situation/problem. What choices we have? Proceed what we like to do. The knowledgeable 9M/9W can still share their knowledge to others. I don;t the the 'clash/problem' is the obstacle/wall to make other people more knowledgeable.
3 weeks ago, I had QSO with 9W2EDK and the gangs on 9M4RBC. Mereka sangat inginkan zaman kegemilangan kembali semula. Sekarang sudah berkurangan aktivi berkaitan radio amatur. Yelah, ramai sudah berkeluarga dan komitmen sudah berbeza. Pembahagian masa antara keluarga dan hobi juga bertukar sama sekali. Persoalannya, kenapa era keemasan boleh wujud ketika itu, tapi tidak dimasa kini?
Ramai juga yang rakanrakan HAM baru. Sekrang ada banyak kelab-kelab, tapi, kenapa tidak seperti dahulu? Nak berpecah menajdi kelab-kelab, bukannya masalah besar, tetapi PENGISIANnya. Sebab itulah ada MARL, gabungan kelab-kelab. Setiap kelab boleh berkongsi-kongsi atau memnita bantuan antara-antara kelab melalui MARL.
Ya, untuk mengendalikan kelab memang sukar dan banyak cabaran. Sepatutnya kita besatu untuk menyelesaikan masalah, bukannya menimbulkan atau membesarkan masalah. Maaf, saya tidak tahu permasalahan yang sebenar dan bagaimana nak menyelesaikannya. Ianya akan berbalik kepada PILIHAN kita. Kemana kita nak pergi... Kemana arah tuju kita... Bagi saya radio amatur dalah hobi teknikal, maka sama-samalah berkongsi ilmu teknikal tanpa mengira perasaan, kelab, perselisihan, pergolakkanm ....

bang, knowing more about problem/clash memang tak boleh nak membantu untuk menyelesaikan masalah. tapi sekurangnya kita boleh tahu siapa atau kelompok mana yang menimbulkan masalah tu. sebab tu kena blend dengan ramai orang baru dapat membuka mata dan minda.
saya dapat kelas A masa saya bujang lagi. selepas saya dapat kelas A, saya banyak travel jumpa orang-orang lama terutama 9M2 yang 2 huruf ni. jadi saya dapat tahu banyak cerita dari banyak sumber. bukan untuk berdendam atau nak memburukkan sesiapa, tapi sekadar guideline untuk saya menempuhi masa depan nanti. saya juga pegi berkenalan, cari ilmu, jalinkan hubungan dengan orang lama supaya saya tahu macamana golden age yang selalu diceritakan oleh seseorang tu. dengar cerita dari seorang je bagi saya tak cukup, saya cari lagi dan sampai sekarang saya tak putus mencari. saya kenal 9M2AU, 9M2RB, 9M2SX, 9M2MT, 9M2AR, 9M2RS, 9M2NZ, 9M2ZC dan ramai lagi. semuanya untuk tambah ilmu dan nak kenal apa sebenar golden age yang selalu diceritakan itu.
golden age yang dimaksudkan dulu adalah pada zaman ketiadaan internet, masa tu cuba bayangkan. apa keseronokan kepada radio amatur selain di frekuensi ? tak kisahlah listening atau transmitting. 9M2SX kat penang kata, zaman dia dulu internet tak ada. jadi kalau ada seseorang yang subscribe majalah radio amatur, masing-masing pakat share. dulu semua kelas A. tak ada kelas B. kelas B dulu kira SWL lah. lulus RAE tapi takleh transmit selagi tak lulus CW. lulus CW pulak lepas tu kena operate CW mode selama setahun. zaman dah berubah. zaman dulu sapa ada certification tertentu, boleh terus skip RAE, zaman sekarang ni sapa PHD dalam RF engineering pun kena ambik RAE. zaman sekarang ni kebanyakkan radio amatur cuma dengar di frekuensi yang mereka mampu untuk transmit sahaja. sebab tu ramai tak faham apa itu terma shortwave listening yang sebenar sebab zaman sekarang ni handy lagi murah dari radio shortwave. masa golden age tu, raja jordan pun onair dan bersembang dengan rakyat biasa di frekuensi. saya sendiri tak lalui golden age yang dimaksudkan itu. sebab zaman saya internet mudah didapati. saya banyak belajar dari internet. sekarang ni kalau nak dengar kat shortwave pun tak perlu ada radio, cuma perlu internet. jadi kita adalah di zaman golden age kita sendiri. tak perlu nak agungkan golden age orang lain. kalau masa kita sekarang ini kita sibuk duk agungkan golden age orang lain, bila masa kita nak agungkan dan enjoy pada golden age kita sendiri ? memang banyak percanggahan orang lama dan orang baru. ada orang lama tak setuju APRS, ada orang lama tak setuju remote QTH. banyak benda kalau nak cerita kat sini. malahan, ada orang lama yang tak suka CW.
