Persona ku usianya sudah masuk 7 tahun. Ini sedikit sebanyak review daripada saya.
1. Lasak (Reliable)
Tak pernah breakdown. Kereta di bawa ke selatan JB hinggalah ke utara Krabi, Thailand. Komponen kompressor, radiator, alternator, semuanya berfungsi baik. Yang ditukar ganti cuma timing belt, absorber, bearing, light bulb bila sampai 100k km mileage. Compared to model Nissan saya yang baru usia 2 tahun, radiator fan rosak, aircon belt, bearing, suspension bush, semua ganti walhal tak sampai 50k km mileage.
2. Pengendalian (Handling)
Suspensi tak perlu diulas kerana semua tahu pengendaliannya mantap. Malangnya sistem stereng hydraulik membuatkan pemanduan dan parkir di kawasan bandar agak meletihkan (not an easy drive), walaupun ianya seronok di lebuhraya. Maklumbalas steering bagus, pemandu tahu berapa baki grip yang ada ketika dipandu di selekoh. Persona ini tidaklah mempunyai grip yang padu, tetapi stering memberikan isyarat selaju mana selekoh boleh diambil. Its better to have less grip but with more confidence, rather than more grip but without confidence.
3. Penyerapan Hentakan (Ride comfort)
Pengendalian yang baik memberi kesan kepada penyerapan hentakan (ride comfort). Sekiranya dipandu laju di lebuhraya, ia rasa selesa kerana kurang pergerakan sisi (lateral sway/movement). Tetapi jika dipandu perlahan di jalanraya berlubang alunan besar (mid size bump, road cracks), terasa hentakan absorber lebih kasar daripada kerete-kereta Jepun. Sekiranya dipandu di permukaan tidak rata alunan kecil (bump plastik kecil Tesco/Aeon, jalanraya konkrit terowong Smart), suspensi rasa selesa daripada kereta-kereta Jepun. Tetapi, di alam nyata, jalanraya mempunyai ketidak-rataan alunan besar daripada alunan kecil. Maka, Persona bukanlah kereta yang selesa untuk pemanduan ‘perlahan’ dan bersahaja.
4. Sistem Brek
Sistem brek perlu ditekan agak kuat, dan kadang2 rasa kurang menyentap. Brake disc bermasalah di mana selalu skim disc tetapi bunyi tetap ada.
5. Kerusi & Ergonomik
Ini merupakan kelemahan paling ketara untuk Persona, dan peliknya banyak teksi dan limo KLIA menggunakan model Persona walhal kerusi Persona ialah di antara yang paling tidak selesa di dalam kelasnya. Kurang sokongan peha kerana posisi kerusi yang sangat rendah (lack of thigh support), dan juga material kusyen yang agak keras untuk orang bersaiz kecil. Posisi kerusi belakang agak tegak (upright) dan kurang sokongan sisi (side bolster).
6. Prestasi Enjin & Kehalusan (Engine Performance & Refinement)
Pecutan dan penghasilan torque di rpm rendah adalah memuaskan dan responsif daripada Gen.2, namun secara keseluruhan, enjin Campro S4PH IAFM ini agak bising (“Boomy”) di kelajuan lebuhraya (>70dB 110kmj & 3000 rpm) walaupun tiada pecutan. Sebagai penanda aras, Vios/City/Almera boleh capai 110kmj dengan 2600-2700rpm & tahap bunyi <67dB. Tahap NVH enjin Persona adalah kelemahan paling menyerlah. Ia tidaklah sebising Saga FLX, tetapi enjin Myvi/Alza yang bising pun sebenarnya 'lebih senyap'. Oh.. cakap tentang kompressor Proton (semua model!) memanglah sangat bingit.
7. Kualiti dalaman
Tak banyak yang boleh dipuji. Keempat-empat power windows masih berfungsi dengan baik. Namun, plastik airocn vent dah mula longgar, banyak klip plastik yang loose. Kereta ini boleh menyanyikan lagu istimewa tanpa perlu membuka radio… Iya, komponen di dalam dashboard & ke-empat2 pintu akan ramai-ramai menyanyi dalam satu orchestra yang mantap apabila melalui jalan yang tidak rata. Rattling Melodies.
8. Bonet, Arm-Rest, Alloy RimSistem penutup bonet 'Gas-Strut' adalah ciri terbaik yang ada pada Persona yang tidak ada dalam kereta lain sekelas dengannya. Oh dan juga Arm-Rest, Map light pemandu, dan design Alloy Rim 7-spoke. Sayangnya semua ciri2 ini tiada lagi.
9.Fuel consumption Agak tinggi untuk pemanduan mixed urban-country drive (9-11 km/L) berbanding 12-13km/L untuk trio Jepun B-segmen. Di lebuhraya pula boleh capai 15km/L.
Sekian ulasan ikhlas daripada saya, pemilik Persona buatan tahun 2009.
http://careta.my/?p=15123