Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
5 Pages « < 2 3 4 5 >Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

 ░▒▓▒▓▒ M A L ★ Y S I A ▒▓▒▓▒, --- CLOSED ---

views
     
ayanami_tard
post Oct 19 2011, 07:41 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
barang siapa yang berkehendakkan lawan yang kuat buat pasukan negara,hajat anda telahpun termakbul laugh.gif

This post has been edited by ayanami_tard: Oct 19 2011, 07:42 PM
ayanami_tard
post Oct 21 2011, 03:13 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
benarkah ada pemain Korea yang akan menyertai pasukan selangor kelak? ada apa-apa perkembangan mengenai berita tersebut?
ayanami_tard
post Oct 24 2011, 07:01 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
entahlah selagi tiada kenyataan rasmi daripada FAM,saya berasa sedikit ragu-ragu dengan kenyataan tersebut
ayanami_tard
post Oct 24 2011, 07:07 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
apa logiknya FAM mengenakan bayaran sebegitu tinggi?takkan hendak mengganti rumput baru di Stadium Shah Alam?(itu urusan PBT,lagipun mana sempat...)
ayanami_tard
post Oct 26 2011, 09:53 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
nampaknya padang di Stadium Shah Alam ada perubahan...
ayanami_tard
post Oct 28 2011, 03:44 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
alah bukannya susah pun hendak menggodam lama sesawang FAM.kalau para "penggodam' ini hendak menunjukkan kehebatan mereka,cuba godam laman sesawang PTPTN
ayanami_tard
post Oct 31 2011, 01:56 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
Richard Scully tu pengulas kedua(color commentator),jadi jangan harapkan ulasan beliau licin seperti Encik Zainal Abidin Rawop ataupun Haji Hasbullah Awang

lagipun,saya lebih suka beliau menjadi pengulas kedua berbanding Azlan Johar
ayanami_tard
post Nov 2 2011, 02:51 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
kalau boleh saya mahu melihat pemain muda diberi peluang

saya ingin melihat dengan penuh harapan akan produk akademi bolasepak negeri kelantan.Jika ianya menjadi,saya berharap negeri-negeri lain akan mengikut langkah yang sama
ayanami_tard
post Nov 3 2011, 01:40 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
saya lebih suka jika pasukan-pasukan negeri dan kelab mengutamakan pemain daripada SEA/asia dahulu sebelum mempertimbangkan pemain dari benua lain
ayanami_tard
post Nov 7 2011, 09:56 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
Fakri..........FFFFFFFFFFFFFFFfff sungguh

bagi saya Izzaq bermain agak cemerlang walaupun lambat diturunkan. Ya saya menganggap beliau ibarat Heskey Malaya,namun,seperti Heskey,dia juga ada gunanya


Added on November 7, 2011, 9:58 pmlagi satu. keputusan Encik Ong Kim Swee untuk memberikan tugas Kapten kepada Baddrol amat tepat.walaupun kurang mendapat bola,beliau bijak mempergunakan peluang,dan beliau amat rajin naik turun padang

This post has been edited by ayanami_tard: Nov 7 2011, 09:58 PM
ayanami_tard
post Nov 9 2011, 07:17 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
Tahniah kepada pasukan muda negara.apa yang membuatkan saya kagum ialah bahagian tengah negara yang berfungsi dengan sangat baik tadi dan banyak peluang yang dicipta daripada bahagian tengah dan tepi.pemain kurang tenang di hadapan gawang gol lawan,tetapi bagi saya,mereka hanya kurang pengalaman

