antara cadangan saya untuk kukuhkan program pembangunan pemain muda malaysia..
yang penting ialah panggil semua mastermind terbaik dari seluruh dunia ni ke negara malaysia untuk bincang sama-sama macam mana nak kukuhkan program pembangunan bola sepak pemain muda malaysia.. terutamanya camne nak buat liga yang bagus dan raih sokongan rakyat tempatan untuk sokong industri bola sepak tempatan.
PIALA DIRAJA MUDA BOLA SEPAK
YOUNG KINGS’ CUP : YOUNG FOOTBALLER
......................................................................
Negara-negara yang bertanding adalah negara-negara yang mempunyai raja.
1) Malaysia

2) Jepun

3) British

4) Thailand

5) Brunei

6) Belanda

7) Sepanyol

8) Monaco

kita cuba target ajak negara jepun dulu sebab hubungan kita dengan negara jepun rasanya sudah kukuh.
Setiap negara hantar minimum 2 pasukan terkuat mereka,
Semua pemain mesti berumur 20 tahun dan ke bawah.
Buat minimum 4 kumpulan.
8 negara x 2 = 16 pasukan
4 pasukan yang berlainan negara di dalam satu kumpulan saringan, minimum 2 kali bertemu.
Hadiah utama : piala diraja bertahtakan emas tulin 1kg, kalau boleh piala tu buat besar gedabak punya.. kecik2 nampak tak grand sangat.. besar macam piala FA malaysia tu memang gempak!
Protokol..
Setiap pemain bola perlu lalu berjalan atas permaidani berwarna emas kuning dan hitam, mesti lalu melepasi barisan pasukan tentera diraja ditepi permaidani yang sedang menghunus beratus ribu pedang tajamnya tinggi ke udara.. hingga setiap mereka sampai di depan raja muda negara yang sudah bersedia untuk menghunuskan pedang kebesarannya di depan mata mereka sebagai tanda restu mereka sebelum upacara bermula.. dan juga disertai 800 das tembakan meriam ke udara, 1 negara yang hantar minimum 2 pasukan dapat pengiktirafan minimum 100 das tembakan meriam ke udara.
....
Acara sulung akan di adakan di malaysia dengan penaja rasmi dari MAS dan AirAsia sebagai penaja utama.
Antara upacara sampingan yang akan berlangsung..
1) Bengkel kejurulatihan program pembangunan pemain muda negara.
2) Bengkel asas permainan bola sepak pemain muda negara
3) Bengkel permainan sepak takraw, terutamanya dari wakil diraja malaysia dan thailand
4) Forum perbincangan program pembangunan pemain muda bola sepak negara dengan disertai oleh sekurang-kurangnya 10 buah sekolah sukan atau universiti atau kolej dari setiap negara.
5) Forum perbincangan perniagaan industri sukan bola sepak antara negara-negara diraja.
Kalau boleh buat perbincangan lanjutan untuk buat pertandingan liga diraja dunia dimasa hadapan.
...
Kalau negara itu ada raja, dia akan automatik qualify masuk bertanding.. piala paling sulung mesti buat di malaysia dulu, lepas tu kalau boleh di negara jepun, kemudian baru british.
Disamping dapat jana ekonomi negara, boleh eratkan lagi hubungan negara-negara beraja di dunia ini secara tidak langsung.
Budak-budak sekolah sukan tu kalau boleh bawa lawat kampung-kampung di malaysia.. sediakan tempat bersantai terbaik dan nikmati buah-buahan serta masakan tempatan.. tarikh tu kena sesuai.. di malaysia kalau boleh pilih tarikh dari antara bulan julai hingga september yang sememangnya selalu ada banyak buah-buahan di kampung.. kalau buat di jepun tarikh yang bagus ialah pada bulan april atau mei, sebab permandangan bunga sakura tengah mekar memang cantik.. kalau boleh buat sebulan, maknanya sebulan la duit dari luar sentiasa je masuk ke malaysia.. setakat p buat piala bertahtakan 1kg emas tu aku rasa memang dah cover habis kos dia... duit masuk masuk dan masuk je.
kalau boleh bagi semua pasukan sekolah tu pusing satu malaysia, lawan di seluruh malaysia.. supaya setiap negeri dapat rasai peluang ekonomi dia.
penyokong-penyokong setia diaorang mesti akan ikut dan berbelanja punya.. negara-negara yang kita target tu semua pun ekonomi tinggi, duit diaorang memang besar!
Medium hebahan : website rasmi, semua forum bola sepak, facebook rasmi, twitter rasmi, semua surat khabar negara terlibat, semua tv negara terlibat, semua radio negara terlibat, laman youtube rasmi, laman flickr rasmi.
This post has been edited by hack3line: Sep 23 2011, 07:27 PM