QUOTE(killerkate @ Nov 4 2009, 03:55 AM)
Hey NixZ
Hrmm, I'm new to postage you see. Let me get back to you aight. Meanwhile drop me a PM on your details. Will reply to you ASAP on the courier fees.
Cheeers!
Umm, Owh ic ic ^^. Okies ^^. What details do you need killerkate ^^? Sure sure no problem ^^.Hrmm, I'm new to postage you see. Let me get back to you aight. Meanwhile drop me a PM on your details. Will reply to you ASAP on the courier fees.
Cheeers!
Got news though...
53 kenderaan terlebih asap dikompaun
JOHOR BAHRU 29 Nov. - Sebanyak 53 buah kenderaan dikenakan kompaun bernilai RM2,000 setiap kenderaan kerana melepaskan asap melebihi had dibenarkan dalam operasi penguatkuasaan kawalan pelepasan asap di negeri ini selama empat hari yang berakhir kelmarin.
Sebanyak 47 daripada kenderaan tersebut menggunakan minyak diesel manakala bakinya iaitu sebanyak enam buah adalah kenderaan berenjin petrol.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr. Zulkifli Abdul Rahman berkata, sebanyak empat operasi dilakukan iaitu di Kota Tinggi, Air Bemban, Pontian dan Skudai dengan tiga daripadanya adalah di jalan utama manakala satu operasi di lebuh raya.
"Ingin saya tegaskan bahawa semua pemilik kenderaan perlu memastikan kenderaan mereka diselenggara dengan sempurna supaya ia tidak melepaskan asap yang berlebihan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Ujarnya, operasi kali kedua buat tahun ini dan bermula pada pukul 9 malam hingga 12 malam itu disertai oleh 10 anggota JAS dan lima anggota polis.
Menurut beliau penguatkuasaan bagi operasi berkenaan dijalankan dalam dua cara iaitu melalui operasi statik dan rondaan dengan kerjasama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Zulkifli berkata, kenderaan yang disyaki melepaskan asap berlebihan ditahan dan ujian asap dilakukan dengan menggunakan meter asap bagi kenderaan diesel atau CO/HC Analyzer bagi kenderaan berenjin petrol.
Dalam pada itu, beliau berkata, dari Januari hingga Oktober lalu sebanyak 572 kenderaan diesel dikompaun manakala 28 kenderaan petrol turut menerima nasib yang sama dan 118 kes telah dibawa ke mahkamah kerana kegagalan pemilik kenderaan menjelaskan bayaran.
Selain itu, tambahnya, JAS turut menjalankan penguatkuasaan harian bagi kenderaan diesel yang memasuki Singapura dan pada tahun ini sebanyak 156 kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.
"Kenderaan yang dikenakan kompaun dan dilarang beroperasi akan diarahkan memperbaiki dan menyelenggara kenderaan tersebut seterusnya menjalankan ujian asap semula oleh JAS di tempat letak kenderaan Stadium Larkin, di sini atau di mana-mana Pusat Pemeriksaan Kereta Berkomputer (PUSPAKOM)," katanya.
Nov 4 2009, 11:58 PM

Quote
0.0394sec
0.63
7 queries
GZIP Disabled