QUOTE(byakuya8283 @ Mar 5 2014, 11:59 AM)
erkkkkk rileks rileks.......chill guys....as yg saya tahu lain org lain pandangan...tp bg saya utk memandulkan atau mengubah apa yg sepatut nya pada sesuatu binatang i rasa...i tak sekejam itu.....binatang pon ada hak mereka walau pon mereka tiada otak....sebab binatang yg tidak ada otak pon tahu menyayangi anak mereka dicompare dgn manusia yg ada otak tp buang bayi merata rata......so masing masing ada hak...
Memandulkan kucing bukan perbuatan yg kejam tetapi adalah dilakukan utk melindungi mereka dari dianiaya. Tahu tak ramai yg suka bela kucing tetapi bila kucing tu dah mengandung & beranak anak kucing ramai2, banyak org yg jadi gelabah sbb perbelanjaan makanan & beban menjaga kucing2 ni juga bertambah. Ramai yg ambil jalan mudah dengan membuang kucing2 ni. Dah banyak kes anak2 kucing yg masih kecil dibuang ikut sesuka hati. Tak kesian ke kat anak2 kucing ni? Tak tahulah apa nasib anak2 kucing ni, sama ada mati kelaparan, kena langgar atau sakit.
Hukum memandulkan kucing. Saya tak jumpa kat website JAKIM tetapi ni sedutan dari website Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor.
http://www.dvssel.gov.my/cms/index.php?pt=318""Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."
We have referred to the "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):
"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."
After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils"."Memandulkan kucing bukan di buat sesuka hati. Kucing yg terbiar banyak & ada yg kena aniaya. Sgt lah bagus bila ada yg sanggup ambil kucing2 terbiar ni utk dibela. Tapi bila kucing2 ni dah beranak pinak, ramai yg goyah sampai sanggup buang kucing2 ni. Daripada biar kucing ni beranak pinak sampai x sanggup/mampu nak jaga, baik mandulkan kucing2 ni. Saya pernah bersembang dgn seorang doktor veterinar tentang memandulkan kucing. Doktor ni kata tak boleh memandulkan kucing sbb kita menafikan/lawan hukum alam. Bila saya tanya kalau x boleh mandulkan nak buat macam mana? Doktor tu kata kurung kucing tu. Bukankah bila kita kurung kucing tu sama mcm kita menafikan hak2 kucing tu atau melawan sifat semula jadi kucing tersebut? Saya tanya soalan ini sbb seekor kucing betina saya selalu dlm "heat" hinggakan sampai kurus. Jadi saya mmg berniat nak mandulkan kucing tu utk elakkan kucing tu dari jatuh sakit.
Tak salah kalau nak biar kucing nak beranak pinak tetapi pastikan kamu boleh menjaga mereka. Jgn sesekali menganiaya mereka dgn membuang mereka sesuka hati hanya kerana x mampu/sanggup jaga kucing2 tu.
Saya suka bagi makan & menjaga kucing2 terbiar. Sekarang ini, saya ada 20 kucing dlm jagaan saya sekarang ini. Saya tinggal di kampung. Rumah lama tapi luas, halaman rumah pun luas. Saya gunakan "extension" rumah yg dulunya dapur utk letak sebahagian besar kucing saya di situ. Ruang luas, lebih kurang gabungan dua master bedroom. Walaupun halaman rumah luas tetapi tiada pagar. Saya pernah biarkan sebahagian kucing2 saya di luar rumah tetapi sejak anak kucing saya mati kena langgar, saya hanya lepaskan kucing2 ni berkeliaran di luar rumah waktu siang saja sbb kucing2 ni tak main kat jalan masa siang hari. Saya masih sedih kerana kehilangan 3 ekor kucing sbb kena langgar. Saya sangat sedih bila menemui tubuh mereka terbujur kaku di tepi jalan. Sekarang ini, bila malam saja, saya akan kurungkan kucing "outdoor" saya dlm rumah.
Secara jujur saya akui ada mengalami "kejutan budaya" bila kucing seekor menjadi 6 ekor (5 ekor anak kucing). Mula2 jaga anak2 kucing mmg seronok sbb perbelanjaan makan x banyak lagi tetapi bila 5 ekor anak kucing semakin membesar, perbelanjaan makin bertambah. Nasib baik saya tak pernah terpikir nak buang kucing saya tu. Sekarang ni saya dah boleh budget perbelanjaan makan kucing saya tiap2 bulan tanpa sebarang masalah. Tetapi kena ingat, tak ramai yg sanggup buat apa yg saya buat.
Di sini saya nak kongsi gambar kucing saya yg sebijik mcm species kucing "Maine Coon" (
http://en.wikipedia.org/wiki/Maine_Coon ). Mak kucing siam & bapak kucing biasa.

This post has been edited by kizwan: Mar 7 2014, 02:00 AM