if u read Harian Metro last couple of week, this is what TM said...
BTW, my connection still acceptable for now... im in BBBangi
QUOTE
TM tak jamin Internet pantas
Oleh Afiq Hanif
TELEKOM Malaysia Bhd tidak memberi jaminan untuk menawarkan perkhidmatan Internet lebih pantas meskipun projek Internet jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) menemui pengguna pada masa akan datang, sebaliknya ia bergantung kepada keadaan semasa.
Pengarah program projek TM HSBB, Ahmad Azhar Yahya, berkata kelajuan Internet tidak boleh dijangka namun akan memastikan kemudahan terbabit memberi kesenangan kepada pengguna.
"Tiada jaminan akses Internet lebih laju kerana ia adalah usaha terbaik, namun kami akan memastikan ia bergerak lancar memenuhi permintaan," katanya selepas taklimat media mengenai ketersediaan syarat dan peraturan perkhidmatan (ITC) untuk perkhidmatan pukal HSBB di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
TM mengumumkan syarat dan peraturan ITC untuk pembekal domestik berlesen yang berminat melanggan perkhidmatan pukal HSBB berkenaan.
Bagi memastikan akses yang lebih meluas kepada dokumen terbabit, butiran ITC akan dipaparkan secara dalam talian di laman web TM di www.tm.com.my.
Ahmad Azhar berkata, tawaran perkhidmatan pukal HSBB dibuka kepada pembekal perkhidmatan yang mempunyai lesen dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Katanya, ini termasuk pembekal kemudahan rangkaian, pembekal perkhidmatan rangkaian, pembekal perkhidmatan aplikasi/Internet serta pembekal perkhidmatan isi kandungan dan perdagangan.
Beliau berkata, ITC perkhidmatan pukal itu dibangunkan berlandaskan rundingan yang diadakan dengan peserta industri dan pendapat semua jenis pemegang lesen serta pendapat pencari akses.
Terdapat tiga jenis perkhidmatan berbeza di bawah projek terbabit merangkumi HSBB (Transmisi), HSBB (Akses) dan HSBB (Sambungan).
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMe...cle/indexv_htmlQUOTE
Kelajuan akses Internet bergantung pada hos
TM memberi jaminan kelajuan akses pelanggan Internet berdasarkan rangkaian yang dikendalikan syarikat itu mampu berada di tahap optimum.
Sebagai contoh, TM menjamin kelajuan akses pengguna Streamyx 1Mbps sentiasa berada pada tahap yang paling optimum (90 peratus atau lebih) selagi pelanggan terbabit melayari laman web atau destinasi siber di sekitar rangkaian kawalan TM.
"Ia berdasarkan pelayaran laman web yang dihoskan di Malaysia, sama ada ia adalah klip video atau multimedia, kelajuan akses 1Mbps pada amnya adalah mencukupi untuk memberi pengalaman yang memuaskan," ulas jurucakap TM ketika mengulas laporan it@Metro minggu lalu berkaitan capaian Internet.
Walau bagaimanapun lain halnya dengan kelajuan rangkaian yang dihoskan di luar negara dan jauh dari rangkaian TM, maka kelajuan bergantung kepada keadaan.
"Oleh kerana rangkaian itu berada di luar bidang kuasa TM, pengalaman pelayar bergantung kepada beberapa elemen luar, termasuk keadaan laluan rangkaian antarabangsa, laluan hop data dan kesibukan trafik ke pelayan antarabangsa dituju pelayar, dan keadaan trafik di pelayan itu sendiri (server load)" kata jurucakap itu lagi.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMe...cle/indexv_htmlThis post has been edited by maiself: Apr 7 2009, 09:41 AM