Fakri,bagi saya bermain agak baik,namun pada pendapat saya beliau lebih baik diturunkan untuk melindungi barisan pertahanan negara

lagi satu:tolonglah jangan naik riak dengan keputusan ini.saya tidak mahu pasukan negara menggigit jari sekali lagi akibat keriaakan para penyokong mereka
ayanami_tard
post Nov 9 2011, 07:20 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
saya berkata tentang mereka diforum ini

kalau hendak sorak pun agak-agak la
ayanami_tard
post Nov 9 2011, 07:23 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
^macam ini
ayanami_tard
post Nov 9 2011, 07:34 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
memang kita menang tadi,dan kita banyak mencipta peluang berbanding pasukan Thailand.tetapi adakah pasukan kita benar-benar meng-outclass Thailand?

saya tidak mahu peristiwa kekalahan pasukan senior negara ketika menentang Singapura berulang.sorak satu hal.tetapi cakap besar itu yang akan menjatuhkan pasukan negara.bukan mahu mendoakan tetapi renung-renungkanlah
ayanami_tard
post Nov 13 2011, 08:08 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
persembahan yang agak sederhana daripada pasukan Harimau Muda,walaupun dari segi jaringan agak memberansangkan. apa yang menarik perhatian saya ialah hantaran-hantaran jauh Nazmi yang amat berkesan dan tepat ke arah pemain sendiri. persembahan pemain menurun pada separuh masa kedua(selalunya prestasi anak-anak buah Encik Ong Kim Swee meningkat mendadak tatkala separuh masa kedua). yang penting ialah 3 mata dalam genggaman. sekarang kita mengharapkan agar indon mengalahkan pasukan Thai dan kita akan layak ke pusingan separuh akhir

bagi saya,layak ke pusingan separuh akhir dalam kumpulan maut sudah cukup bagi pasukan muda negara.jika kita mampu mara ke pusingan akhir mahupun memenangi pingat emas,itu adalah bonus bagi pasukan negara. bukannya menidakkan kepentingan memenangi pingat emas sukan SEA(dan sekaligus membuatkan jutaan rakyat indon sakit punggung),tetapi kita perlu menumpukan lebih perhatian kepada kelayakan ke sukan Olimpik(walaupun memenangi pingat emas Sukan SEA adalah lebih realistik berbanding untuk melayakkan diri ke London tahun hadapan)
ayanami_tard
post Nov 13 2011, 08:34 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
Jin-jin peliharaan indon agaknya...
ayanami_tard
post Nov 14 2011, 03:54 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
bagi saya Nazmi lebih kepada pemain perancang tengah berbanding Guru yang bermain sebagai DM

bergantung kepada perancangan encik Ong Kim Swee juga.tidak mustahil untuk menempatkan Nazmi,Baddrol dan Guru dalam kesebelasan yang sama
ayanami_tard
post Nov 14 2011, 05:20 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
rasanya syarat pemain Harimau Muda(A dan B) ialah mereka tidak boleh mewakili pasukan lain dalam Malaysia selagi mereka dibawah nama Harimau Muda

ayanami_tard
post Nov 14 2011, 05:35 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
Bung Karno dan Stadium bukit Jalil....

tetapi permukaan padang...doh.gif
ayanami_tard
post Nov 16 2011, 02:45 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
kalau setakat ganti rumput barangkali lebih kurang 2,3 juta ringgit

kalau hendak ganti keseluruhan permukaan padang(dengan lapisan tanah) tambah lagi dalam 2,3 juta. padang tersebut(dengan pemeliharaan padang berkala) dapat bertahan dalam 2,3 tahun.

kita selalu lihat dalam kaca televisyen yang rumput bertompok-tompok dan berlainan warna.ini kerana hanya bahagian itu yang dibaikpulih dan ditanam rumput baru,bukannya keseluruhan padang. walaubagaimanapun,parmukaan padang adalah agak rata,dan jika anda pernah menjejakkan kaki ke padang stadium negeri(seperti Stadium Likas),anda boleh bergolek-golek riang di sana.

lagi satu,dari mana khabar "ganti padang RM 20 juta" ini datang?boleh buat stadium baru tu....

5 Pages « < 2 3 4 5 >Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0398sec    0.75    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 22nd December 2025 - 04:19 PM