Garis Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) bagi RESIDENSI KEPONGMAS (RM198,000), RESIDENSI PUCHONGMAS (RM260,000.00) & RESIDENSI PANDANMAS (RM300,000).
1. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon hendaklah mengisi permohonan online di website rasmi Rumawip. Kemudian, pemohon dikehendaki menyediakan dokumen yang lengkap untuk di proses seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
- Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
- Penyata Gaji Terbaru Pemohon (3 bulan)
- Penyata Gaji Terbaru Pasangan (3 bulan)
- Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon
- Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan
- Salinan Bil Elektrik
- Salinan Bil Air
- Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak / Tanggungan
- Surat Pengesahan OKU Pemohon / Surat Pengesahan OKU Tanggungan (jika ada)
- Surat Pengesahan Majikan Pemohon
- Surat Pengesahan Majikan Pasangan
- Salinan permohonan online di portal rasmi Rumawip
2. Dokumen yang telah lengkap hendaklah di serahkan kepada pihak kami beserta cek sebanyak RM5,000.00 (bagi pemohon BUMIPUTRA sahaja) di atas nama pemaju setiap projek (setiap projek berlainan pemaju). Pihak kami akan menyerahkan dokumen dan cek tersebut kepada pihak DBKL untuk proses permohonan.
3. Sekiranya permohonan DILULUSKAN oleh DBKL, maka pihak kami akan menghubungi anda untuk menghadiri proses pengundian unit rumah.
4. Selepas proses pengundian unit rumah, pemohon di minta untuk menghantar permohonan pinjaman bank dan menunggu keputusan daripada pihak bank samada LULUS atau sebaliknya.
5. Senarai nama permohon yang LULUS pinjaman bank akan di panggil oleh pihak pemaju untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) & Perjanjian Pinjaman. Semasa proses menandatangai SPA, pemohon dikehendaki menjelaskan baki deposit. (deposit 10% daripada harga asal rumah)
6. Bagi Penjawat Awam yg memohon pinjaman menggunakan PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM, sekiranya permohonan diluluskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan, pihak pemaju akan memulangkan semula deposit RM5,000.00 yg telah dibuat kepada pemohon. Manakala baki deposit, tidak perlu dibayar kerana bahagian pinjaman perumahan akan memasukkan deposit di dalam akaun pinjaman perumahan penjawat awam yg telah dibuat oleh pemohon. (Fully loan)
p/s :
* Sekiranya permohonan di peringkat DBKL BERJAYA tetapi pinjaman bank GAGAL, pihak pemaju tetap akan memulangkan sepenuhnya deposit sebanyak RM5,000.00 yang telah di buat oleh pemohon dengan syarat pemohon hendaklah menyertakan bersama 2 bukti surat penolakan pinjaman yang gagal yang di keluarkan oleh pihak bank. Dan bayaran pemulangan akan di buat dalam masa sebulan berkuatkuasa dari tarikh makluman.
*Manakala, sekiranya permohonan di peringkat DBKL GAGAL, pembayaran deposit sebanyak RM5,000.00 tetap akan di pulangkan sepenuhnya dalam masa sebulan berkuatkuasa dari tarikh makluman.
*Sekiranya permohonan di peringkat DBKL LULUS. Tetapi pemohon MEMBATALKAN PEMBELIAN, bayaran penalty sebanyak RM1,500 akan di kenakan sebagai proses yuran pentadbiran.
Household Residensi Hijauan Lumayan @ Taman Naga Emas, In between Salak South and Sri Petaling
Mar 15 2016, 08:04 PM
Quote
0.0282sec
1.01
6 queries
GZIP Disabled