QUOTE(halotaikor. @ Apr 21 2021, 06:05 AM)
salam semua,
saya ingin bertanya,
manakah yang lebih wajib?
bersolat atau berpuasa?
saya ada kawan yang tak tinggal puasa, tapi dia juga tak pernah solat.
adakah puasanya diterima?
jika dihisab di akhirat kelak, adakah pahala puasanya boleh menyeimbangkan dosa meninggalkan solat ?
jazakallahukhairan
Maksudnya: “Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal.”saya ingin bertanya,
manakah yang lebih wajib?
bersolat atau berpuasa?
saya ada kawan yang tak tinggal puasa, tapi dia juga tak pernah solat.
adakah puasanya diterima?
jika dihisab di akhirat kelak, adakah pahala puasanya boleh menyeimbangkan dosa meninggalkan solat ?
jazakallahukhairan
Riwayat al-Tirmizi (413), Ahmad (8017), Abu Daud (864) dan Ibn Majah (1425)
Maksudnya: “Yang membezakan antara seorang hamba (yang mukmin) dengan seorang yang kafir, iaitu meninggalkan solat.”
Riwayat Muslim (82) dan Ahmad (14947)
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
(Surah al-Mudassir: 42-48)
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/tahqiq-al...-dengan-sengaja