QUOTE(fadzly @ Sep 10 2019, 12:39 PM)
tak ingat dari manaMuslim Group
Muslim Group
|
|
Sep 10 2019, 12:45 PM
|
![]() ![]()
Junior Member
135 posts Joined: May 2010 |
|
|
|
|
|
|
Sep 10 2019, 12:49 PM
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
1,757 posts Joined: Oct 2005 |
|
|
|
Sep 11 2019, 11:05 AM
|
![]() ![]()
Junior Member
207 posts Joined: Oct 2017 |
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Abu Nu'aim, daripada Sufyan, daripada Abdullah (Ibnu Utsman bin Khutsaim), daripada Isma'il bin Rifa'ah, daripada bapanya (Rifa'ah), daripada datuknya, Rasulullah s.a.w. keluar menuju Baqi', kemudian bersabda, "Wahai para peniaga!" Ketika mereka mengangkat kepala, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Para peniaga akan dikumpulkan pada Hari Kiamat sebagai orang yang berbuat dosa, kecuali orang yang bertakwa, berbuat kebaikan dan berkata jujur." (Hadith Darimi no. 2426) Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) This post has been edited by boca120879: Sep 11 2019, 02:49 PM |
|
|
Sep 11 2019, 11:08 AM
|
![]() ![]()
Junior Member
282 posts Joined: May 2019 |
QUOTE(seiferalmercy @ Sep 24 2014, 07:58 PM) "This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion" Does this mean Islam started on this day when this verse was revealed?Quran 5:3 Assalamualaikum, peace be upon you this thread here shall be platform for my fellow brethren to discuss stuff ajak lah kamu kepada kebaikan, dan cegahlah kemungkaran Rules : 1. Comply with all the rules of Lowyat.net forum, hopefully, the mods will allows us the luxury of keeping this thread alive. 2. Do not use profanities, do not spread lies, do not spread unproven allegation or reveal other people's shortcomings/fault if its not related to public interest. 3. We do not partake in or incite any military, religious, ethnic, sectarian or civil conflict whatsoever. And we do not incite hate against other groups of people. 4. The purpose of this thread is as a platform for people to share knowledge on Islam in a civil and peaceful manner. Everyone, Muslims or non-Muslims are equally welcomed here. Ask whatever you want, debate and discuss with us. But do not use profanities, and do not post graphic images. 5. Before posting Quranic verses, fatwas, scholarly opinions, please verify your sources. 6. Trolls are not welcome here, this forum is for peaceful and serious discourse. |
|
|
Sep 12 2019, 06:18 AM
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
1,193 posts Joined: Mar 2008 |
|
|
|
Sep 12 2019, 09:18 AM
|
![]() ![]()
Junior Member
207 posts Joined: Oct 2017 |
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Ishaq bin Ibrahim, daripada An Nadhr bin Syumail, daripada Kahmas bin Al Hasan, daripada Abdullah bin Buraidah, daripada Yahya bin Ya'mar, daripada Abdullah bin Umar, daripada Umar bin Al Khathab, "Pada suatu hari ketika kami bersama Rasulullah s.a.w. tiba-tiba muncul di hadapan kami orang yang sangat putih pakaiannya, hitam rambutnya, tidak terlihat padanya bekas perjalanan, dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya, hingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. dan menyandarkan lututnya kepada lutut Rasulullah s.a.w. dan meletakkan kedua-dua telapak tangannya pada kedua-dua paha Rasulullah s.a.w. kemudian berkata, "Wahai Muhammad, beritahukan kepadaku mengenai Islam." Rasulullah s.a.w. bersabda, "Engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa Ramadhan dan melakukan haji di Kaabah apabila mampu pergi ke sana." Orang tersebut berkata, "Tuan benar." Maka kami pun hairan kepadanya, dia bertanya dan dia pula yang membenarkannya. Kemudian dia berkata, "Beritahukan kepadaku mengenai iman." Rasulullah s.a.w. bersabda, "Engkau beriman kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya dan hari akhirat serta seluruh takdir yang baik dan yang buruk." Dia berkata, "Tuan benar." Dia berkata, "Beritahukan kepadaku mengenai ihsan." Rasulullah s.a.w. bersabda, "Ihsan adalah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya dan apabila engkau tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihatmu." Dia berkata, "Beritahukan kepadaku mengenai Hari Kiamat." Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang yang ditanya tidaklah lebih mengetahui daripada yang bertanya." Dia berkata, "Beritahukan kepadaku mengenai tanda-tandanya." Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika ada hamba wanita yang melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhatan serta menggembalakan kambing saling berlumba meninggikan bangunan." Tiga (3) hari kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, "Wahai Umar, apakah engkau mengetahui siapakah yang bertanya?" Saya menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya dia adalah Jibril a.s., datang kepada kalian hendak mengajarkan kepada kalian perkara agama kalian." (Hadith Nasa’i no. 4904) Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) This post has been edited by boca120879: Sep 12 2019, 11:38 AM |
