TS COMMENTARYProton Preve AND Toyota PradoA criminal suspect rammed into the Police's PREVE, but ended up his car plunged into a ditch. No other photos available. 
TEMBAKAN DI KENINGAU - CUBAAN BUNUH ANGGOTA POLIS
Maklum satu kes cuba bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. (Cubaab Bunuh terhadap anggota Polis)
A). NO. Repot: KENINGAU/RPT/ 0243/2017 - JSJ/KS/014/2017
B). Tarikh: 10.01.2017 @ 2236 hrs
C). Kesalahan: Seksyen 307 (Kanun Keseksaan)
D). IO Kes: Insp/P Izwan Bin Abdul Rani
E).Tempat kejadian: Kawasan Jalan Ansip, Keningau, Sabah
F). Tarikh Kejadian: Pada 10.01.2017 @ 1730 hrs
G). Pengadu:D/Sjn Hasnal Bin *****, L/ 44 Tahun, No IC : 72**** - ** - **** @
RF/12***3 B/Bisaya, K/Polis, A/ Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Keningau
H). Mangsa: Kpl Ryan P**** ******* ****, L/34 Tahun, No IC : 82**** - ** - ****
@ RF/15***5 B/Dusun, K/ Polis, A/Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Keningau
I). Rampasan: Sebuah kenderaan Toyota Prado dan 3 bilah parang
J). Keterangan kes:
Pada 10.01.2017 jam 2236hrs satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu menyatakan pada 10.01.2017 jam lebih kurang 1730hrs semasa pengadu bersama D/Sjn Saftu, D/Sjn Francis, D/Sjn Steven, D/Kpl Nazri, Kpl Ryan, Kpl Marcellus, Kpl Martin, Kpl Johari, Kpl Shairuddin dan Konst Anwar membuat tugas Ops Lejang di kawasan Jalan Ansip menaiki keenderaan pasukan van W** **** dan Proton Preve W **** untuk mengesan kenderaan curi di Daerah Keningau. Semasa tugasan dibuat, pasukan polis telah melihat sebuah kenderaan jenis Prado warna putih yang mencurigakan. Kenderaan pasukan van W** **** telah masuk ke jalan kebun kelapa sawit manakala kereta pasukan proton Preve W **** menunggu di simpang jalan kerana tidak dapat memasuki jalan tersebut.
Selang beberapa minit, secara tiba - tiba telah datang sebuah kenderaan jenis Toyota Prado warna putih dengan dipandu secara melulu ke arah kenderaan Preve yang berada di tepi jalan. Kenderaan Prado tersebut telah melanggar kereta pasukan Preve dan terbabas ke dalam longkang manakala kereta Preve mengalami kerosakan di hadapan sebelah kanan dan tidak boleh bergerak. Semasa anggota polis hendak menangkap saspek, saspek telah menyerang anggota polis dengan parang dan tembakan telah dilepaskan bagi menyelematkan anggota polis menyebabkan saspek mengalami kecederaan.
Siasatan awal mendapati pengadu bersama Kpl Ryan, Kpl Shairudin dan Konst Anwar menaiki kereta pasukan Proton Preve W **** berada di bawah simpang Jalan Kg Ansip manakala anggota lain menaiki van menuju ke arah saspek yang pada masa tersebut menaiki kereta Prado putih bernombor pendaftaran SAB 1987 W (disyaki palsu). Lebih kurang 5 minit, setelah menyedari kehadiran pihak polis,
saspek yang menaiki Prado putih telah melulu untuk keluar dan telah melanggar kenderaan pasukan Proton Preve W ****. Akibat pelanggaran tersebut, kenderaan dinaiki saspek telah terbabas masuk ke dalam longkang dan saspek telah keluar memegang parang dan cuba menyerang Kpl Ryan untuk melarikan diri. Saspek telah melibas parang ke arah Kpl Ryan dengan jarak lebih kurang 2 kaki menyebabkan Kpl Ryan jatuh kerana mengelak. Saspek sekali lagi melibas parang ke arah Kpl Ryan dan kena di betis kaki kiri Kpl Ryan. Pada masa yang sama Konst Anwar yang melihat kejadian telah melepaskan 3 das tembakan dari jarak lebih kurang 16 kaki bertujuan untuk menyelamatkan Kpl Ryan.
Siasatan lanjut mendapati, saspek dan Kpl Ryan telah cedera dan telah dibawa ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut. Hasil rawatan terhadap saspek mendapati saspek telah terkena tembakan di bahu kanan, luka di lengan kiri dan punggung sebelah kiri. Walau bagaimanapun, saspek dalam keadaan stabil dan akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari punggungnya. Hasil rawatan terhadap Kpl Ryan mendapati Kpl Ryan mengalami kesan tetakan panjang lebih kurang 8 cm. Siasatan terhadap kenderaan yang dinaiki saspek mendapati kenderaan tersebut dilaporkan hilang bersabit MENGGATAL/RPT/216/17- KK/JSJ/KS/41/17 IO kes Insp Idrus *** *****.
K). Tangkapan: Rendeh Bin Kapitoh, L/ 32 Tahun, No IC : 840705-12-6671,
B/ Murut, K/ penoreh getah, A/ Kg Mempulut, Keningau, Sabah
L). Tindakan yang telah diambil:
1. Merakam percakapan pengadu
2. Menjalankan siasatan tempat kejadian
3. Mengambil gambar tempat kejadian.
4. Merakam percakapan pengadu
5. Memohon bantuan Forensik IPK
M). Tindakan yang akan diambil:
1. Memaklumkan
IO kes bersabit
MANGGATAL/
RPT/216/17.
2. Mengambil rakaman percakapan saksi bebas.
3. Mengambil percakapan saspek.
4. Memohon reman ke atas saspek
N). Lain-lain: Siasatan masih diteruskan.
http://www.bharian.com.my/node/233111» Click to show Spoiler - click again to hide... «
This post has been edited by syafiqsm: Jun 6 2017, 08:18 PM