Since my relative want to buy prima alam damai, i did research first and found these defects shared by owner there.



https://www.facebook.com/298385530280756/po...07602436025714/KENYATAAN RASMI PR1MA HOMES
1. Merujuk kepada maklum balas dan permintaan dari segelintir pemilik awal kediaman PR1MA untuk diberi pampasan susulan daripada diskaun yang ditawarkan oleh PR1MA di sepanjang kempen HOC, kami telah berjumpa dengan wakil-wakil pemilik awal dan telah memberi penerangan mengenai tujuan kempen ini. Di sini ingin kami menjelaskan lagi.
2. HOC yang dianjurkan oleh KPKT dan REHDA merupakan sebuah inisiatif oleh MoF. Ia bertujuan untuk:
a) merancakkan lagi pasaran perumahan tempatan,
b) meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat, dan
c) menangani masalah hartanah yang tidak terjual.
3.Kempen ini khususnya bertujuan untuk membantu rakyat, terutama sekali bagi golongan yang masih menghadapi cabaran untuk membeli rumah.
4. Walaupun terdapat implikasi kos, PR1MA, seperti pemaju-pemaju hartanah lain yang turut mengambil bahagian, terus memberikan kerjasama dalam kempen yang berlangsung selama 6 bulan ini untuk menyokong usaha Kerajaan dalam membantu rakyat membeli rumah sendiri di samping memastikan pembangunan komuniti yang mampan bagi kesemua rakyat Malaysia.
5. Diskaun-diskaun yang ditawarkan adalah langkah rangsangan yang hanya boleh didapati dalam jangka masa terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.
6. Tambahan lagi, tawaran istimewa yang terhad ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada bakal pembeli rumah tetapi juga kepada komuniti secara menyeluruh, dengan memastikan unit-unit yang masih kosong setakat ini dapat dibeli. Hasilnya, kadar penghunian akan meningkat, sekaligus meningkatkan nilai pembangunan bagi kesemua pembeli rumah dalam jangka masa panjang.
7. Penyertaan PR1MA, agensi-agensi perumahan Kerajaan yang lain dan pemaju-pemaju hartanah swasta di dalam kempen HOC adalah amat penting. Masih ramai lagi rakyat yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah, termasuklah kediaman-kediaman PR1MA walaupun harga kediaman PR1MA lebih rendah daripada harga pasaran.
8. Inisiatif HOC ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang masih menghadapi cabaran kemampuan untuk membeli rumah. Walaupun harga telah dikurangkan, tidak bermakna mereka dapat membeli kediaman-kediaman tersebut. Pinjaman bank harus diluluskan dahulu.
9. PR1MA komited dalam memenuhi mandat Kerajaan untuk menyediakan lebih banyak kediaman-kediaman berkualiti yang berharga berpatutan untuk rakyat Malaysia terutama golongan M40.