Helikopter dipercayai membawa Timbalan Menteri KPPK hilang di Sarawak
5 MAY 2016 BY ADHAM
Helikopter bawa Datuk Noriah Kasnon hilang
Datuk Noriah Kasnon bersama rombongan sebelum helikopter berlepas
KUCHING, 5 Mei – Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, lapor Bernama.
“Helikopter itu berlepas dari Betong pukul 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang,” katanya.
DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.
Senarai penumpang terbabit adalah:
1. YB Dato’ Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
2. Tuan Asmuni bin Abdullah( suami Noriah Kasnon)
3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai , KSU MPIC,
4. Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/ AP Kuala Kangsar,
5. Ahmad Sobri bin Harun ( pengawal peribadi)
Military Thread V20
May 5 2016, 10:51 PM
Quote
.jpg)








0.0997sec
0.48
7 queries
GZIP Disabled