
๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐๐ง๐ ๐๐ก๐จ๐ฐ ๐๐ข๐ญ: ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ซ, ๐๐๐ฌ๐ข๐ฅ ๐๐จ๐ฌ๐จ๐ง๐ , ๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ค๐ฌ๐ข๐๐ญ ๐๐๐ซ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐ข๐ง๐๐๐ค๐๐ง
KUALA LUMPUR โ Serbuan besar-besaran terhadap sebuah kelab kesihatan di Chow Kit yang dipercayai menjadi lokasi kegiatan seksual songsang berakhir tanpa sebarang tindakan lanjut terhadap majoriti warga tempatan yang ditahan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan sedia ada.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata permohonan reman terhadap 171 individu tempatan ditolak majistret selepas ia dikemukakan lewat, susulan jumlah tangkapan yang terlalu ramai.
โSebab apa lewat? Tangkapan ramai. Proses nak dibuat satu per satu untuk dikelaskan. Permohonan reman lambat dibuat dan majistret tolak. Kita dapat reman warga asing sahaja selama dua hari,โ katanya.
Walaupun kes disiasat mengikut Seksyen 377 dan 372 Kanun Keseksaan, Fadil mengakui pihak polis terhalang daripada meneruskan tindakan kerana โtiada bukti yang boleh membantu siasatanโ.
Lebih membimbangkan, katanya, penganjur premis tersebut masih bebas.
โPenganjur dia nampak macam still at large. Kita tak boleh nak serang. Kita tak boleh nak tuduh mereka dari sudut undang-undang yang ada sekarang,โ jelasnya.
Beliau menegaskan ketiadaan mangsa menjadi punca utama kes tidak dapat diteruskan.
โSetiap kali eksploitasi, pelacuran ataupun luar tabiโi mesti ada mangsa, tetapi tiada sesiapa mengaku jadi mangsa. So, the case is gone,โ katanya.
Dari sudut penguatkuasaan syariah pula, Fadil berkata tiada peruntukan di Kuala Lumpur untuk digunakan.
โYang ada di Selangor sahaja. Di Kuala Lumpur tidak ada. Setakat ini kami hanya boleh panggil mereka untuk diberi ceramah,โ ujarnya.
Fadil memberi amaran bahawa kekosongan undang-undang ini boleh menyebabkan kegiatan tidak bermoral seperti itu terus berulang.
โApa yang kita lihat, kalau kita tak buat pindaan undang-undang, perkara ini akan berlaku bahkan lebih teruk. Kami ambil tindakan, tetapi tiada keberhasilan,โ katanya.
Operasi hasil risikan selama dua minggu itu melibatkan KL Strike Force PDRM bersama Jawi dan DBKL pada jam 8 malam kelmarin dan menyaksikan seramai 202 individu ditahan, termasuk 31 warga asing dan 17 penjawat awam. Namun, tanpa asas undang-undang kukuh, siasatan sekali lagi menemui jalan buntu.
#Perspektif360 Lihat Sedikit