Copy paste dari FB: Abe Nazz Zain
MY HONEST TAKE ON TROPICANA METROPARK
ººººººººººººººººººººººººººººººººººººººººººººº
🔘 Tropicana ni ialah satu pemaju yang gagah dan kaya. Awas, panjang ❗
🔘 Mereka sedang membangunkan sebuah mini 'township' seluas 88 ekar di tanah antara Shah Alam dan Subang Jaya.
🔘 Staff Abe Aivin Yong yang juga merupakan tok guru hartanah cina Abe ada membeli fasa pertama undercons Pandora. Unitnya siap (VPed) pada May 2017.
🔘 Ikuti pendapat ikhlas Abe tentang bandar mini Metropark ini.
.
.
#Lokasi
🔘 Lokasinya agak terperuk buat masa ini. Dari Shah Alam dan Klang, anda perlu melalui kilang gula CSR yang terkenal dengan trafik yang teruk dan isu banjir. Ada satu lagi jalan melalui terowong.
🔘 Pemaju sedang membina flyover dari Lebuhraya Persekutuan ke Metropark. Namun yang anehnya hanya pemandu dari arah Subang Jaya dan KL sahaja yang mendapat untung dari flyover ini. Adakah pemaju tidak memikirkan mereka yang bekerja di Shah Alam dan Klang?
🔘 Ada jalan belakang ke USJ. Jadi mungkin sesuai untuk mereka yang bekerja di kawasan kilang sekitar dan USJ.
.
.
#SuasanaPersekitaran
🔘 Kawasan sekeliling penuh dengan pemandangan kilang-kilang yang sesetengahnya agak uzur. Mungkin apabila fasa komersil Metroplex dibangunkan, pemandangan yang tidak setimpal dengan harga condo itu dapat dielakkan.
🔘 Di sebelah satu lagi, ada pemandangan pusat letrik TNB. Agak sakit mata memandang.
🔘 Di tengah-tengah dibangunkan kawasan taman dan tasik yang indah. Sebab itulah namanya Metropark.
🔘 Kawasan ini agak nyaman dan berangin.
.
.
#KemasanUndercons
🔘 Dari jauh Abe boleh lihat kemasan simen atau plastering Pandora tidak sekata.
🔘 Secara amnya, kemasan atau finishing Pandora kurang setimpal dengan nama pemaju dan harganya.
🔘 Mungkin pemaju ini akan memastikan pisang tidak akan berbuah dua kali untuk fasa seterusnya iaitu Paloma dan seterusnya.
.
.
#Kemudahan
🔘 Ada half basketball court. Infiniti pool yang menawan tapi pemandangannya kilang gula dan kilang-kilang lain.
🔘 Gymnasium agak besar.
🔘 Setakat ini perabot lobinya agak mengecewakan.
.
.
#LainLain
🔘 Ada sekolah antarabangsa GEMS. Akan ada mall tapi entah bila akan siap.
🔘 Berstatus pegangan bebas. Tidak dapat dipastikan samada ianya ada sekatan atau tidak.
.
.
#Kesimpulan
🔘 Buat masa ini, kawasan ini agak tersorok.
🔘 Mungkin kerana jenama pemaju, status pegangan bebas dan potensi masa depan, alamat Subang Jaya, pemaju berani meletakkan harga bersih 'subsale equivalent' untuk fasa baru setinggi 725 psf.
🔘 Walaupun kepadatan tidaklah tinggi, tapi pembeli fasa pertama mungkin akan mengambil masa yang lama untuk menghadapi digestion period atas faktor 'terperuk' di tengah-tengah kawasan kilang.
🔘 Ini satu pelaburan jangka masa panjang. Apabila siapnya flyover khas untuk orang bukan bekerja di Klang, dan bila mall akhirnya dibina, mungkin akan okay pelaburan di sini.
🔘 Buat masa ini bertabahlah. Pastikan rizab anda cukup besar untuk menghadapi severe bleeding.
#Ungoggekable