Dear all, below term found in LHDN page.
Pampasan untuk Kehilangan Penggajian
Pampasan adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan dalam hal keadaan yang berikut:
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa bayaran yang dibuat atas alasan kehilangan pekerjaan disebabkan oleh keuzuran; atau
Dalam hal suatu bayaran dibuat berhubungan dengan suatu tempoh penggajian dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama, berkenaan dengan sekian banyak bayaran yang tidak melebihi suatu jumlah yang ditentukan dengan mendarabkan jumlah RM10,000.00 dengan bilangan tahun genap bekerja dengan majikan atau syarikat tersebut.
Pampasan bagi maksud perenggan ini termasuklah pemberhentian di bawah Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau Skim Pemisahan Persetujuan Bersama.
Baki pampasan setelah ditolak dengan pengecualian yang layak adalah tertakluk kepada PCB dan pengiraan PCB tersebut hendaklah menggunakan Formula Saraan Tambahan.
Contoh :
Pekerja mula penggajian pada 1 Mei 2004
Pekerja diberhentikan pada 25 Mac 2010
Jumlah bayaran pampasan RM75,000.00
Penentuan amaun pampasan yang tertakluk kepada cukai.
[A] Tentukan bilangan tahun genap perkhidmatan.
1/5/2004 - 30/4/2005: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2005 - 30/4/2006: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2006 - 30/4/2007: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2007 - 30/4/2008: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2008 - 30/4/2009: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2009 - 25/3/2010: kurang dari satu tahun genap perkhidmatan.
Pekerja telah berkhidmat untuk 5 tahun genap perkhidmatan.
[

Pengecualian cukai ke atas pampasan hendaklah:
RM10,000.00 x 5 tahun genap perkhidmatan = RM50,000.00
Bayaran pampasan RM75,000.00
Tolak: Amaun yang dikecualikan RM50,000.00
Baki pampasan yang tertakluk PCB RM25,000.00
Baki pampasan berjumlah RM25,000.00 setelah ditolak dengan pengecualian yang layak adalah tertakluk kepada PCB dan pengiraan PCB tersebut hendaklah menggunakan Formula Saraan Tambahan.
I wonder above term still valid for now?