Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Doctor among 201 ppl arrested in ghey bar in KL

views
     
JLA
post Dec 1 2025, 09:22 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,777 posts

Joined: May 2008
user posted image

๐Š๐ž๐ฅ๐š๐› ๐’๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ง๐  ๐‚๐ก๐จ๐ฐ ๐Š๐ข๐ญ: ๐’๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ, ๐‡๐š๐ฌ๐ข๐ฅ ๐Š๐จ๐ฌ๐จ๐ง๐ , ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐€๐ง๐ญ๐ข ๐Œ๐š๐ค๐ฌ๐ข๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐“๐ข๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง

KUALA LUMPUR โ€“ Serbuan besar-besaran terhadap sebuah kelab kesihatan di Chow Kit yang dipercayai menjadi lokasi kegiatan seksual songsang berakhir tanpa sebarang tindakan lanjut terhadap majoriti warga tempatan yang ditahan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan sedia ada.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata permohonan reman terhadap 171 individu tempatan ditolak majistret selepas ia dikemukakan lewat, susulan jumlah tangkapan yang terlalu ramai.

โ€œSebab apa lewat? Tangkapan ramai. Proses nak dibuat satu per satu untuk dikelaskan. Permohonan reman lambat dibuat dan majistret tolak. Kita dapat reman warga asing sahaja selama dua hari,โ€ katanya.

Walaupun kes disiasat mengikut Seksyen 377 dan 372 Kanun Keseksaan, Fadil mengakui pihak polis terhalang daripada meneruskan tindakan kerana โ€œtiada bukti yang boleh membantu siasatanโ€.

Lebih membimbangkan, katanya, penganjur premis tersebut masih bebas.

โ€œPenganjur dia nampak macam still at large. Kita tak boleh nak serang. Kita tak boleh nak tuduh mereka dari sudut undang-undang yang ada sekarang,โ€ jelasnya.

Beliau menegaskan ketiadaan mangsa menjadi punca utama kes tidak dapat diteruskan.

โ€œSetiap kali eksploitasi, pelacuran ataupun luar tabiโ€˜i mesti ada mangsa, tetapi tiada sesiapa mengaku jadi mangsa. So, the case is gone,โ€ katanya.

Dari sudut penguatkuasaan syariah pula, Fadil berkata tiada peruntukan di Kuala Lumpur untuk digunakan.

โ€œYang ada di Selangor sahaja. Di Kuala Lumpur tidak ada. Setakat ini kami hanya boleh panggil mereka untuk diberi ceramah,โ€ ujarnya.

Fadil memberi amaran bahawa kekosongan undang-undang ini boleh menyebabkan kegiatan tidak bermoral seperti itu terus berulang.

โ€œApa yang kita lihat, kalau kita tak buat pindaan undang-undang, perkara ini akan berlaku bahkan lebih teruk. Kami ambil tindakan, tetapi tiada keberhasilan,โ€ katanya.

Operasi hasil risikan selama dua minggu itu melibatkan KL Strike Force PDRM bersama Jawi dan DBKL pada jam 8 malam kelmarin dan menyaksikan seramai 202 individu ditahan, termasuk 31 warga asing dan 17 penjawat awam. Namun, tanpa asas undang-undang kukuh, siasatan sekali lagi menemui jalan buntu.

#Perspektif360 Lihat Sedikit
JLA
post Dec 1 2025, 09:35 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,777 posts

Joined: May 2008
user posted image

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam serbuan pada 28 Nov di sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut โ€” yang didakwa sebagai pusat โ€œgayโ€ โ€” sehingga membawa kepada penahanan 201 individu.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Pengerusi PSM, Muhammad Aiman Mohd Sees menyifatkan serbuan itu sebagai tindakan sembrono serta mencabuli hak asasi, selain mendakwa berlaku diskriminasi dan intimidasi.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0138sec    0.65    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 4th December 2025 - 02:40 PM