Alamak ai 150 orang baca tapi tak ada orang komen. Meh la aku share sikit pengalaman yang ada dengan skuter Honda PCX 150.
Aku beli skuter ni sebab nak hantar anak pergi sekolah dan tuition, sebelum ni naik kereta je... tapi sebab trafik dah semakin sibuk... aku putuskan terus ambil lesen motor B full (chewah) dan beli Honda PCX 150.
Seronok dapat skuter ni, dah pakai lebih setahun, akhirnya bukan setakat hantar anak pergi sekolah dan tuition sahaja, urusan kerja pun dah selalu naik skuter ni. Pergi / balik kerja, urusan harian pergi beli barang2 rumah (sebab parking skuter/motor free kat sini), sampai urusan kerja ke Melaka pun pergi naik skuter juga.
Honda PCX 150 aku, sudah jalan lebih 13,000 km jadi ini yang aku nak share pasal skuter ni -
1. Skuter ni sangat selesa, hari tu try juga kawan punya RS150, alamak keselesaan sangat jauh beza dari segi vibration.
2. Skuter lebih senang nak maintain, isi minyak jalan, sampai masa (ikut buku) pergi la service (jarak service panjang), sampai masa tukar belt / parts CVT, takde rantai kena bersihkan & minyak check selalu
3. Minyak jimat, kalau bawak bawah 90 km/j, kalau nak rembat Honda PCX ni tak bagus... kalau maintain 110 km/j minyak makan dalam 33 km/liter (kalau nak rembat selalu mungkin Xmax lebih sesuai)
4. Honda PCX ni boleh parking mana-mana tanpa risau. Motor orang tua
5. Minyak enjin skuter ni hanya untuk enjin sahaja... kalau motor biasa minyak enjin itulah juga yang meminyakkan gearbox. Skuter cuma ada "final gear oil" yang kuantiti digunakan sangat sedikit. Pengkhususan tersebut menyebabkan minyak enjin skuter tahan lama dan tidak mahal. Selalu pengguna salah faham dan ingatkan minyak yang mahal itu lebih baik.
6. Ini membawa kepada kelemahan, owner kena ingat apa yang user manual syaratkan perlu ditukar masa service dan service intervals kerana ramai mekanik tidak berapa fasih dan suruh service / tukar sebelum masanya atau menggunakan barang2 yang lebih mahal dan tidak sesuai - yang akhirnya menyebabkan orang kata nak maintain skuter mahal.
Basic maintenance skuter ini kebiasaannya sama sahaja dan aku percaya XMax pun sama juga lebih kurang konsepnya.
Tepuk poket...