http://www.bnm.gov.my/documents/2012/Senar..._sesawang_n.pdf
And declared Not Halal
QUOTE(Syd G @ Jul 12 2012, 08:50 AM)
Perlaburan Emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd Tidak Sah
http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/ne...l.php?id=679876
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara.
Ini disahkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini Rabu.
Beliau berkata muzakarah tiga hari majlis itu bermula Rabu lepas meneliti laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu.
Katanya, operasi syarikat tersebut didapati tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-96 yang diadakan pada 13 hingga 15 Jun lepas.
Kenyataan itu menasihati umat Islam tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak, sama ada syarikat di dalam negara atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas seperti yang digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.
-- BERNAMA

Jul 30 2012, 05:15 PM

Quote
0.0296sec
0.89
6 queries
GZIP Disabled