Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Review on XMAX 250 for 100km daily ride, Review on XMAX250 for 100km daily ride

views
     
TSriderkentang P
post Dec 14 2019, 11:38 PM, updated 6y ago

New Member
*
Probation
0 posts

Joined: Dec 2019
Hey guys,

Appreciate if someone can comment if i buy XMAX 250 for my daily commute to work.
Total km is 100km daily.

Thanks!!!

Hi semua,
Boleh bagi komen tak kalau saya beli XMAX 250 utk perjalanan pergi kerja seharian.
Total km adalah 100km sehari.

Terima kasih!!!

TSriderkentang P
post Dec 16 2019, 10:58 PM

New Member
*
Probation
0 posts

Joined: Dec 2019
QUOTE(BlackBananaV6 @ Dec 16 2019, 12:07 PM)
Alamak ai 150 orang baca tapi tak ada orang komen. Meh la aku share sikit pengalaman yang ada dengan skuter Honda PCX 150.

Aku beli skuter ni sebab nak hantar anak pergi sekolah dan tuition, sebelum ni naik kereta je... tapi sebab trafik dah semakin sibuk... aku putuskan terus ambil lesen motor B full (chewah) dan beli Honda PCX 150.

Seronok dapat skuter ni, dah pakai lebih setahun, akhirnya bukan setakat hantar anak pergi sekolah dan tuition sahaja, urusan kerja pun dah selalu naik skuter ni. Pergi / balik kerja, urusan harian pergi beli barang2 rumah (sebab parking skuter/motor free kat sini), sampai urusan kerja ke Melaka pun pergi naik skuter juga.

Honda PCX 150 aku, sudah jalan lebih 13,000 km jadi ini yang aku nak share pasal skuter ni -

1.  Skuter ni sangat selesa, hari tu try juga kawan punya RS150, alamak keselesaan sangat jauh beza dari segi vibration.

2.  Skuter lebih senang nak maintain, isi minyak jalan, sampai masa (ikut buku) pergi la service (jarak service panjang), sampai masa tukar belt / parts CVT, takde rantai kena bersihkan & minyak check selalu

3. Minyak jimat, kalau bawak bawah 90 km/j, kalau nak rembat Honda PCX ni tak bagus... kalau maintain 110 km/j minyak makan dalam 33 km/liter (kalau nak rembat selalu mungkin Xmax lebih sesuai)

4.  Honda PCX ni boleh parking mana-mana tanpa risau. Motor orang tua

5.  Minyak enjin skuter ni hanya untuk enjin sahaja... kalau motor biasa minyak enjin itulah juga yang meminyakkan gearbox. Skuter cuma ada "final gear oil" yang kuantiti digunakan sangat sedikit. Pengkhususan tersebut menyebabkan minyak enjin skuter tahan lama dan tidak mahal. Selalu pengguna salah faham dan ingatkan minyak yang mahal itu lebih baik.

6.  Ini membawa kepada kelemahan, owner kena ingat apa yang user manual syaratkan perlu ditukar masa service dan service intervals kerana ramai mekanik tidak berapa fasih dan suruh service / tukar sebelum masanya atau menggunakan barang2 yang lebih mahal dan tidak sesuai - yang akhirnya menyebabkan orang kata nak maintain skuter mahal.

Basic maintenance skuter ini kebiasaannya sama sahaja dan aku percaya XMax pun sama juga lebih kurang konsepnya.

Tepuk poket...
*
TSriderkentang P
post Dec 16 2019, 11:04 PM

New Member
*
Probation
0 posts

Joined: Dec 2019
okay terima kasih guys di atas pencerahan.
Boleh la beli kalau camni smile.gif
TSriderkentang P
post Jan 5 2020, 11:48 PM

New Member
*
Probation
0 posts

Joined: Dec 2019
thank you guys. XMAX baru sudah dapat. Terbaik!
TSriderkentang P
post Jan 6 2020, 07:48 PM

New Member
*
Probation
0 posts

Joined: Dec 2019
So far baru 3hari bawak motor ni haha.
Review akan menyusul nanti.
Test ride motor kawan je haritu.
Comment setakat ni minyak memang jimat.
Bawak dari nilai ke shah alam pon memang selesa (berdua with penumpang).

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0189sec    0.37    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 28th November 2025 - 08:46 AM