QUOTE(Angel of Deth @ Sep 7 2011, 01:02 PM)
Semalam Perak main tanpa 5 tonggak utama kan? Susah Perak terlalu bergantung pada Akmal Rizal untuk jaringkan gol.
Ini Kosmo semalam (6/9)

“MEREKA dibenarkan beraksi, tetapi masih perlu tampil memberi keterangan kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).”
Demikian jelas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar kecil) kepada lima tonggak Perak yang mendapat ‘lampu hijau’ untuk beraksi pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia menentang Sabah di Stadium Likas malam ini.
Lima pemain yang dimaksudkan adalah kapten, Shahrulnizam, Akhmal Rizal Ahmad Rakhli, Mohd. Nasril Nourdin, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff.
Terdahulu, kelima-lima tonggak Perak itu telah dikenakan hukuman gantung tujuh perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Mereka digantung kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pegawai perlawanan selepas perlawanan Liga Super dengan Sabah di Stadium Lumut pada 19 Mei lalu.
Bagaimanapun, Azzuddin memberitahu, FAM telah memanggil secara rasmi kelima-lima pemain terbabit untuk tampil memberikan keterangan dan penjelasan berhubung insiden tersebut.
“Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Mohd. Taufik Abd. Razak telah memberikan peluang kepada mereka untuk mengemukakan rayuan dengan memperuntukkan fasa khas 32 iaitu membenarkan pemain memberi keterangan.
“Mereka perlu memberikan keterangan kepada FAM pada 7 September ini (esok) selepas aksi pembukaan Piala Malaysia esok (hari ini).
“Saya juga mahu mengingatkan kelima-lima pemain terbabit agar menghormati segala keputusan daripada pihak FAM nanti (berhubung status mereka),” kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Khamis lalu, kelima-lima pemain terbabit menerima khabar gembira dari FAM bahawa mereka telah diberikan kebenaran untuk beraksi pada saingan awal Piala Malaysia.
“Namun sekiranya didapati bersalah, mereka akan digantung enam perlawanan dan kedudukan muktamad akan diketahui selepas pertemuan dengan Jawatankuasa Tatatertib Disiplin FAM,” ujarnya.
---------------------------------------------------
from Rizal Hashim blog:
Satu lagi, setiap pasukan kena ada manual Liga M (gambar bawah) yang diberi kepada semua pegawai pasukan pada taklimat awal musim. Kalau baca dari A ke Z, pasukan negeri atau kelab sedar bahawa:
kalau keluarkan kata-kata kesat kepada pengadil atau menyerang secara menghampiri dengan agresif, garang atau memarahi dengan cara menyentuh, memegang, menolak, memegang baju, boleh dikenakan tindakan gantung dua perlawanan secara automatik dan didenda. Kalau lambat jawab surat pertuduhan, macam yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Perak (PAFA) dalam kes lima pemain - Shahrulnizam Mustapa, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Nasril Nourdin, Azmeer Yusof dan Syazwan Roslan - pun kena tambah hukuman.