QUOTE(nexona88 @ Jan 25 2016, 04:51 PM)
The official reply from MBJawapan kepada persoalan mengapa Seremban masih belum di isytihar sebagai Bandaraya.
https://www.youtube.com/watch?v=Q1vKwR9-JEw
SEREMBAN, 30 NOV – Pengisytiharan Seremban sebagai sebuah bandar raya akan membolehkan Majlis Bandaraya Seremban memberikan perkhidmatan perbandaran yang menyeluruh ke seluruh daerah. Perkhidmatan yang diberikan termasuklah menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur yang sempurna, perkhidmatan kebersihan yang efisien dan kawalan pembangunan yang terancang.
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sembilan tidak mahu tergesa-gesa untuk mengisytiharkan Seremban sebagai sebuah Bandar raya. MPS dan MPN perlu memastikan asas-asas untuk menjadi sebuah bandar raya dipenuhi terlebih dahulu kerana banyak perkara yang perlu diselaraskan iaitu penggabungan majlis, sistem percukaian, sistem perparitan dan pengangkutan sebelum boleh diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya.
Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Adun Mambau berkaitan perancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf MPS dan MPN bergabung menjadi Majlis Bandaraya Seremban.
“Pada ketika ini kerajaan sedang sedang menambah baik persediaan fizikal terutama dari aspek infrastruktur, penyediaan kemudahan awam yang lengkap, keceriaan bandar di Daerah Seremban dan memperkemaskan persediaan dalaman MPS dan MPN seperti perkhidmatan percukaian dan hasil, pengurusan sumber manusia, pengurusan ICT dan undang-undang kecil. Ini adalah untuk memastikan pengisytiharan Seremban sebagai bandar raya kelak akan membawa kesejahteraan kepada penduduk Daerah Seremban,” jelasnya.
Oleh SALAWATI HARIS Foto DUDI AZIZ
http://n9kini.com/?p=215021
Jan 26 2016, 10:38 AM

Quote
0.0385sec
1.19
7 queries
GZIP Disabled