Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
5 Pages < 1 2 3 4 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

 ░▒▓▒▓▒ M A L ★ Y S I A ▒▓▒▓▒, --- CLOSED ---

views
     
ayanami_tard
post Sep 20 2011, 05:59 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
Siapa pengganti beliau?

ayanami_tard
post Sep 20 2011, 06:04 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
saya ucapkan semoga berjaya kepada Encik P.Maniam

bagi K.Devgan,saya berharap beliau dapat kembali dalam kancah bolasepak negara....saya pasti ramai kelab yang memerlukan jurulatih baru sekarang ini
ayanami_tard
post Sep 21 2011, 03:19 AM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
QUOTE(hack3line @ Sep 21 2011, 01:17 AM)
user posted image

kalau Arsenal pecat Arsene Wenger.. selangor mesti ambikk.. kalau FAM pecat K. Rajagopal pun.. selangor mesti ambikk  biggrin.gif
*
saya teringat akan Aidil dan Zaquan melihat kelibat kedua-dua jurulatih
ayanami_tard
post Sep 21 2011, 08:01 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
secara keseluruhan,pasukan Jepun benar-benar mengatasi pasukan Malaysia.

komen-komen saya berdasarkan permainan separuh masa pertama
-Apek <3
-pemain bertahan secara satu pasukan.namun demikian kita dapat melihat perbezaan kualiti diantara pemain-pemain Jepun dan Malaysia,baik dari segi persembahan perseorangan mahupun taktik perlawana
-pasukan Malaysia acap kali melepaskan bola dengan begitu senang sekali.permainan hantaran jauh(tabiat buruk yang diambil daripada Liga Perdana Inggeris) menjadi sebab utama pasukan negara hilang bola
-Izzaq berseorangan di kawasan Jepun.beliau berguna ketika ketika permainan set-play,bukannya sebagai penyerang berseorangan.Wan Zack Haikal tidak berada bersama-sama beliau menggerakkan jentera serangan pasukan Malaysia.
-Malali dan Fadhli masih belum belajar daripada kesilapan lalu doh.gif
-acap kali kita terperangkap dalam situasi 1 lawan 2(kadang-kadang 3) dengan pemain Jepun


nampaknya Encik Ong Kim Swee perlu menyediakan pengering rambut dalam bilik persalinan whistling.gif
ayanami_tard
post Sep 21 2011, 08:03 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
^nampaknya ada yang cuba menganjing di sini....
ayanami_tard
post Sep 21 2011, 08:07 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
Izzaq=Heskey Malaya doh.gif
ayanami_tard
post Sep 21 2011, 09:42 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
apa-apapun kita ambil perkara yang positif dan pelajari daripada perkara-perkara yang negatif

penguasaan bola serta hantaran jarak jauh kita memang lemah. nampak sangat ketika kita melakukan hantaran jauh,hantaran tersebut dipintas pemain Jepun.

Pasukan Jepun bermain permainan hantaran pendek dan para pemain mereka telah mengambil posisi sebelum bola dihantar,berbeza daripada pemain kita yang menunggu bola. ini menujukkan bagaimana kualiti pemain Samurai Biru berbanding pemain Harimau Muda(maklumlah pemain-pemain muda mereka mengasah bakat di liga-J)

Encik Ong Kim Swee berjaya merangka strategi agar pasukan negara dapat bermain dengan baik walaupun agak ketinggalan dari segi kualiti serta corak permainan.Diharap ketika menentang pasukan yang selebihnya kita mampu untuk mendapatkan mata(seboleh-bolehnya 3 mata) dan bersaing dengan Jepun dalam peringkat kumpulan.

