Pengenalan Kepada Ikan Terlarang Di Bawa Masuk / Import Ke Malaysia

PERATURAN-PERATURAN PERIKANAN (LARANGAN IMPORT,
Dan Sebagainya BAGI IKAN) 1990
JABATAN Perikanan mewartakan Peraturan Perikanan (Larangan Import dan sebagainya bagi Ikan) 1990 bagi mengawal kemasukan spesies ikan eksotik dari luar.
Pada awalnya, peraturan ini menyenaraikan sebanyak tujuh genus yang dilarang import kemudian meminda pada 2011 dengan memasukkan sembilan lagi genus dan spesies dalam senarai sedia ada untuk menjadikan jumlah kesemuanya 14 genus dan dua spesies ikan.
Larangan yang dimaksudkan dalam peraturan berkenaan adalah larangan bagi mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan genus ikan hidup seperti diperuntukkan dalam senarai di bawah kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Larangan import ini dibuat selepas menimbang beberapa faktor seperti tahap ancaman kepada ekosistem, habitat dan spesies tempatan selain risiko penyakit yang dibawa oleh spesies ikan yang mudah dijangkiti dan spesies ikan vektor penyakit.
Senarai genus dan spesies ikan dilarang untuk diimport
- Serrasalmus/Serrasalmo/Pygocentrus/Catoprian
- Pygopristis
- Colosomma/Piaractus
- Mylossoma
- Mylopus/Myleus
- Pristobrycon
- Myletes
Other pics :
Pengenalan Kepada Ikan Terlarang di MalaysiaDONT Allow import but if buy from Fishshop, may not be imported right? some may be bred here ?
Or should they state, banned from keeping these fishes ? this is more effective at saving our ecosystem? Weird indeed.
I currently own 2-3 species of the banned ones..