QUOTE(apexg2 @ Feb 2 2011, 11:40 AM)
do u read newspaper 2day...they are condemned astro first....any idea?
Yang positif:
QUOTE
MIG Productions Sdn. Bhd. merupakan syarikat produksi tempatan pertama yang bersetuju menayangkan tiga filem terbaru mereka untuk disiarkan di Astro First.
Ngangkung, Aku Masih Dara dan Damping Malam yang membuka laluan pertama tayangannya di saluran itu dilihat boleh membantu para penerbitnya menjana pendapatan lebih tinggi.
Penerbitnya, David Teo berkata, Astro First bolehlah dianggap sebagai penyelamat buat penerbit sepertinya dalam usaha bagi menambah kutipan tiket.
“Saya anggap Astro First sebagai penyelamat kerana selepas pawagam tidak mahu menayangkan filem, saluran ini tampil membantu meneruskan tayangannya di saluran mereka.
“Biasanya, selepas tiga minggu filem kita ditayangkan di pawagam, pihak pawagam kurang berminat meneruskan tayangannya. Pada masa sama saingan filem dari Hollywood juga sengit.
“Malah, hasil pendapatan bayaran tiga filem terbitan MIG di Astro First itu, ia boleh digunakan untuk menghasilkan sebuah filem. Ini satu lagi pendapatan baru untuk penerbit,” katanya.
Kata penerbit berasal dari Segamat, Johor itu, hasil daripada perkongsian bayaran langganan di saluran itu, ia akan membantu para penerbit menerbitkan filem-filem seterusnya.
Di saat pihak pawagam mengurangan jumlah tayangan filem-filem tempatan selepas tiga minggu ia ditayangkan, Astro First juga jelasnya, mampu membendung gejala cetak rompak.
“Gejala itu boleh dikurangkan kerana para penonton hanya membayar RM15 untuk menonton sebuah filem berbanding DVD cetak rompak yang lebih kurang sama harganya.
“Dengan adanya Astro First ia juga merupakan satu lagi sumber pendapatan buat penerbit selain hasil kutipan tiket di pawagam, hak tayangan di stesen-stesen televisyen dan melalui VCD atau DVD.
“Sebab itu saya sokong kewujudan Astro First kerana ia memberi manfaat bukan sahaja kepada penerbit tetapi juga semua pihak terutamanya penonton yang tidak ke pawagam,” ujarnya.
Sewaktu ditanya sama ada kemunculan saluran televisyen berbayar terbaru itu boleh membantutkan minat orang ramai berkunjung ke pawagam, David berkata, perkara itu tidak menjadi isu.
Ini kerana katanya, televisyen dan layar perak merupakan dua medium yang menampilkan persembahan berbeza di mana terpulang kepada penonton untuk membuat pilihan.
“Kalau para penonton mahukan sistem bunyi dan gambar yang lebih besar serta berkualiti tinggi, mereka tentunya akan menonton sesebuah filem iu di pawagam.
“Sementara itu, kalau mereka tidak puas menontonnya di pawagam mereka boleh melanggannya di Astro First dan menontonnya beberapa kali sehinggalah puas,” tuturnya.
http://www.wartaperdana.com/2011/02/01/ast...penerbit-filem/Yang negatif:
QUOTE
pengarah dan penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, tayangan sesebuah filem di pawagam itu haruslah diberi keutamaan berbanding televisyen.
“Sebab itu dalam isu ini saya kurang setuju apabila sesebuah filem itu disiarkan di Astro First selepas dua minggu ia ditayangkan di pawagam. Ia terlalu awal untuk disiarkan di televisyen.
“Bagi saya, kalau boleh biarlah selepas satu bulan, barulah sesebuah filem baru itu ditayangkan di televisyen.
“ Ini kerana, sumber pendapatan utama penerbit dan pihak pawagam adalah daripada filem.
“Ia berbeza dengan stesen-stesen televisyen. Mereka mempunyai banyak bahan siaran seperti dokumentari dan drama,” katanya sewaktu dihubungi Mega baru-baru ini.
Kewujudan Astro First dengan menayangkan filem-filem baru yang masih ditayangkan di pawagam, katanya, sedikit sebanyak akan menganggu tayangannya di pawagam.
Jelasnya, masa yang lebih lama harus diberi kepada sesebuah filem itu ditayangkan di pawagam sebelum ia dibenarkan hak siarannya di televisyen demi kepentingan pawagam dan penerbit.
“Kalau sesebuah filem itu disiarkan di Astro First dalam masa dua minggu selepas tayangannya di pawagam, ia boleh menjejaskan kutipan tiket dan tumpuan para penonton untuk ke pawagam.
“Malah, dalam masa dua minggu itu pun ada filem-filem yang terlibat masih mendapat sambutan tayangannya di pawagam. Ini berlaku kepada filem terbitan saya, Khurafat.
“Dalam masa 14 hari tayangannya di pawagam filem itu mengutip kutipan tiket RM6 juta dan kutipannya terus berjalan. Jadi, biarlah filem itu tamat tayangannya di pawagam lebih dulu,” katanya.
Pengarah dan pelakon, Erma Fatima juga sependapat dengan Yusof.
Katanya, adalah terlalu awal sesebuah filem itu disiarkan di kaca televisyen selepas dua minggu ia ditayangkan di pawagam.
Kesan jangka panjang daripada senario itu, katanya, boleh menghakis nilai eksklusif sesebuah filem yang biasanya mengambil kos lebih tinggi berbanding bahan-bahan siaran TV yang lain.
“Selain kurangnya nilai eksklusif apabila sesebuah filem itu cepat ditayangkan di televisyen ialah kesan jangka panjang yang terpaksa ditanggung oleh para penerbit. Nilai tontonan filem itu juga jatuh.
“Contohnya, sesebuah filem itu dihasilkan dengan kesan bunyi atau gambar khas yang canggih tetapi apabila ia disiarkan di televisyen kesan-kesan itu tidak kedengaran atau kelihatan seperti di layar perak.
“Apabila perkara itu berlaku maka tiada gunanya para karyawan filem kita bertungkus lumus melakukan yang terbaik kerana hasil siarannya di televisyen hanya setaraf telemovie,” katanya.
Justeru, Erma mencadangkan agar perbincangan dilakukan oleh Astro dan pihak-pihak terbabit agar pendekatan Astro First itu tidak meninggalkan kesan buruk untuk jangka panjang.
Tambahnya, jika Astro benar-benar mahukan kelainan dalam saluran televisyen miliknya itu, mereka boleh mengeluarkan dana dengan menerbitkan bahan-bahan siarannya sendiri.
“Tidak kiralah sama ada drama atau filem.
“Astro boleh mengeluarkan modal dengan menghasilkan drama-drama atau filem-filem tertentu khas untuk siaran Astro First tanpa menjejaskan pihak lain,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Ahmad Puad Onah pula berkata, kewujudan Astro First itu sepatutnya mengkaji bagi menjaga kepentingan pihak lain.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...an&pg=hi_05.htmYang mana satu yang betul?
This post has been edited by Qash-M: Feb 2 2011, 12:03 PM