Kepada pasukan Jepun,tahniah diucapkan kepada mereka.mereka layak digelar sebagai gergasi bolasepak asia,malah mampu bersaing bersama-sama pasukan gergasi eropah
ayanami_tard
post Sep 21 2011, 10:34 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
QUOTE(Naskah @ Sep 21 2011, 11:28 PM)
i want to emphasize our passing still like sh*t, dapat bola hanya tahu nk hantar ke depan, dont want utilize people around you, pls look at Barcelona for example laa.
*
nampak senang tapi susah hendak dilakukan

lagipun kita terbiasa sangat dengan permainan gaya Inggeris.
ayanami_tard
post Sep 21 2011, 10:47 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
Wan Zack pun sebenarnya telah tercedera ketika berada di Slovakia

QUOTE(DrBlueBox @ Sep 21 2011, 11:38 PM)
Agak susah. Kita kena ingat Harimau Muda ni memang sudah lama main bersama. Sepatutnya mereka dah tahu di mana kedudukan rakan. Tapi corak permainan Jepun yang pantas dan juga taktik OKS yang mengutamakan pertahanan bagai parkir lori membuatkan kita terpinga - pinga ketika mahu cuba menyerang kerana majoriti pemain kesemua berada di dalam kawasan sendiri
*
ya mereka tahu kedudukan kawan.tetapi untuk melakukan permainan hantaran pendek,pemain harus mempunyai
-teknik penguasaan bola yang baik
-kedudukan pemain perlu disusun sebelum melakukan hantaran pendek

risiko jika kita bermain sedemikian ialah kita akan terperangkap dalam situasi 2 lawan 1. barangkali ini antara sebab Encik Ong Kim Swee lebih mengutamakan corak permainan pantas ke arah tepi padang dan melakukan hantaran lintang. tetapi corak ini kurang berkesan(walaupun ada percubaan-percubaan baik terutama sekali pada separuh masa kedua) kerana hantaran jauh kita tidak tepat dan pemain Jepun bijak mencuri bola

This post has been edited by ayanami_tard: Sep 21 2011, 10:48 PM
ayanami_tard
post Sep 21 2011, 10:53 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
sedarlah kualiti liga di jepun dan kualiti latihan di Jepun adalah setanding dengan eropah. Saudara pernah menonton Liga J? saudara pasti akan kagum akan corak permainan yang tersusun serta berdisiplin.

kita masih jauh ketinggalan berbanding dengan mereka. apa yang penting,asas untuk masa depan telah ada(setelah zaman suram tahun 90an-pertengahan 2000). jadi untuk mengharapkan keputusan berubah sekelip mata adalah tidak berasas

anda boleh mengatakan bahawa bola sepak tempatan mengalami fenomena "kelahiran semula",walaupun bagi saya,ia lebih kepada "kembali ke jalan yang benar" laugh.gif

This post has been edited by ayanami_tard: Sep 21 2011, 11:02 PM
ayanami_tard
post Sep 21 2011, 11:08 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
QUOTE(Naskah @ Sep 22 2011, 12:01 AM)
how japan can improved while we cant? coz in 80's we're in the same class, coz japan being touch by god?? how long we gonna take to improve? i bet in next 10 years we still say yes we still in improvement. i think this is it, this time is our time to proof. enough said with we still in improvement stages.
*
seperti yang saya katakan,zaman muram tahun 90an-pertengahan 2000,ketika gejala rasuah,pertaruhan,salah guna wang tajaan berleluasa dan lain-lain. lihat sahaja infrastruktur bolasepak kita,masih lagi berada di tahap lama. memadai jika kita masih mahu berada di tahap yang sama,tetapi bagaimana jika kita mahu ke hadapan?

yang ada bagi pemain-pemain muda hanyalah klinik-klinik bolasepak ketika cuti sekolah serta kejohanan MSSD/MSS negeri/MSSM.

