a few noobs question
1) the press media said that right issue is at the price of RM1.12 but why Axiata-or price is listed at 0.600++ now? is the same thing or different thing?
2) if we bought the axiata-or so end up what will happen? meaning that we can own the share in RM1.12 or RM0.600++ instead of Axiata RM1.700++ ?
pls advice, cos I cant found the answer from google.
And I got this email from my HR----->
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj Kami : GHCM 1140/Circular/2009
10 April 2009
PEKELILING GROUP HUMAN CAPITAL MANAGEMENT NO: 4/2009 (3)
TERBITAN HAK SAHAM AXIATA GROUP BERHAD (SEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI TM
INTERNATIONAL BERHAD) (AXIATA)
Seperti yang anda sedia maklum, Axiata Group Berhad baru-baru ini telah
mengumumkan pemberian ‘Terbitan Hak’ (Terbitan Hak Saham Axiata) kepada
pemegang saham yang layak. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan
Terbitan Hak tersebut:
<See Attachment 1.bmp>
Hasil daripada Terbitan Hak Saham Axiata, sekiranya anda mempunyai
pegangan opsyen saham Axiata yang belum dilunaskan melalui tawaran opsyen
saham kakitangan khas TM (ESOS) (Tawaran Saham Axiata), pengubahsuaian
terhadap harga urusniaga opsyen saham dan jumlah saham Axiata yang
ditawarkan akan dilakukan.
PENGUBAHSUAIAN TERHADAP HARGA URUSNIAGA DAN JUMLAH TAWARAN SAHAM AXIATA
Harga urusniaga bagi setiap satu saham Axiata yang ditawarkan (iaitu harga
di mana anda layak untuk menebus saham Axiata) dan bilangan saham tawaran
Axiata (iaitu bilangan saham Axiata yang layak untuk ditebus) akan
diubahsuai berdasarkan formula berikut:
<See Attachment 2.bmp>
Contoh penggunaan formula pengubahsuaian di atas adalah seperti berikut:
(i) sekiranya harga urusniaga lama bagi opsyen saham Axiata adalah RM6.99,
pengubahsuaian terhadap harga urusniaga adalah seperti berikut:
Harga urusniaga yang diubahsuai:
= [RM6.99 x (RM2.61 – RM0.8278)]/RM2.61
= RM4.77
Harap maklum bahawa pengubahsuaian harga urusniaga akan berkuatkuasa pada
tarikh sebelum Terbitan Hak Saham Axiata, iaitu 8 April 2009. Bagi
mengelakkan kekeliruan, pengubahsuaian harga urusniaga bagi tawaran saham
Axiata akan dibundarkan ke 1 sen ke bawah.
(ii) sekiranya jumlah opsyen saham lama Axiata adalah 4,000,
pengubahsuaian terhadap jumlah saham adalah seperti berikut:
Jumlah saham yang diubahsuai:
= [4000 x RM2.61]/[RM2.61 – RM0.8278]
= 5,857 saham Axiata
Harap maklum bahawa pengubahsuaian jumlah akan berkuatkuasa pada tarikh
sebelum Terbitan Hak Saham Axiata, iaitu 8 April 2009. Bagi mengelakkan
kekeliruan, jumlah pengubahsuaian saham Axiata lanjutan dari Terbitan Hak
Saham Axiata yang akan dipindahkan ke akaun anda sekiranya ditebus akan
dibundarkan ke nombor bulat terdekat.
SOALAN-SOALAN LAZIM
S1: BAGAIMANAKAH PENGUBAHSUAIAN DITENTUKAN?
J1: Undang-undang Kecil ESOS Khas membenarkan harga urusniaga dan/atau
bilangan saham Axiata diubahsuai sekiranya ia dilakukan secara adil dan
munasabah dan disahkan oleh auditor luar atau penasihat Syarikat ke
Jawatankuasa Opsyen. Bagi pengubahsuaian ini, ia telah disahkan oleh
penasihat Syarikat, iaitu CIMB Investment Bank Berhad, bahawasanya ia
adalah adil dan munasabah.
Sebagai makluman, Undang-undang Kecil ESOS Khas menyatakan hak terakru ke
atas saham Axiata perlu dikendalikan oleh TM ESOS Management Sdn Bhd
(pemegang amanah bagi ESOS Khas). Justeru itu, pengubahsuaian yang telah
diluluskan oleh Lembaga Pengarah telah mengambilkira nilai saham Axiata
yang belum dilunaskan.
S2: APAKAH TINDAKAN YANG PERLU SAYA AMBIL LANJUTAN DARI PENGUBAHSUAIAN INI?
J2: Bagi saham Axiata yang belum dilunas, tiada apa-apa tindakan yang
perlu diambil. Sekiranya anda adalah pemegang saham Axiata (saham Axiata
telah ditebus) dan mempunyai sebarang keraguan, anda boleh berhubung
dengan broker saham, pengurus bank, akauntan atau mana-mana penasihat
profesional untuk khidmat nasihat.
S3: BAGAIMANA UNTUK SAYA MENGETAHUI HARGA URUSNIAGA YANG TELAH DIUBAHSUAI
DAN TAWARAN SAHAM AXIATA SAYA?
J3: Sila rujuk kepada formula pengubahsuaian seperti di atas untuk
pengiraan pengubahsuaian harga urusniaga bagi setiap satu opsyen saham
Axiata yang ditawarkan (iaitu harga di mana anda layak untuk menebus saham
Axiata) dan pengubahsuaian jumlah opsyen saham Axiata yang ditawarkan
(iaitu bilangan di mana anda layak untuk menebus saham Axiata).
Adalah dimaklumkan bahawa tiada surat tawaranopsyen saham yang baru akan
dikeluarkan. Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan tentang
pengubahsuaian terhadap harga urusniaga dan jumlah opsyen saham Axiata
yang ditawarkan.
S4: BAGAIMANAKAH CARA BAGI MELUNASKAN TERBITAN HAK SAHAM AXIATA SAYA? J4:
Anggota yang mempunyai saham Axiata di dalam central depository system
(akaun CDS) pada tarikh kelayakan sahaja yang layak untuk menyertai
tawaran Terbitan Hak Saham Axiata.
Sekiranya anda hanya memegang tawaran opsyen saham Axiata dan bukannya
saham Axiata di dalam akaun CDS pada tarikh kelayakan, maka anda adalah
tidak layak untuk melunaskan Terbitan Hak Saham Axiata.
Adalah dimaklumkan bahawa, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan
terhadap isi kandungan pekeliling ini, maka pekeliling di dalam versi
Bahasa Inggeris (seperti yang dilampirkan) akan dirujukan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi En Azman Shah
Mohamad di talian 03-224 2999 (manshah@tm.com.my) atau Pn Nooraizah Hashim
di talian 03-2240 1567 (nooraiza@tm.com.my).
Sekian dan salam hormat.
GROUP HUMAN CAPITAL MANAGEMENT
TM
s.k YBHG. TAN SRI DATO’ IR MD RADZI MANSOR
Pengerusi, TM
Y.BHG DATO’ ZAMZAMZAIRANI MOHD ISA
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM
------------------------------------------------------------------------------------------------
I am super confuse now
This post has been edited by fumi: Apr 17 2009, 10:53 AM