QUOTE(matyrze @ Dec 9 2011, 02:49 AM)
Aku pelik la korang ni. Aku rasa thread ni ada potential untuk dibincangkan secara objektif dan membina. Why team EPL couldn't sustain their excellent achievement during mid 2000s? Why they are slowly fading out since the All English final?
Kenapa Man Utd kena kick out? Dah la pulak oleh team Basel yang terang-terang teruk (I watched the game, so I know what I'm talking about). In any other day, Man Utd could easily beat that poor Basel team. But why did they fail?
City, how could they fail? How on earth they are called an inexperienced team, when they've spent nearly GBP500million on experienced and proven full international players?
But of course, some of you guys here are probably just feel obliged to troll and flame, and post every trashes imaginable in every neutral thread exist here in FL. No wonder FL posters nowadays just terperuk je dalam thread masing2.
Solstice's neutral thread, which should be a very interesting and informative discussion thread, received very poor response. And even then there was flaming too. Tak boleh stop flaming ka?
Haizz. End of rant.
Kholoss thread plz.
QUOTE(aphids @ Dec 8 2011, 07:18 PM)
so sad for this season representative for epl
the most famous and well known league in the world can;t compete in Champions league. Just see Manchester city, in epl maintain their unbeaten record and made a big score against their opponent in epl but not in champions league which is knock out already. so sadddd

Kerana ayat itu. Pembuka bebenang sendiri sudah menjawab persoalan beliau. Liga Perdana Inggeris mungkin adalah liga yang paling dikenali di seluruh dunia, namun adakah itu bermaksud ia adalah liga yang paling bagus? Ini adalah kerana media massa kita amat berat sebelah, hanya mengambil sumber berita dari liga mereka tanpa mengendahkan liga liga yang lain. Bila kali terakhir kamu baca berita/isu yang melibatkan liga lain seperti liga Belanda, German atau Portugal? Pengedaran sumber berita yang tidak setaraf ini memberikan pandangan seolah - olah liga perdana Inggeris amat hebat dan kompetitif.
Pada pandangan saya secara peribadi, liga Sepanyol dan liga Itali lagi kompetitif dan juga lebih bagus. Liga Sepanyol walaupun dikuasai oleh dua pasukan hebat, namun tetap menitik beratkan keupayaan pemain tempatan, dan ini membuatkan semua pasukan (tidak termasuk Madrid Betul) tidak perlu bergantung harap pada pemain luar yang mungkin dibayar berjuta juta, namun dengan prestasi yang setaraf dengan sampah. Liga Itali pula menitik beratkan strategi, di mana mereka memikirkan rancangan yang paling baik bagi mendapatkan kemenangan. Mungkin cara bola sepak mereka nampak membosankan, namun ia berkesan.
Kembali ke liga perdana Inggeris, banyak masaalah yang boleh dilihat. Pemain import yang kemahiran dan keupayaan hanya setaraf dengan Nazmi Mansor diagungkan dan dibayar berjuta - juta, dengan pemain kelahiran negara sendiri dipinggirkan. Kelab pula sanggup berhutang piutang semata - mata hendak mendapatkan pemain - pemain ini. Apa yang jadi adalah kualiti bola sepak di negara mereka jatuh tanpa disedari mereka. Senang saja difikirkan, bila kali terakhir England dapat pergi ke final piala dunia? Tidak perlu tanya soalan itu pun, kali terakhir England dapat pergi ke
separuh akhir mana mana perlawanan bertaraf dunia adalah bila? (Jawapan: Euro 96 yang dimainkan di England). Selagi mentaliti mereka tidak berubah, Liga Perdana Inggeris hanyalah sampah dan hanya akan gah setakat nama sahaja