|
|
|
|
|
Sep 12 2019, 11:21 AM
Show posts by this member only | IPv6 | Post
#4147
|
![]() ![]()
Junior Member
64 posts Joined: Jan 2007 |
|
|
|
Sep 13 2019, 09:27 AM
|
![]() ![]()
Junior Member
207 posts Joined: Oct 2017 |
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Abu Kuraib, daripada Abu Mu'awiyah, daripada Al A'masy, daripada Isma'il bin Raja’, daripada bapanya (Raja’), daripada Abu Sa'id, Marwan mengeluarkan mimbar pada hari raya dan memulai khutbah sebelum melaksanakan solat, maka seorang laki-laki berdiri dan berkata, "Wahai Marwan, engkau telah menyalahi sunnah! Engkau keluarkan mimbar padahal ia belum pernah dikeluarkan sebelumnya, dan engkau memulai dengan khutbah padahal itu belum pernah dilakukan sebelumnya." Lalu Abu Sa'id berkata, "Ada pun orang ini, sungguh dia telah melaksanakan apa yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa melihat kemungkaran dan mampu untuk mengubah dengan tangannya, hendaklah dia ubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya, jika tidak mampu dengan lisan, hendaklah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadith Ibnu Majah no. 1265) Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) This post has been edited by boca120879: Sep 13 2019, 04:11 PM |
|
|
Sep 13 2019, 09:31 AM
Show posts by this member only | IPv6 | Post
#4149
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
1,732 posts Joined: Jul 2016 From: tomato land |
QUOTE(boca120879 @ Sep 13 2019, 09:27 AM) Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Thanks for sharingDaripada Abu Kuraib, daripada Abu Mu'awiyah, daripada Al A'masy, daripada Isma'il bin Raja’, daripada bapanya (Raja’), daripada Abu Sa'id, Marwan mengeluarkan mimbar pada hari raya dan memulai khutbah sebelum melaksanakan solat, maka seorang laki-laki berdiri dan berkata, "Wahai Marwan, engkau telah menyalahi sunnah! Engkau keluarkan mimbar padahal ia belum pernah dikeluarkan sebelumnya, dan engkau memulai dengan khutbah padahal itu belum pernah dilakukan sebelumnya." Lalu Abu Sa'id berkata, "Adapun orang ini, sungguh dia telah melaksanakan apa yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa melihat kemungkaran dan mampu untuk mengubah dengan tangannya, hendaklah dia ubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya, jika tidak mampu dengan lisan, hendaklah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadith Ibnu Majah no. 1265) Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) |
|
|
Sep 13 2019, 10:14 AM
|
![]() ![]()
Junior Member
207 posts Joined: Oct 2017 |
|
|
|
Sep 23 2019, 10:22 AM
|
![]() ![]()
Junior Member
207 posts Joined: Oct 2017 |
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Yazid bin Harun, daripada Bahz bin Hakim, daripada ayahnya (Hakim), daripada datuknya, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Celakalah orang yang bercerita, lalu berdusta untuk membuat orang-orang tertawa. Celakalah dia, celakalah dia." (Hadith Darimi no. 2586) Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) |
|
|
Sep 23 2019, 10:40 AM
|
![]() ![]()
Junior Member
135 posts Joined: May 2010 |
QUOTE(boca120879 @ Sep 23 2019, 10:22 AM) Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh 🔥🔥🔥Daripada Yazid bin Harun, daripada Bahz bin Hakim, daripada ayahnya (Hakim), daripada datuknya, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Celakalah orang yang bercerita, lalu berdusta untuk membuat orang-orang tertawa. Celakalah dia, celakalah dia." (Hadith Darimi no. 2586) Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) |
|
|
Sep 23 2019, 10:45 AM
|
![]() ![]()
Junior Member
207 posts Joined: Oct 2017 |
|
|
|
|
|
|
Sep 23 2019, 11:38 AM
|
![]() ![]()
Junior Member
177 posts Joined: Sep 2015 |
would it be good if i question real hard core questions & introduce a little anarchy...
