Available for masters as well?
PROGRAM GRADUAN CEMERLANG GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME (GREP) 2020
MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi DALAM NEGARA kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Syarat Kelayakan Pemohon :
Had umur pemohon pada 31 Disember 2020:
Peringkat Pengajian Had Umur
Sarjana Tidak melebihi 40 tahun
Doktor Falsafah Tidak melebihi 45 tahun
Syarat Akademik :
Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
Sarjana Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu
Doktor Falsafah (PhD) Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya
Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
Permohonan :
Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA
http://www.mara.gov.my mulai 17 September sehingga 17 Oktober 2020.
Permohonan secara atas talian (online) yang telah dihantar sila ke URL:
https://mypersonaliti.mara.gov.my bagi menduduki Ujian Personaliti.
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Pertanyaan :
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:
Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 10,
Ibu Pejabat MARA 21 Jalan MARA,
50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2613 2103 / 32109 / 32067 / 32106
Emel : pascasiswazah@mara.gov.my