tak perlu ikut orang. kita sendiri kena aturkan langkah untuk diri sendiri. mungkin orang lain dah bosan, tapi kita belum lagi. banyak benda boleh explore. jangan hidup atas pengalaman orang, cari pengalaman kita sendiri. walaupun pengalaman kita dianggap remeh oleh orang lain, kita seharusnya berbangga dengan diri sendiri.
macam saya cakap sebelum ini, tak perlu kita buang masa fikir pasal politik kelab. politik ni mana-mana pihak pun nak kata dia betul. semua pihak cuba mempengaruhi orang ramai supaya ikut dia. bagi kita yang merdeka dan mampu berfikir ini, rasanya tak perlu nak jadi kuda atau keldai orang. cari apa yang betul-betul kita minat dalam bidang ini dan cari mereka yang sehaluan dengan kita. tak salah untuk bergaul dengan semua, malahan bonus jika anda bergaul dengan semua orang. boleh kenal latarbelakang, interest dan passion seseorang. mungkin sama dengan kita dan mungkin tak sama ?
selalunya sejarah ni diceritakan oleh orang yang menang, tak semestinya yang menang tu betul. jadi kena banyak berjalan dan jumpa ramai orang. baru tahu cerita sebenar. apa pun, just be yourself. kalau minat digital, teruskan. kalau minat listening, teruskan. tak ada orang nak marah. pasal repeater tu, itu hak orang samada dia nak on air kat repeater ke tak. repeater tu berdiri bukan dengan sendiri. banyak kos diperlukan untuk naikkan repeater, nak buat pelarasan lagi. bukan percuma. sebab tu ada sesetengah kelab yang mintak mcmc tulis kat AA repeater tu "for members only", sedangkan satu dunia pun tahu selagi repeater tu valid dalam band radio amatur, semua operator radio amatur boleh guna. tapi ini pernah terjadi, di Malaysia. itu belum lagi cerita pasal etika seorang radio amatur. sepatutnya radio amatur ni faham apa itu self regulatory atau self dicipline hobby. tapi ada juga yang ambik kesempatan, gi register kat 9W8 sebab nakkan suffix yang sama dengan callsignnya yang lain. kalau SKMM tak tahu atau terlepas pandang, patut diri sendiri kena ambik tahu.
kalau nak cerita pasal kat 2 meters repeater tak ada orang. kat 40 meters pun tak ramai orang. sedangkan ramai yang lulus cw test setiap tahun. kenapa ? ada yang pernah cakap kat saya yang dia ada masalah nak pasang antenna 40m kerana duduk di rumah jenis apartment. saya kenal 9M2SX dan dia pun duduk di apartment, tapi dia tak ada masalah untuk pasang antenna 40m kat rumah. 9M2RDX pun duduk rumah apartment, siap dipole 80 meters lagi. pokok pangkal, kena blend dengan ramai orang baru kita dapat tahu banyak benda. kalau takat dengar dari satu sumber ni belum tentu sahih lagi. majoriti tak semestinya betul, minority tak semestinya salah.
nak enjoying amateur radio ni sebenarnya tak perlu berpayung kat mana-mana pun takpa. kat indonesia yang cuma ada ORARI pun takleh kawal semua operator, apa lagi di negara yang banyak kelab ni ? saya baru bagitau orang kuat ORARI pasal ada beberapa operator dari indonesia yang tak menghormati frekuensi segment untuk CW di 40 meters. tapi mereka sendiri cakap yang mereka pun tak boleh kawal semua orang. banyak dah report diorang terima sebelum ini dan kat seanet bali nanti mereka akan cuba untuk ungkitkan sekali lagi kes ini. gentlemen agreement you think
wiraone? sendiri gentel adalah.
saya,
ruth dan
wiraone boleh enjoy macam-macam. tanpa rasa sedikit pun border atau sempadan bila kami bergaul dengan ramai orang. lihat aktiviti yang kami pernah buat di sini
http://www.qrz.com/db/9M2SEkenapa perlu bergantung kat orang sedangkan diri sendiri mampu ? jangan sempitkan minda dengan hidup dan pengalaman orang lain, hidup atas diri sendiri lagi bagus. kelab dan persatuan itu bagus, tapi kalau nampak banyak benda yang tak bagus dari bagus, asyik dengar cerita yang sama dari satu orang je, sebab tu ramai menyendiri.
This post has been edited by piju: Oct 9 2014, 04:41 PM