QUOTE
Asiah Abd Jalil
31 August at 18:52 ·
Kes Dai Syed.
Dihukum penjara 10 tahun dan 3 sebatan kerana kesalahan rogol.
Terus dibawa ke Penjara Kajang pada hari yang sama jatuh hukum.
-----
Sebagai seorang peguambela kes-kes jenayah, ada 2 perkara yang sangat mengganggu fikiran saya :-
1) Kes rogol dan kes zina harus dibezakan. Sekiranya "mangsa" ialah seorang wanita dewasa yang rela, ia bukan kes rogol.
Apatah lagi jika fakta kes menunjukkan laporan polis mengenai rogol, hanya dibuat setahun selepas kejadian, itu pun setelah si lelaki menolak cinta si wanita.
Menghukum seorang lelaki kerana berzina suka sama suka, di bawah undang-undang jenayah sivil, ia adalah salah.
Sepatutnya kedua-dua lelaki dan perempuan hendaklah sama-sama dihukum di bawah undang-undang jenayah syariah.
Zina bukan rogol. Tidak adil hanya lelaki dihukum, kerana masyarakat cenderung untuk merasa simpati kepada wanita.
-----
2) Dalam mana-mana kes jenayah, hak setiap orang ialah mendapat 3 kali peringkat mahkamah.
1) mahkamah bicara
2) mahkamah rayuan
3) mahkamah rayuan kedua
Penangguhan pelaksanaan hukuman setelah peringkat pertama mahkamah, sepatutnya diberikan kepada pesalah. Tidak kiralah apa pun circumstances nya.
Pesalah masih ada ruang untuk dua peringkat mahkamah rayuan lagi. Mahkamah bicara tidak sewajarnya memutuskan dari awal, bahawa rayuan kelak pasti tidak akan berjaya.
Bagaimana jika rayuan nanti berjaya? Siapa nak kembalikan kebebasan pesalah yang telah hilang, sepanjang dia menjalani hukuman sebelum rayuannya didengar?
-----
Ketika masyarakat bergembira dengan nasib malang Dai Syed, saya merasa sebaliknya.
Saya rasa Dai Syed memang bernasib malang kerana terlibat dengan orang yang salah. Mungkin kalaulah dia membalas cinta, tiadalah laporan rogol dibuat kepada polis.
Hari ini Dai Syed kena. Esok lusa bila ada ahli keluarga atau kenalan anda menerima nasib yang sama, waktu itu mungkin anda akan persoalkan, adakah sistem keadilan jenayah kita benar-benar adil?
-----
Untuk makluman, dalam kes Dai Syed...
- Hakim bicara yang memutuskan tiada prima facie di akhir kes pendakwaan, ialah Hakim yang lain.
(Dai Syed pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan.)
- Hakim rayuan yang memutuskan ada prima facie di akhir kes pendakwaan, ialah Hakim yang lain.
(Kes dikembalikan ke mahkamah bicara untuk sambung peringkat pembelaan.)
- Hakim bicara yang memutuskan Dai Syed bersalah di akhir kes pembelaan, ialah Hakim yang lain.
(Dai Syed didapati bersalah dan dihukum penjara 10 tahun serta 3 sebatan.)
-----
Pada pendapat saya, Hakim yang telah melihat sendiri demeanour "mangsa" semasa memberi keterangan di mahkamah, beliaulah yang paling tepat menilai, adakah rogol benar-benar berlaku kepada "mangsa".
Sebab itulah demi keadilan, dalam perbicaraan kes rogol, jangan tukar Hakim. Hakim yang sama sepatutnya mendengar kes dari awal hingga akhir.
Saya merasakan Dai Syed tidak mendapat perbicaraan yang adil. Semoga ada sinar untuknya di peringkat rayuan kelak.

Sekian. Sila bersurai secara aman dan teratur.
Sep 5 2024, 12:37 PM, updated 2y ago
Quote

0.0318sec
0.43
5 queries
GZIP Disabled