|
|
|
Sep 23 2019, 02:53 PM
|
![]() ![]()
Junior Member
147 posts Joined: Dec 2016 From: Earth 616 |
#BMF
|
|
|
Sep 26 2019, 09:53 AM
|
![]() ![]()
Junior Member
207 posts Joined: Oct 2017 |
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Muhammad bin al Mutsanna, daripada Abdurrahman bin Mahdi, kedua-duanya daripada Syu'bah, daripada Khubaib bin Abdurrahman, daripada Hafsh bin Ashim, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Cukuplah seseorang (dianggap) berbohong apabila dia menceritakan semua yang dia dengar.” (Hadith Muslim no. 6) Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) |
|
|
Sep 26 2019, 03:27 PM
Show posts by this member only | IPv6 | Post
#4157
|
![]() ![]()
Junior Member
64 posts Joined: Jan 2007 |
HUKUM MEMBUNUH PENGHINA AGAMA: SATU NASIHAT BERIKUTAN KES BUNUH DI PULAU PINANG.
oleh: Dr Fathul Bari Mat Jahya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 1.Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini hendaklah diperhalusi dengan penuh hati-hati agar kita tidak terjatuh dalam kelompok KHAWARIJ sehingga mudah menghalalkan darah dan bertindak sendirian ATAU golongan LIBERAL yang membiarkan Islam dan agama dihina tanpa sebarang tindakan juga rasa tanggunjawab. 2.Namun, sebelum saya mengulas perihal di atas, perkara paling pokok adalah TABAYYUN@SEMAK@SELIDIK!. Benarkah cerita2 yang disebarkan melalui media sosial bahawa pembunuhan tersebut berlaku kerana mangsa menghina agama Islam? Saya mohon kepada semua agar membantu pihak berkuasa untuk mempastikan samada jalan cerita tersebut SHAHIH atau PALSU. 3.Saya mohon pihak berkuasa juga perlu jujur dalam memberikan jalan cerita sebenar walaupun penentuan masalahah dan mafsadah perihal pentadbiran & perundangan itu sememangnya terletak pada kebijaksanaan pemerintah. Sebagaimana kaedah fiqh menyebut: "Tindakan pemerintah dalam urusan rakyatnya bergantung kepada maslahah (keperluan yang dirasakan terbaik). Sama seperti kes Adib. Pelbagai versi muncul sehingga rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan. Jadi ketelusan Kerajaan amat penting supaya tiada lagi sebarang spekulasi yang boleh mengakibat huru hara negara ini. 4.Apakah hukum ke atas penghina Allah, Rasul & Islam di sisi perundangan Islam? Jawapannya: JIKA melihat hukum sebenar di dalam Islam adalah; Bunuh. Dari ‘Ali radhiyallaahu 'anhu: أَنَّ يَهُوْدِيَّةً كَانَتْ تَشْتِمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَقَعُ فِيْهِ، فَخَنَقَهَا رَجُلٌ حَتَّى مَاتَتْ فأَبْطَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَمَهَا. Maksudnya: “Seorang wanita Yahudi mencela Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mencaci maki baginda, kemudian seorang sahabat mencekiknya sampai mati, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membatalkan hukuman ke atas sahabat yang membunuh wanita itu” (Riwayat Abu Daud,no:4340) 5.TETAPI; Siapakah yang berhak menjatuhkan hukuman bunuh? Jawapannya adalah: PEMERINTAH. Inilah pendirian BENAR yang WAJIB diterima oleh seluruh umat