saudara rasakan pemain lain dalam liga Super Malaysia lebih baik daripada mereka? ini adalah pemain yang mendapat latihan intensif di slovakia.bagi saya,pemain pertahanan ini dipilih berdasarkan susuk tubuh serta kepantasan mereka.lihat sajalah pemain pertahanan lain di liga super.adakah saudara sekalian merasakan mereka ini cukup fizikal?ataupun mempunyai kepakaran memintas pasukan lawan.lihat sajalah Nurhafiz Zamani.beliau adalah antara pemain pertahanan yang berpengalaman di negara ini.beliau cuba untuk memintas bola secara berdiri,tetapi dengan mudahnya ditolak tepi oleh pemain australia(saya tidak pasti siapa,tetapi pemain ini mengatasi 5 pemain negara sebelum cuba untuk menjaringkan gol pada saat saat akhir perlawanan)
saudara kena ingat Datuk K.Rajagopal menyusun strategi berdasarkan kelebihan dan kekurangan para pemain. memang pemain kita tidak mampu menyimpan bola cukup lama untuk pemain lain mengambil posisi menyerang,jadi kita terpaksa berkampung di kawasan sendiri.itupun pemain kita dengan mudahnya ditolak tepi oleh pemain australia(yang sangatlah fizikal).Jadi kita terpaksa mengharapkan hantaran jauh,set play serta mepantasan pemain sayap
di sini saya ingin memetik kata-kata encik Neil Warnock(pengurus pasukan Queens park Rangers)
QUOTE
"People talked about me being direct at Notts County. My defenders couldn’t pass water at Notts County. You play the system to suit the players you’ve got."
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Mereka bercakap mengenai saya bermain secara "direct"(cara hantaran jauh,yakni cara pemain kita bermain sekarang ini,baik di liga super mahupun peringkat kebangsaan).Para pemain pertahanan saya langsung tidak boleh membuat hantaran di Notts Country.Anda bermain menggunakan cara yang sesusai dengan pemain yang anda ada
http://www.telegraph.co.uk/sport/football/...r-big-time.htmladakah pemain kita mampu bermain menggunakan strategi hantaran pendek?cuma beberapa pemain sahaja yang mampu berbuat sedemikian(saudara sendiri mampu meneka siapa).untuk bermain cara ini sepenuhnya,kita perlukan kesemua pemain(termasuk pemain simpanan) yang mampu menyimpan bola,melakukan hantaran kemas serta mempunyai sentuhan bola pertama yang baik. dalam perlawanan ini kita dapat lihat siapa yang mampu untuk bermain dengan baik berhadapan dengan pemain lawan yang lebih kuat serta mempunyai kemahiran teknikal yang lebih baik,dan sebaliknya.
This post has been edited by ayanami_tard: Oct 8 2011, 02:48 PM