Pengasas Bersama Justice for Sisters Thilaga Sulathireh ketika membentang laporan 22 bulan PH dan 100 hari pertama Perikatan Nasional (PN) di salah sebuah hotel di Petaling Jaya pada Rabu.
QUOTE
Transkrip:
Seks dan gender atau jantina adalah dua perkara yang berbeza. Seks merujuk kepada acuan luaran kita manakala identiti gender ialah apa yang ada di dalam acuan luaran kita. Acuan luaran disini bermaksud tubuh badan kita. Apa yang tersirat di dalam hanya diketahui diri masing-masing dan ianya diekspresikan melalui pakaian, percakapan, gerak badan, nama dan sebagainya.
Di seluruh pelusuk dunia, kewujudan kepelbagaian identiti gender, ekspresi gender, orientasi seksual dan seks telah didokumentasikan dalam sejarah, kajian antropologi dan pelbagai kajian lain. Jadi kewujudan kami ini disokong oleh pelbagai bukti saintifik, antropologi, sejarah dan pengalaman hidup kami sendiri. Kewujudan kami ini tidak boleh dinafikan.
Sedikit konteks, di Malaysia terdapat pelbagai undang-undang sivil dan syariah yang menjenayahkan individu LGBTIQ oleh orientasi seksual, identiti dan ekspresi gender atau atas alasan melakukan hubungan seks dengan persetujuan atau consensual sexual relations. Dalam konteks over-criminalisation di bawah undang-undang di Malaysia pelbagai aktiviti yang mempromosikan rawatan dan pemulihan terhadap golongan LGBTQ atas alasan kami mengalami 'kecelaruan gender', dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun aktor lain. Sedangkan telah terbukti berulang kali yang golongan LGBT adalah normal dan tidak perlu dibetulkan atau dipulihkan.
Walaupun dalam tempoh 2-3 tahun lepas diskriminasi terhadap golongan LGBTQ semakin meningkat di Malaysia, ramai yang masih menganggap isu-isu yang dialami oleh golongan LGBTQ adalah kes-kes terpencil.
Disini sana ingin kongsikan beberapa kes-kes yang telah didokumentasikan oleh kumpulan hak asasi manusia LGBTQ. Antara 2019 dan 2020 sekurang-kurangnya 10 orang lelaki gay, biseksual dan queer dalam lingkungan 20-an telah dipinggirkan ata udiusir oleh ahli keluarga mereka oleh orientasi seksual mereka dan mengakibatkan mereka memerlukan tempat tinggal. Ramai antara mereka adalah pelajar.
Sebanyak 12 kes berkenaan diskriminasi pekerjaan telah diterima oleh sebab orientasi seksual dan status HIV mereka. Kesannya mereka hilang punca pendapatan, tidak mampu membayar sewa rumah dan disingkirkan oleh ahli keluarga mereka.
2 kes kahwin paksa oleh perempuan queer selepas hubungan romantik mereka diketahui oleh ahli keluarga atara 2017 hingga 2019 di Perak telah direkodkan. Dalam kedua-dua kes mereka, mengalami pengawasan, pergerakan mereka terbatas, dikurung dan sebagainya.
Manakala kajian SUHAKAM berkenaan dengan situasi individu transgender di KL dan Selangor mendapati diskriminasi yang menyeluruh dan sistematik terhadap golongan transgender antaranya 57 responden dikenakan syarat untuk ekspresi diri, penggunaan kemudahan asas di tempat kerja dan ditanyakan soalan-soalan peribadi. 35% tidak dibenarkan mengekspresikan diri di tempat kerja, 25% mengalami gangguan seksual. Kebanyakkan kes-kes ini tidak dilaporkan.
Tiada apa-apa yang spesifik dalam manifesto PH berkenaan LGBTIQ tetapi terdapat usaha untuk membahaskan laporan tahunan SUHAKAM yang telah memberi manfaat kepada golongan LGBTQ.
Dibawah pentadbiran PH, mereka menyambung polisi-polisi dan aktiviti yang mempromosikan rawatan dan pemulihan individu LGBTQ dari pentadbiran sebelumnya. Aktiviti-aktiviti ini tidak selaras dengan piawaian hak asasi manusia. PH juga berhadapan dengan homofobia dan transfobia yang sangat tinggi.
Dalam beberapa peristiwa, kita melihat sentimen anti-LGBT digunakan untuk membatalkan usaha meningkatkan standard hak asasi manusia di Malaysia melalui ratifikasi instrumen hak asasi manusia. Golongan konservatif yang menganggap PH mesra LGBT meningkatkan tekanan terhadap PH untuk mengambil tindakan tegas terhadap golongan LGBT. Kebanyakkan soalan atau intervensi di Parlimen adalah berkenaan dengan pelaksanaan undang-undang yang lebih tegas.
Penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang berat dan dikategorikan sebagai torture atau penyeksaan bagi percubaan melalukan hubungan seks dengan persetujuan telah dilihat di beberapa negeri. Ramai individu LGBTQ telah dilaporkan kepada pihak polis, agensi kerajaan dan majikan kerana mengekspresikan diri di media sosial.
Dibawah pentadbiran Perikatan Nasional, sentimen anti-LGBT masih lagi tinggi. Kenyataan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri untuk menangkap dan 'mendidik' golongan transgender telah mewujudkan satu gelombang kerisauan dan ketakutan terhadap keselamatan diri sendiri. Kemudian beberapa minggu lepas seorang pembela hak asasi manusia telah mengalami kecaman dan 4 laporan polis telah dilakukan terhadapnya yang mana salah satunya daripada JAKIM kerana menerbitkan kandungan di sosial media berkenaan terapi pemulihan.

Sep 10 2020, 01:49 PM
Quote

0.0308sec
0.31
5 queries
GZIP Disabled