This post has been edited by ayanami_tard: Sep 21 2011, 11:10 PM
ayanami_tard
post Sep 21 2011, 11:14 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
itulah kelemahan kita,dan itulah yang cuba diperbaiki oleh para jurulatih di kelab liga Super/liga perdana

jika saudara menonton liga tempatan,semakin banyak pasukan yang berjinak-jinak dengan corak permainan hantaran pendek.tempo memang lambat tetapi bagi saya lebih baik bermain cara begini daripada bermain cara bola lambung/hantaran jauh
ayanami_tard
post Sep 22 2011, 12:39 AM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
Cerita lain: malam ini Cardiff city akan bertanding di Piala Liga.

adakah Safee sali akan diturunkan?


saja tanya...
ayanami_tard
post Sep 22 2011, 01:10 AM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
geli...
ayanami_tard
post Sep 22 2011, 02:26 AM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
cakap pasal Apex,orang-orang Jepun(setakat yang aku baca di Twitter la) pun ingat dia tu orang Jepun laugh.gif
ayanami_tard
post Sep 22 2011, 06:23 AM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
QUOTE(THE ZUL @ Sep 22 2011, 05:00 AM)

POSITIONING sgt teruk!
*
pemain kita agak berdisiplin dan jarang lari dari posisi ketika bertahan,dan kedua dua pertahanan tepi juga ada melakukan larian ke depan membantu pemain sayap

ya dari segi teknikal(terutama sekali sentuhan pertama bola) perlu diperbaiki.ini yang membataskan permainan pasukan negara dan menyebabkan mereka terlalu berharap kepada hantaran jauh.pemain kita terlalu menghabiskan masa dengan bola dan menyebabkan pemain lawan sempat mengatur kedudukan masing masing.

dan ada beberapa perkara yang tiada dalam pasukan Harimau Muda
-perencana tengah.ini menyebabkan kita terpaksa melakukan hantaran jarak jauh dari tepi ke tepi.dan hantaran jauh bukanlah kelebihan kita
-penguasa di bahagian pertahanan.semua pemain pertahanan mengharapkan Khairul Fahmi untuk memberikan arahan



ayanami_tard
post Sep 23 2011, 04:19 AM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
ada perkembangan mengenai masalah kecederaan Wan Zack Haikal?
ayanami_tard
post Sep 23 2011, 09:52 AM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
^Saudara pernah lihat persembahan negara sebelum ini?yakni sebelum kebangkitan bola sepak tempatan sekitar tahun 2007.jikalau tidak sudah tentu saudara akan berkata demikian,yakni pasukan negara tiada perubahan

hantaran jauh bukanlah kelebihan kita,tetapi dalam perlawanan tersebut pemain Jepun berjaya mengawal permainan dan acap kali pemain kita terperangkap dalam situasi 1 lawan 2. cuba saudara terangkan bagaimana kita hendak melakukan hantaran pendek ke kaki pemain sendiri?

saudara katakan kita kurang mencipta peluang menjaringkan gol,tetapi bagaimana hendak mencipta peluang tersebut sekiranya bola jarang sekali singgah di kaki pemain kita(dan kita hanya mendapat bola ketika berada dalam kawasan sendiri)?

saudara jangan hanya tahu mengkritik,tetapi juga fahan dengan keadaaan pasukan kita ketika menghadapi pasukan sehebat Jepun
ayanami_tard
post Sep 23 2011, 10:54 AM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
saudara ada menonton perlawanan tersebut?ada saudara lihat bagaimana pemain jepun menanda/mengawal pemain malaysia?seingat saya cuma satu percubaan gerakan 1-2 segitiga yang berjaya dilakukan pemain Malaysia?

saudara ingat para jurulatih tidak mengajar para pemain bagaimana hendak mengawal bola? sebaik sahaja pemain malaysia mendapat bola pemain jepun segera menghampiri pemain. Ini kerana pemain negara terlalu lama dengan bola(teknik sentuhan pertama bola masih lemah)

lagi satu,adakah saudara benar-benar merasakan pasukan negara mampu mengalahkan pasukan Jepun?

mengkritik itu senang...saudara ingat pemain malaysia tidak diajar teknik teknik sedemikian? saudara pernahkah melihat dengan sendiri corak latihan pasukan negara?
ayanami_tard
post Sep 23 2011, 11:49 AM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
^tapi Encik Ong Kim Swee sendiri menguruskan pasukan Harimau Muda A dan ramai pemain skuad olimpik berasal daripada pasukan Harimau Muda A

5 Pages < 1 2 3 4 > » Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0187sec    0.69    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 22nd December 2025 - 03:11 PM