Islam supaya kita tidak tergolong di kalangan golongan ekstrem seperti Khawarij yang bertindak dengan hawa nafsu berasaskan hujjah-hujjah keliru. Ulama besar mazhab Al-Syafie al-Imam Al-Nawawi di dalam Kitab Al Majmu‘ (22/76) berkata: أما الأحكام: فإنه متى وجب حد الزنا، أو السرقة، أو الشرب، لم يجز استيفاؤه إلا بأمر الإمام، أو بأمر من فوض إليه الإمام النظر في الأمر بإقامة الحد، لأن الحدود في زمن النبي صلى الله عليه وسلم وفي زمن الخلفاء الراشدين ـ رضي الله عنهم ـ لم تستوف إلا بإذنهم، ولأن استيفاءها للإمام “Adapun mengenai masalah perlaksanaan hukum; ketika seseorang sudah layak dijatuhi hadd (hukuman) zina, atau mencuri atau minum arak maka tidak boleh melaksanakannya kecuali atas perintah imam (PEMERINTAH). Atau atas perintah dari orang yang mewakili PEMERINTAH dalam menegakkan hukum hadd tersebut. Kerana hukuman-hukuman di zaman Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dan juga di zaman Khulafa Ar Rasyidin radhiallahu’anhum tidak akan dilaksanakan KECUALI dengan izin mereka, dan kerana hak untuk melaksanakannya berada di tangan PEMERINTAH”. Al Imam Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab beliau "Al Mushannaf", meletakkan beberapa riwayat dari sahabat Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam di bawah tajuk: URUSAN DARAH DITENTUKAN OLEH PEMERINTAH; Dari Al-Nazal bin Saburah beliau berkata: "Umar al Khattab radhiyallaahu 'anhu menulis surat kepada ketua2 tentera supaya tidak menghukum bunuh ke atas seseorang MELAINKAN dengan izin darinya." (lihat Al-Mushannaf, 6/429-430) Dan di dalam tajuk yang lain pula Al Imam Ibnu Abi Syaibah meletakkan: HUKUM HUDUD DITETAPKAN OLEH PEMERINTAH. Beberapa riwayat dinukilkan dari para tabi'in antaranya: Dari Imam Al-Hasan Al-Basri beliau berkata: "4 perkara hendaklah dirujuk kepada PEMERINTAH: Zakat, solat (penentuan imam), hukum hudud dan kehakiman" (lihat Al-Mushannaf, 6/507) 6.Ironinya, hukuman bunuh ke atas penghina agama Islam sememangnya tiada dalam sistem perundangan Malaysia. Memasukkan hukuman seperti itu ke dalam sistem perundangan bukanlah satu proses mudah dan ia tentunya mengambil masa yang lama. Cuma, apa yang kita boleh lakukan adalah menasihati dan menggesa pemerintah agar menjatuh hukuman yang setimpal penghina agama Islam setidak-tidaknya ia dapat mengurangi tekanan jiwa orang Islam. Mana mungkin kami berdiam dan tersenyum dengan penghinaan tersebut melainkan di jiwa kami tiada iman dan kecintaan kepada Allah&Rasul. 7.Soalan saya kepada Kerajaan; Apakah status pindaan AKTA 574 (Kanun Keseksaan) untuk dimasukkan kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama? Pindaan inilah yang dijanjikan oleh YB Dr Mujahid untuk dibentangkan dalam Parlimen. Berikut link keratan akhbar: https://www.google.com.my/…/kesalahan-hin...a-masuk-…/amp Saya memohon kepada Kerajaan supaya lebih serius dalam hal ini kerana jika tidak dikawal, lemah penguatkuasaan dan longgar undang; pasti akan ada golongan yang tidak bertanggunjawab mengambil kesempatan dan ia boleh mengakibatkan kerosakan yang besar. 