QUOTE(katmai81 @ Apr 20 2016, 09:19 PM)
The google map shown in the articles labelled new military airport!??
I thought its only a TUDM Training Academy?
Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata mengikut perancangan, pangkalan udara baharu ini dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung 2016 dan mula beroperasi awal tahun berikutnya.
"Pangkalan berkeluasan 303 hektar bakal menempatkan lebih 1,500 anggota. TUDM akan menjadikan pangkalan itu sebagai pangkalan latihan dan menempatkan unit-unit latihan yang terdapat di setiap pangkalan udara di seluruh negara di satu lokasi sahaja.
...
Katanya selain dijadikan sebagai pusat latihan ikhtisas bagi melatih pegawai dan anggota dalam bidang logistik, pentadbiran serta pengurusan, pangkalan udara baharu ini juga akan menempatkan Markas Pemerintahan Latihan.
Katanya kira-kira 30 peratus daripada pangkalan tersebut akan dirizab sebagai kawasan hijau untuk dijadikan tapak latihan anggota, selain pembangunan masa depan.
"Pembangunan pangkalan udara baharu ini merupakan satu peluang untuk memperkemaskan lagi struktur pendidikan dan latihan lanjutan ketenteraan yang profesional, menjurus kepada keperluan bantuan untuk menyokong pengoperasian aset TUDM.
"Untuk mencapai matlamat tersebut, pelbagai kemudahan dan peralatan moden akan disediakan di situ bagi melengkapkan semua anggota dengan kemahiran profesional dan teknikal," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pangk...eratus-1.433171