8.Di kesempatan ini juga, saya nasihatkan supaya kita tidak dipengaruhi dengan LIBERALISME yang sebahagiannya menjual kalimah "Islam rahmatan lil alamin" untuk menggesa umat Islam berdiam diri ketika Allah,Rasul dan agama dihina. Sebaliknya mereka begitu sensitif dan terganggu jika agama lain dicerca. Kononnya nak menjaga hati penganut agama lain maka penganut agama sendiri diabaikan. Suara dan tulisan mereka "hilang" bila Islam dihina, tetapi mereka menjadi hero dan juara bila agama lain dipersenda. Benarlah perumpaan yang Allah subhanahu wa taala berikan tentang golongan ini, sama sifatnya seperti SIFAT ANJING, "sana jelir, sini jelir" kerana kedudukan dunia, firman Allah Ta'ala: وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ…. Maksudnya: “Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat) nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijelirkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjelirkan lidahnya (juga)…” (surah Al-A'raf, 7:176) 9.Buat rakyat Malaysia, hentikanlah penghinaan ke atas mana-mana agama. Ia bukan satu hal yang baik untuk kesejahteraan sesebuah negara. Perlembagaan negera ini memayungi semua pihak berdasarkan hak-hak yang termaktub di dalamnya. Maka usah kita cemarinya, dibimbangi perkara-perkara yang tidak diingini seperti ini terus berlaku. Maka, elakkanlah dari pengkhiatan teks perlembagaan kerana ia sangat memudaratkan. 10.Saudara-saudaraku Muslim, ingatlah kegemilangan Kerajaan Islam Madinah di bawah pemerintah Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam yang memberikan hak kepada semua pihak walaupun berbilang kaum dan berbeza agama. Jangan bimbang, jika mereka terlepas di dunia, azab akhirat menanti mereka. Demikianlah iman, ia mengajarkan manusia kesabaran dan kebijaksanaan. 11.Justeru, apa tindakan kita? Buat seluruh umat Islam bersabarlah; sujud dan berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dalam tindakan. Bertindaklah mengikut iman bukan hawa nafsu syaitan. Hormatilah sistem perundangan dan berilah kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan kewajipan. Gesa & Nasihati pemerintah tanpa lesu dan bosan. Elakkan dari dari termakan hasutan supaya langkah diiringi kebijaksanaan. Sentiasa bertabayyun dalam berpendirian agar kita berada di atas jalan kebenaran. Marilah sama-sama kita mempraktiskan doa Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam: اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالسَّدَادَ “Allahumma inni as-alukal huda was sadaad” [Ya Allah, aku memohon kepada-Mu petunjuk dan kebenaran]”. (Riwayat Muslim, no:2725) Wallahua'lam |
|
|
Sep 27 2019, 05:58 PM
|
![]() ![]()
Junior Member
207 posts Joined: Oct 2017 |
|
|
|
Sep 27 2019, 07:24 PM
|
![]() ![]()
Junior Member
135 posts Joined: May 2010 |
|
|
|
Sep 27 2019, 07:54 PM
|
![]() ![]()
Junior Member
207 posts Joined: Oct 2017 |
|
|
Topic ClosedOptions
|
| Change to: | 0.0336sec
0.49
6 queries
GZIP Disabled
Time is now: 11th December 2025 - 12:27 PM |